13

136 11 2
                                    

P/s: hyuna dah putus tunang dengan seok jin. Boleh baca dekat eps 6

         Setelah merasmikan majlis. Mingyu meminta aku sentiasa berada disisinya. Untuk mengelakkan dari dirinya dituduh sebagai lelaki tidak berguna kerana meninggalkan aku keseorang dirumah ibunya. Pantang dilepaskan genggaman tangan buat sementara, besar matanya pada aku.

        "awak nak makan tak? "

        "boleh je, saya pun lapar"

      Jawab aku bersahaja. Biar jelah dia sahaja yang berlakon tidak aku.

       Tangan aku ditarik pergi ke arah ruang makan. Piring dihukurkan olehnya. spegetti bolognise menjadi pilihan menu aku pada malam ini.

       "makan cepat, nanti kita kena potong kek" aku hanya menganggukkan kepala dan menyuakan spegetti bolognise kedalam mulut. Punggung di henyak pada kerusi dan daging stik yang sudah dipotong kecil olehnya disua ke dalam mulut aku.

       Selesai menjamu selera. Aku dan Mingyu mengatur langkah di tepi kolam renang. Meja kecil yang terhidang kami hampiri. Kek berkrim itu cantik dipandang oleh aku.

         Orang ramai sudah mula berkumpul untuk melihat kami memotong kek. Pisau yang dipegang Mingyu dipegang juga oleh aku lalu diarahkan pada kek dua tingkat itu.

         Aku tersenyum gembira apabila tetamu bersorak begitu juga Mingyu. Aku meletakkan pisau di tepi kek dan memandang sekeliling. Menunggu arahan dari Mingyu untuk beredar.

        Tiba-tiba sahaja amarah aku naik  apabila ternampak Seok jin bersama seorang perempuan sambil berpegang tangan. Tidak erat.

         Terus hilang rasa gembira didalam hati. Pandangan setajam pisau aku beri pada pasangan tersebut.

         "Soora awak buat apa dekat sini? Kenapa tak beritahu nak datang?" Mingyu menarik tangan aku menghampiri mereka.

        "ibu awak yang jemput. Jadi saya datang jelah"

        Jelas riak wajah Mingyu sungguh gembira apabila berjumpa dengan tunangnya. Tetapi suasana mula menjadi dingin tatkala anak mata Mingyu melihat Soora berpegang tangan dengan seorang lelaki. Manakala aku tidak henti memandang Seok jin. Berlawan mata.

         "jadi dia ni lah isteri yang awak kejar tu? " tanya aku pada Seok jin. Kini aku memberi pandangan kepada perempuan yang bernama Soora pula. Dia juga terkejut tatkala aku bersuara.

          "apa ni? " soal Mingyu.

         "Mingyu" Mingyu terdiam seketika. Bingung dengan apa yang baru berlaku. Panggilan dari Soora dia endahkan.

        "sebab ni ke awak selalu elak dari saya Soora? Sebab ni ke? Saya tunang awak Soora. Awak lupa ke? " Mingyu cuba mengawal suaranya dari terus meninggi. Matanya cuba memandang Soora yang sudah menunduk.

        "awak kahwin dengan tunang orang seok jin? Awak kahwin dengan tunang orang Seok jin?! Lelaki jenis apa awak ni! " aku tidak dapat bertahan lagi dengan kemarahan aku apabila Mingyu berkata perempuan yang dikahwini oleh Seok jin ialah tunang Mingyu.

        "awak lari sebab tunang orang seok jin! Kenapa awak buat macam ni! " orang ramai mula menyaksikan kami yang mula menghangatkan keadaan.

        "Mingyu, saya ada sebab. Saya terlanjur Mingyu. Saya tak ada niat pun nak buat awak macam ni" terang Soora.

       "tak ada niat?"

        "kami sama-sama terlanjur. Masa tu kami berada di club. Kami mabuk. Keluarga Seok jin nak bertanggungjawab sebab saya dah mengandungkan anak dia" perempuan itu menunduk malu. Aku mati kata. Terlanjur?

        Ikutkan hati Soora tidak mahu berkahwin dengan Seok jin dan Seok jin pun tidak mahu berkahwin dengannya. Disebabkan malu. Keluarga Seok jin memaksa mereka untuk berkahwin secara rahsia diluar negara.

       "kau sepatutnya sedar yang engkau dah jadi tunang orang! Kau tak sepatutnya keluar untuk berseronok lagi! Sebab kau, rosak perkahwinan aku!"

      "aku minta maaf, Mingyu saya minta maaf Mingyu, saya mengaku salah saya. Saya sepatutnya jaga batas saya sebagai tunang orang"

       "maaf kau tu dah tak boleh ubah apa-apa lah! Kau melututlah macam mana sekali pun! Aku tetap tak akan maafkan kau! Sebab korang berdua ni aku terpaksa kahwin dengan Mingyu, tunang kau Soora" terus aku berlari masuk kedalam rumah ibu Mingyu.

        "kenapa Seok jin, kenapa? Saya percayakan awak selama ni? Kalau awak bagitahu saya perkara yang sebenar. Mungkin saya boleh terima. Walaupun sakit... "

◌◌◌◌

        "ibu, kenapa ibu jemput Soora datang majlis ni? " anak lelaki Puan Kim itu menanya saat majlis terpaksa diselesaikan awal.

        "kenapa? Soora tu bukan ke tunang kamu? Tak salah rasanya ibu jemput dia. Lagi pun, dia dah kahwinkan dengan tunang isteri kamu tu? " ibu Mingyu menanya. Sengaja.

       "jadi ibu dah tahulah sebelum ni? Kenapa ibu tak begitahu Mingyu pun sebelum ni? Maknanya, ibu jemput Soora untuk bagitahu Mingyu yang dia dah kahwin? " Mingyu meraup rambut depannya kebelakang.

     Sedara-mara yang berada di ruang tamu hanya berdiam sahaja. Memandangkan waktu hampir tengah malam. Jadi mereka hanya mengemas ruang tamu untuk tidur.

    "lebih kurang macam tu? Ibu dah cakap ibu tak suka dengan Soora tu. Jadi kamu dah tahu sendirikan. Terimalah" Mingyu cuba mengawal kemarahan pada ibu kandungnya itu.

      "Mingyu tak rasa yang Soora buat macam tu. Mungkin tunang Hyuna yang letak dadah dalam air minuman Soora. Jangan cepat menilai ibu" terkejut Puan Kim jadinya apbila mendapat jawapan dari anak sulungnya.

        "kamu nak belakangkan dia pula?! Dia tu dah berlaki Mingyu! Ingatlah sikit, perempuan macam tu kamu masih nak jaga dia ke?! Yang buruk perangainya?! Mabuk macam tu sampai terlanjur! Itu yang kamu nak?! " Puan Kim sudsh panas apabila anaknya ingin mebelakangkan isteri orang daripada apa yang Puan Kim beritahunya.

       "Dia masih hormat ibukan?! Jadi apa masalahnya?! Mingyu akan pastikan yang Soora tak bersalah dalam hal ni"

     Terus sahaja Mingyu mengorak langkah masuk ke dalam biliknya. Kelihatan Hyuna sudah tertidur bersama pakaian yang masih belum ditukar.

     Beberapa butang baju dibuka sebelum tuala dicapai dan Mingyu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri yang sidah melekit.








   

{C} House Of Card .S1Where stories live. Discover now