000

357 21 3
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





" han jisung ! "  panggil jihyun dari jauh , jisung terus memandang ke arah suara yang memanggil namanya lalu tersenyum ke arah empunya suara itu  .


jihyun dari jauh berlari menuju ke jisung yang sudah menunggu dirinya lama  .  jihyun senyum ke arah jisung , jisung membalas senyuman jihyun itu .


" kita nak buat apa hari ni ? "  soal jihyun sambil memandang jisung , menunggu jawapan dari mulut jisung . jisung mula memikirkan di manakah patut dia membawa jihyun hari ni , meluangkan masa dirinya untuk jihyun buat kali terakhir .


" kita pergi tempat yang selalu kita pergi dan tempat pertama kali saya lamar awak sebagai yeochin saya . nak ? "  soal jisung , jihyun terus mengangguk setuju dengan cadangan jisung . terus jisung memberi tangannya untuk berpegangan tangan jihyun .


jihyun memandnag seketika dan menyambut dengan riang sambil memeluk lengan milik jisung itu .  " awak nak makan apa dekat sana nanti ? " soal jisung sambil berjalan menuju ke arah restoren kesukaan mereka berdua .


" tteobokki , jjangmyeon dan ayam. pedas . itulah paling saya suka "  kata jihyun sambil memeluk lengan milik jisung , jisung tersenyum melihat gelagat jihyun yang manji itu .


macam mana lah dia hendak tinggalkan yeochinnya nanti setelah dia dihantarkan ke amerika syarikat untuk belajar di sana .


sampai di restoren itu , mereka berdua memesan perkara yang sudah jihyun sebut sewaktu mereka berjalan menuju ke restoren .  " jihyun - ah , saya ada benda penting nak cakap dengan awak . selepas saya hantar awak saya bagi tahu ye "  ujar jisung dengan nada sedikit sedih .


jihyun mengangguk sambil senyum , apalah benda penting yang hendak jisung bagitahu pada dirinya fikir jihyun . selang beberapa minit , makanan di pesan oleh mereka sudah sampai , tiba masanya mereka mula memakan makanan tersebut .


hampir setengah hari mereka meluangkan masa bersama  , pergi arcade sambil bermain bermacam permainan . di situ lah terserlah kegembiraan mereka berdua buat kali terakhir , jisung dalam diam memandang senyuman jihyun buat kali terakhir sebelum dirinya berangkat ke USA .


hari makin gelap , tiba masanya jisung menghantar jihyun pulang ke rumahnya . sampai di halaman rumah jihyun , mereka berdua saling berdepan . jisung menunduk kepalanya lalu memandang ke wajah comel jihyun , dia tersenyum pada masa sama hati berat meninggalkan jihyun .


selepas ini , tiada sesiapa yang akan belikan makanan untuk jihyun ketika dia sakit akibat period pain di kala jihyun memerlukan seseorang untuk mengajarnya subjek yang lemah dan tiada sesiapa akan menemani jihyun pulang ke rumah dengan selamat lagi .


" awak kata nak bagitahu benda penting  , apa dia ? "  soal jihyun dengan masih tersenyum menunggu jawapan jisung .


jisung memegang tangan jihyun dan mengusap tangan jihyun dengan lembut lalu dia menarik nafas berat membuatkan jihyun mula memandang pelik .


" awak jangan sedih tahu "  ujar jisung , jihyun mula pelik dengan kata - kata jisung itu .  " kenapa pula ? "  soal jihyun dengan senyum senget .


" lepas ni , saya tak dapat nak teman awak balik rumah , mengajar awak , manja dengan awak dan jaga awak ketika sakit . saya kena pergi ke sekolah USA sebab ayah saya pindah pekerjaan dia ke sana , saya harap awak boleh jaga diri awak sampailah kita boleh berjumpa lagi " .


jihyun mula mencebik bila mendengar kata - kata jisung itu , adakah dia tiada lagi peneman yang selalu berada di sisinya selalu .


" saya harap awak jaga hati awak untuk saya dan saya jaga hati saya untuk awak . kita akan berjumpa semasa kita berumur 18 tahun boleh ? "  soal jisung sambil memandang jihyun yang mula berkaca mata nya menahan air mata dari jatuh ke pipinya .


" hm ? " jisung masih menunggu jawapan jihyun sambil memandang muka jihyun yang mula hendak nangis sudah seperti seorang bayi  .


" boleh ? "  soal jisung lagi , jihyun perlahan - lahan mengangguk kepalanya dan air matanya mula jatuh mengalir ke pipinya . jisung memandang jihyun lalu tersenyum , dia mengelap air mata jihyun menggunakan ibu jarinya lalu mengangkat muka jihyun untuk memandang mukanya .


" saya sayang awak lebih dari saya sayang diri saya "  senyum jisung lalu memeluk jihyun , jihyun terus menangis teresak di bahu milik jisung . jisung mengusap rambut jihyun sambil ketawa kecik ,  " comel saja dia nangis "  ujar jisung sambil memujuk jihyun .














[  to be continue  ]












tags  :
[   hoonieseung_   ]

𝐥𝐞𝐯𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫  [ 𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐲𝐮𝐧𝐣𝐢𝐧 ]Where stories live. Discover now