Selama tiga hari di hospital akhirnya aku dibenarkan pulang. Aku duduk dibirai katil sementara menunggu kehadiran mama.
Hari ni mama yang akan jemput aku. Papa kerja luar lagi. Katanya pergi jeju. Harap dia belikan aku ole-ole dekat sana. Haha....
"Hyuna"
Aku menoleh saat nama aku digumam oleh seseorang. Mama menghampiri aku. Dia mengangguk lalu membawa aku keluar dari wad tersebut.
"jom"
aku mendongak. Mingyu. Haih, baru aku nak lupakan dia sekejap. Muncul lagi hari ni. Dia tersenyum ke arah aku dan mama.
"Mingyu, hantar rumah mama ya"
"ha? Kenapa"
"saya yang nak berpantang dekat rumah mama"
"hmm, kalau awak dah kata macam tu. Jomlah saya hantarkan. Awak nak singgah mana-mana tak? " aku hanya menggeleng. Mingyu tersenyum dan kami bertiga mengatur langkah keluar dari hospital.
"mama duduklah depan. Nana nak duduk belakang"
"aeh, tak pelah. Kamu duduklah depan-"
"mama tak apa Mingyu okay je. Mungkin nana tak selesa" Mingyu memotong percakapan mama. Aku pula terus masuk ke dalam kereta hitam milik Mingyu.
◌◌◌◌
Sampai sahaja di rumah mama aku dipapah oleh mama masuk ke dalam rumah. Beg aku pula di bawa oleh Mingyu.
"mama. Nana masuk bilik teruslah. Nak rehat" Puan Johyun hanya mengangguk tetapi tangannya masih lagi memegang pinggang aku.
"mama tak apa Nana boleh naik sendiri. Mama pergilah siapkan makanan tengah hari"
"betul ni?"
"ya ma"
Mama melepaskan aku perlahan setelah sampai dihadapan tangga. Sebenarnya aku tak nak pun rehat dekat bilik. Yelah, bukan ada apa pun dalam tu.
Tapi disebabkan mama suruh Mingyu rehat dulu dekat sini. Aku pula malas nak bersua muka dengan dia. Jadi biliklah yang aku tuju.
Langsir tingkap dibuka memberi udara segar masuk ke dalam bilik. Aku duduk di atas katil seraya melunjurkan kaki.
Telefon yang sentiasa berada ditangan aku buka lalu melayari internet. Aplikasi viu aku buka. Dengar cerita kumpulam exo buat cerita.
Entahlah. Aku bukannya minta sangat kpop-kpop ni. Anak buah aku suruh tengok. Aku pun tengoklah. Tiba-tiba mengikuti pula.
Cerita 'exo next door' episod 2 itu mula dimainkan. Ketawa kecil aku saat gadis itu tersembur air pada lelaki bernama Chanyeol.
"seronoknya, tengok apa tu? " tawa aku terhenti saat Mingyu masuk ke dalam bilik.
"kenapa masuk bilik saya? "
"saya nak letak beg baju awak je. Maaf main masuk je tadi. Saya ingat awak dah tidur" beg baju diletakkan di atas katil dan Mingyu keluar begitu sahaja.
Aku mengeluh seketika sebelum kembali menonton cerita yang sedang ditayangkan.
◌◌◌◌
"Hyuna"
Aku mengangkat muka aku memandang figura yang berada di daun pintu. Hanya kepalanya sahaja yang terpancul.
"ya ma? "
"nak makan dekat sini atau bawah? "
"bawah lah, boleh tengok gyumie dengan labu sekali" aku tersengih. Mama pula terus masuk ke dalam untuk memapah aku turun pergi ruang dapur.
"mama dah makan belum? "
"dah, makan dengan Mingyu tadi. Mama bersihkan dapur lama sangat sampai lupa Nana dekat atas tadi" aku tersengih.
"nah, makan. Ni lauk orang berpantang. Jangan pandai pandai ambil lauk lain" aku ketawa kecil. Mama dah tahu yang aku suka curi-curi makan.
"mama naik dulu"
◌◌◌◌
Selesai mengalas perut. Aku pergi ke ruang tamu untuk menonton tv. Bayangan Mingyu tidak lagi kelihatan. Mungkin dia sudah pulang ke rumah selepas makan tengah hari tadi.
1 jam 40 minit aku berada di ruang tamu. Tiada lagi rancangan yang menarik perhatian aku. Mata pula sudah kuyu. Jadi aku terus bangun dan mengatur langkah perlahan ke dalam bilik.
Masuk sahaja dalam bilik. Tubuh Mingyu yang elok terbaring diatas katil aku pandang. Haih, mama lah ni yang suruh.
Ingin sahaja aku mengejut Mingyu tetapi bila aku teringatkan yang dia sudah menjemput aku balik dari hospital tadi aku hanya membiarkannya sahaja. Biarlah dia berehat mungkin dia penat.
YOU ARE READING
{C} House Of Card .S1
RomanceTekejut. Ya, aku terkejut. Bakal suami aku hilang entah kemana. Dulu dia yang beria-ria. Janji manis bagai. Tapi dia yang hilang entah kemana? Mesej tak di balas apatah lagi di telefon langsung tak diangkat. Buntu. Aku buntu, siapa yang sudi nak ga...