024

87 8 1
                                    

_______________♡_______________

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

_______________♡_______________

I'll always be by your side...

_______________♡_______________














seo jihyun .




" jihyun sshi , ada seseorang nak jumpa "  panggil jisool , aku terus memandangnya lalu tersenyum dan mengangguk . terus aku meninggalkan kerja aku lalu berjalan keluar dari ruangan pejabat aku .

langkah aku terhenti bila hyunjin berada di hadapan pintu utama , tanpa fikir panjang terus aku berjalan menuju ke arahnya .  " hyunjin "  panggil aku , terus dia menoleh ke arah aku lalu tersenyum . 

" jihyun ah , jom makan tengahari sesama "  ajak hyunjin , aku mengangguk laju .  " sebentar ya , jihyun ambil jaket dengan beg tangan "  kata aku lalu berjalan masuk semula ke ruangan pejabat aku , terus aku mencapai beg tangan dan jaket aku yang tersangkut rapi di penyakut tersedia .

" saya pergi keluar dulu ye "  kata aku , takut nanti ada orang cari aku saja . jisool mengangguk kepalanya lalu sambung kerjanya , aku berjalan keluar mendapatkan hyunjin semula .

" khaja "  ajak hyunjin lalu berjalan bersama dengan aku menuju ke kereta miliknya . sampai di restoren , kami mula duduk tempat duduk dan mengambil pesanan .

sepanjang hari  , hyunjin banyak bersama aku sehingga aku mula selesa bila bersamanya seperti aku sekolah dahulu .

“ terima kasih sebab bawa saya pergi makan tengahari dan juga hantar saya ke rumah ”  ucap aku , lalu hyunjin memgangguk sambil senyum .  “ sama-sama , hujung minggu awak ada masa ? ”  soal hyunjin .

aku mengangguk kepala , tanda aku ada masa sepanjang hujung minggu .  “ baguslah  , saya nak ajak awak pergi keluar ”  kata hyunjin .  “ lagi pun saya tak tahu nak buat apa hujung minggu  , jadi kita jumpa hujung minggu ”  ujar aku , hyunjin mengangguk kepalanya .

“ jumpa hujung minggu , saya balik dulu ”  kata hyunjin , aku mengangguk kepala lalu aku masuk ke rumah aku sambil sekali sekala aku memandangnya . dia masih tidak gerak  , menunggu aku masuk dahulu ..



















kwon jiwoo .










“ kau dah okay ? ”  soal minho sambil melihat aku  , macam aku ni akan mati tak lama lagi . “ aku okay sajalah , tak perlu risau . aku tak mati lagi lepas putus cinta ”  ujar aku , dia berkerut .

“ aku tak cakap pun kau mati sebab putus cinta ”  katanya , dia ni sekali tak buat aku sakit hati tak boleh . “ jom teman aku jejalan ”  ajak minho , aku hanya mengangguk kepala sahaja .

selesai kami makan , dia bawa aku ke lotte world theme park . dia terus tarik tangan aku untuk naik viking , aku rasa dia takut naik benda alah ni tapi kenapa dia ajak aku .

“ kau kalau takut , aku ada ”  kata minho , aku memandangnya . macam dia tak takut sudah naik benda ni , selang beberapa minit . aku menepuk belakangnya , katanya nak muntah  .

“ aku dah agak , kau berlagak naik atas tu acah tak takut . turun saja nak pitam , kalah orang mengandung ”  perli aku , tangan aku masih menepuk belakangnya . dia sudah terdiam , masih menahan dari muntah . aku hanya geleng kepala sahaja .

“ jom naik sana ”  kata aku lalu menunjuk kuda pusing tidah jauh dari kami , dia memandang aku .  “ khaja ”  katanya lalu bangun dari duduknya berjalan ke arah kuda pusing .

kalau dengan dia ni jangan naiklah benda ekstrem   , mula lah nak muntah ataupun pengsan . sepanjang kami di sana banyak dia buat aku tergelak dengan perangainya , dia masa sekolah tak pernah seperti ini ..

aku sempat memandang muka minho , jangan kata aku suka dia . kami berdua dah janji tak akan pernah suka sesama sendiri .

“ weh , esok aku ambil kau hantar pergi kerja ”  kata minho secara tiba . aku memandangnya , “ kenapa ? ”  soal aku tiba sahaja dia nak hantar aku .

“ saja , jumpa esok ”  katanya . dia terus halau aku suruh masuk ke rumah cepat  ,  aku hanya geleng kepala sahaja sambil melambai tangan ke arahnya .


















[ to be continue ]

tags :

hoonieseung_

𝐥𝐞𝐯𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫  [ 𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐲𝐮𝐧𝐣𝐢𝐧 ]Where stories live. Discover now