"dah nak balik dah? " ibu menyoal aku. Aku mengangguk kecil seraya tersenyum. Tubuh ibu mentua aku dakap erat.
Aku juga terkejut sebenarnya. Bangun sahaja dari tidur Mingyu terus menyuruh aku mengemas barang untuk balik ke rumah semula.
"Mingyu, tak nak salam ibu? " tanya aku kepada Mingyu. Dia hanya bediri dibelakang aku sahaja dari tadi. Tidak mahu berganjak kedepan walaupun setapak.
"saya nak cepat, jom" bahu aku dirangkul lalu membawa aku masuk ke dalam kereta berwarna hitam miliknya.
"awak okay? Kenapa tak nak salam ibu tadi? "
"diamlah kau! Boleh tak kalau sekali tu kau tak bercakap?! Bising tahu tak! Eih panas lah! " aircond yang bernombor satu ditukar menjadi tiga.
"saya cuma tanya, kenapa sampai nak marah-marah macam ni? Kalau hal semalam. Bukan awak seorang je yang sakit hati. Saya pun sakit-"
"tapi kalau tunang kau tu tak letak apa-apa dalam air tunang aku. Benda ni tak akan jadi, kan? " Mingyu memandang hyuna seketika.
"letak apa? Dah terang-terang diorang cakap yang diorang mabuk. Awak nak salahkan Seok jin pula letak serbuk dalam air tunang awak ke? " aku menyoal Mingyu. Aku memandang kehadapan. Terkejut. Sekarang nak salahkan orang lain pula punca aku dengan dia terpaksa kahwin ke?
"kau turun, bawak sekali beg baju kau. Aku ada hal nak kena selesaikan" kereta diberhentikan mengejut dihadapan rumah.
Aku memandang Mingyu pelik. Kemana lagi dia mahu pergi? Hendak menanya takut dimarah lagi. Terus aku menarik pemegang pintu dan keluar dari kereta tersebut.
Selesai mengambil beg empat roda di belakang kereta terus aku menghempas kuat penutup bonet kereta. Melepaskan geram.
Manakala Mingyu terus menekan pedal minyak dan keretanya berlalu pergi keluar dari kawasan taman perumahan yang diduduki oleh mereka.
"hal luar lagi penting berbanding isteri kau dekat rumah ni"
◌◌◌◌
"ada apa kau nak jumpa aku ni?" jungkook menghirup air soda yang baru dipesan sementara menunggu kehadiran Mingyu.
"sabarlah, kau nak cepat apahal?"
Jungkook hanya menjeling kawannya yang sedang ketawa mengejek akan dia. Kunci kereta mahal itu diletak atas meja lalu mengeluarkan telefen dikocek seluar jeans hitam yang dipakai olehnya.
"kau kenal lelaki ni? " media didalam telefon Mingyu itu menyala pada muka jungkook saat barang bercahaya itu bertukar tangan.
"tak siapa? "
"dia ni bekas tunang isteri aku"
"ouh, kenapa? "
"aku nak kau siasat pasal dia. Bagitahu aku detail pasal dia" jari telunjuk Mingyu menunjuk-nunjuk gambar yang tertera pada skrin telefonnya yang masih bercahaya.
"kau nak buat apa?"
"buat jelah. kalau boleh, cepat lagi bagus kalau kau bagi aku data peribadi pasal lelaki ni" telefon dimatikan dan dia bangun berura hendak beredar.
"Nanti"
jungkook turut bangun sambil tangan memegang satu tin minuman soda manakala tangan kanannya memegang tangan Mingyu. Menahan lelaki itu untuk beredar.
"bagitahu aku dulu, kau nak buat apa dengan data peribadi bekas tunang isteri kau? " Jungkook menyoal.
"kau jangan buat kerja bodoh Mingyu. Cukuplah aku tahu yang kau pukul isteri kau"
"aku tak buat apa-apalah"
"itu kata kau. Perbuatan kau? Belum tahu lagi Mingyu. Sampai bila kau nak dengki dengan orang. Kau dah kahwin Mingyu"
"aku tahulah aku dah kahwin! Apa masalahnya?! Kau kena ingat Jungkook. Perempuan yang ada dekat rumah aku tu memang isteri aku tapi dia isteri atas kertas. Aku dengan dia terpaksa kahwin. Bukan dari kasih sayang atau cinta" Mingyu beredar. Jungkook pula mnegeluh.
"cubalah terima isteri tu walaupun terpaksa...tak salah Mingyu bercinta lepas kahwin"
◌◌◌◌
"nana! Nana! " panggilan dari Mingyu masuk kedalam gegendang telinga Hyuna. Laju kakinya kehadapan.
"ya Mingyu! Saya dekat sini, kenapa?!" Mingyu menoleh kemudian menghampiri Hyuna sebelum pipi kiri perempuan itu ditampar olehnya.
"kau pekak ke! Aku panggil kau sampai nak tercabut anak tekak! "
"saya dekat belakang Mingyu. Basuh baju kotor awak dengan saya" beritahu aku agak meninggi.
"lain kali tak payah basuh baju aku! Aku boleh basuh sendiri! Kau basuh bukan bersih pun!"
"awak nak apa panggil saya sebenarnya Mingyu?" tanya Hyuna. Malas dia hendak bertekak dengan lelaki dihadapannya yang sudah kotor.
Bukan kotor berhabuk. Kotor yang kelihatan seperti rambut berserabai. Baju yang berkedut dan mata yang sembab.
"aku nak- nak... "
"nak apa Mingyu? " hampir 10 minit dia menuggu. Lelaki dihadapannya dari tadi memikirkan kehendaknya. Kadang ketawa sendirian.
"awak mabuk Mingyu? "
Teka Hyuna. Mingyu memandang wajah isterinya dengan muka yang berkerut dan tersenyum sehingga menampakkan gigi taring miliknya.
"pandai kau teka sayang! " kepala Hyuna digosok. Sayang.
"aku nak kau teka je sebenarnya. Haha. Bijaklah isteri aku ni. Hahaha" tangannya ditepuk tanda bangga akan tekaan isterinya.
"sayang"
Tubuh kecil isterinya dipegang. Semain dekat membuatkan Hyuna semain sesak nafas.
"tak payah basuh baju saya ya? Basuh baju sayang je. Kalau sayang basuh juga-" Pinggang isterinya ditarik menjadi lebih dekat dengan dirinya. Wajahnya semakin menurun ke muka isterinya. Ingin menyatukan bibir manis mereka.
Laju tubuh Mingyu ditolak. Hyuna mengangguk akan permintaan Mingyu. Terus dia pergi kebelakang rumah.
Manakala Mingyu naik keatas dengan jalan yang terhuyung-hayang sambil menyanyi lagu yang berunsur tidak baik.
YOU ARE READING
{C} House Of Card .S1
Roman d'amourTekejut. Ya, aku terkejut. Bakal suami aku hilang entah kemana. Dulu dia yang beria-ria. Janji manis bagai. Tapi dia yang hilang entah kemana? Mesej tak di balas apatah lagi di telefon langsung tak diangkat. Buntu. Aku buntu, siapa yang sudi nak ga...