Selesai bersarapan aku dan Mingyu sekali lagi masuk ke dalam kereta. Destinasi seterusnya adalah rumah.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah. Aku hanya berdiam diri dan lebih tumpukan perhatian ditepi tingkap.
Aku memandang Mingyu kemudian beralih pada tangannya yang sedang memegang gear stick dari tepi. Memang hensem. Tapi tak boleh kalahkan chanyeol exo.
Haish, anak buah lah ni suruh tengok cerita exo next door. Kan aku dah terikut...
Perlahan-lahan aku memegang tangannya. Mingyu yang tersedar akan perbuatan aku memandang aku sekilas sebelum dia menarik tangannya dibawa ke stereng kereta. Manakala tangan kirinya diletak ditepi tingkap menahan kepala.
"Mingyu-"
"awak nak apa lagi? Ada benda yang tak cukup ke? " aku diam seketika. Sebenarnya aku hendak memberitahu Mingyu yang dia sudah terlepas lorong taman perumahan kami. Tapi dia berdingin pula dengan aku.
"rumah- terlepas"
"siapa kata saya nak hantar awak balik rumah?"
"ha? "
"look, mulai hari ni. Awak dah tak tinggal dekat situ. Tak, awak tak akan tinggal dekat situ. Saya akan hantar awak dekat tempat lain. Jauh dari rumah tu" terbutang mata aku jadinya. Mingyu nak hantar aku pergi mana ni?
"Mingyu, awak jangan buat saya macam ni. Tak akan sebab saya tak maafkan awak, awak buat saya macam ni. Mingyu..."aku cuba memegang lengannya. Meraih simpati...
"jangan sentuh saya Hyuna. Saya dah kahwin" seperti paku buah keras menghempap aku. Jadi betullah tekaan aku. Betullah nama panggilan yang tertera pada telefon dia tadi? isteri baru dia?
Aku menekup mulut menahan tangisan yang sudah pun membasahi pipi.
"keluar, kita dah sampai"
Mingyu keluar dari kereta tetapi tidak aku. Aku masih berada di dalam keretanya. Terkejut dengan apa yang baru sahaja berlaku.
Lambat-lambat aku keluar dari kereta dan menghampiri Mingyu yang sudah menegang muka.
"so, this is a new home! " jerit Mingyu.
Aku memandangnya pelik. Tadi bukan main marah lagi. Tambahan menghempas pintu kereta sendiri. Tiba-tiba gembira semacam.
"apa ni Mingyu? "
"rumah baru kita. Kenapa awak tak suka ke?" aku terdiam. Bingung dengan apa yang baru sahaja berlaku. Betul ke?
"is- isteri awak-"
"isteri saya tu... Awak lah orangnya!" air mata aku jatuh sekali lagi. Mingyu kenakan aku. Aku betul-betul ingatkan yang dia sudah berkahwin.
"jadi, apa yang papa cakap tu? "
"ya sayang, semua tu tipu je. Tak akan lah saya nak lepaskan awak macam tu je mestilah ada surat penceraian, sayang. Kalau macam tu senanglah orang nak bercerai. Tak payah dua tiga kali buat kerja... Jangan marah saya tapi marah papa. Sebab papa yang plan semua ni" Mingyu menyentuh bahu aku lembut.
"tapi rumah ni. Plan saya sendiri" Mingyu tersenyum. Puas melihat hasil lukisan rumahnya menjadi nyata.
"jadi. Soulmate yang dekat telefon awak tu siapa? " aku menyoal.
"ouh, papa lah. Kenapa? Awak ingat isteri baru saya? Jeles aeh? " bertubi-tubi soalan ditanya oleh Mingyu. Saja untuk menyakat isterinya. aku terdiam seketika sebelum tubuh Mingyu dipeluk erat oleh aku.
"saya ingat awak dah betul-betul tinggalkan saya! " aku menyembam wajah kecil aku pada dada Mingyu yang beralaskan baju kemeja berjalur hitam dan kuning.
"tak lah, tak akan saya nak tinggalkan awak macam tu je selepas apa yang saya dah pernah buat dekat awak. Masih rasa lagi perasaan sebersalah dalam hati ni tau..." kepala aku diusap lembut olehnya.
"Mingyu, maafkan saya? Maafkan saya sebab lambat maafkan awak" minta aku yang masih berada dipelukkan Mingyu. Semakin lama semakin dieratkan lagi pelukkan tersebut oleh Mingyu.
"tak apa, saya faham awak... " pelukkan akhirnya terlerai juga. Aku melihat sekeliling rumah tersebut. Cantik dan ringkas sahaja.
"ada berapa bilik dekat rumah ni? "
"daseot (five)"
"ke ke ke sseolleonghae,chet.. (lol not funny, chet)" Hyuna memeluk tubuhnya sambil mata memerhati pemandangan diluar rumah.
" it's true! I'm not lying "
"no micheossoh? (are you crazy?)"
"aniya... (no...)"
"hmm, geojitmalhajima? (don't lie?)"
"aniya! (no...)"
"ah dakcheo! (ah shut up!)" terus Hyuna meninggalkan Mingyu yang sudah tersenyum-senyum menampakkan gigi taringnya.
"banyak bilik nak buat apa Mingyu?" soal aku setelah selesai mengelilingi rumah tersebut. Aku melabuhkan punggung diatas kusyen yang sudah tersedia. Nampaknya Mingyu sudah pindahkan perabut awal ke sini sebelum kehadiran aku dirumah ni.
"bilik pertama, bilik kita"
"bilik kedua, bilik pakaian"
"bilik ketiga, bilik tamu"
Jari ketiga dikeluarkan dan aku masih setia menunggu bilik yang seterusnya apabila Mingyu berhenti dari terus memberitahu aku.
"bilik keempat?"
"bilik keempat.... " aku masih setia menunggu jawapan yang bakal keluar dari mulut Mingyu.
"ppali! (cepat!)" pehanya aku pukul perlahan. Tidak sabar menunggu bilik seterusnya. Mingyu pula saja mahu main teka-meneka.
"bilik keempat, bilik anak lelaki kita. Dan bilik kelima, bilik anak perempuan kita... Habis" cukup lima jari dihalakan kearah muka aku seraya menekup.
"ish masinlah!" gurau aku. Pergelangan tangan Mingyu aku pegang minta dilepaskan. Lelaki itu pula tidak habis ketawa.
"jom"
"pergi mana? "
"saya nak anak... "
"cet, tak payah mengada. Baru masuk tengahari ni. Saya nak tidur sekejap" aku bangun berura hendak meninggalkan Mingyu yang masih duduk disofa.
"haih, pergilah nak tidur sangat. Nanti malam jangan nak tidur lagi pula..." aku ketawa kecil sebelum meninggalkan Mingyu yang sudah memandang aku dengan pandangan yang tajam sehinggalah aku hilang dari pandangannya.
T H E E N D
YOU ARE READING
{C} House Of Card .S1
RomanceTekejut. Ya, aku terkejut. Bakal suami aku hilang entah kemana. Dulu dia yang beria-ria. Janji manis bagai. Tapi dia yang hilang entah kemana? Mesej tak di balas apatah lagi di telefon langsung tak diangkat. Buntu. Aku buntu, siapa yang sudi nak ga...