[ ❝ 𝒏𝒐𝒘 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝒚𝒐𝒖𝒓 𝒘𝒆𝒊𝒈𝒉𝒕'𝒔 𝒄𝒐𝒎𝒆 𝒐𝒇𝒇 𝒎𝒚 𝒔𝒉𝒐𝒖𝒍𝒅𝒆𝒓𝒔
𝑰 𝒓𝒆𝒂𝒍𝒊𝒛𝒆 𝒕𝒉𝒂𝒕 𝑰 𝒄𝒂𝒏 𝒇𝒍𝒚 ]seo jihyun .
sudah masuk dua bulan aku berkawan dengan jiwoo , hyunjin dan minho . setiap hari aku selalu bagitahu pasal han jisung , ye mereka kata cuba jangan berhenti berharap tapi han jisung .
mana awak sekarang ? tahu tak , setiap masa saya fikir pasal awak dan juga setiap masa saya berharap awak baik - baik sahaja di sana .
hari ni , kami berempat hendak pergi ke taman tema di sebabkan kami tiada buat apa selepas waktu sekolah . jiwoo mencadangkan hendak pergi ke sana bersama kami bertiga .
“ mana diorang ni , kalah perempuan ni ” rungut jiwoo sambil menilik jam di dalam iphonenya , aku tersengih melihat gelagatnya .
“ itu diorang ” ujar aku lalu menunjuk mereka dari jauh , jiwoo sudah mencekak pinggang nya . “ maafkan kami , hyunjin ni terlelap kejap sebab fikir lambat pergi ” kata minho . hyunjin sudah mengurut lehernya .
“ jom lah , aku dah beli tiket ” ajak jiwoo lalu berjalan meninggalkan kami bertiga di belakang . “ bukan nak tarik aku suruh jalan sesama ” rungut minho .
“ kalau dia tarik kau pun , kau bukan nak pun ” kata hyunjin lalu berjalan bersama dengan aku serta minho .
minho terus mengejar jiwoo ke hadapan , aku pula seperti biasa mesti berjalan dengan hyunjin selalu . dia lah selalu dengan aku apa - apa berlaku .
author .
selang beberapa jam , kini mereka berehat di food court memandangkan waktu makan malam . “ jiwoo , nak makan apa ? ” tanya minho tiba , jiwoo memandang minho sambil berkerut tak pernah dia hendak beli makanan untuk dirinya .
“ aku nak makanan belah sana hehe ” sengih jiwoo . lalu menunjuk makanan yang dia mahukan , sementara hyunjin memandang jihyun .
“ jihyun nak apa - apa tak ? ” soal hyunjin , jihyun melihat setiap gerai di situ . “ saya sama macam jiwoo ” senyum jihyun , hyunjin mengangguk kepalanya lalu berjalan bersama minho ke gerai tersebut .
“ jiwoo ah , tak rasa pelik ke sejak kebelakangan ni minho sikit kepit dengan awak ” kata jihyun , jiwoo mengeleng kepalanya .
" macam biasa saja dia kepit , mungkin sebab banyak buat dosa dengan saya tu hehe ” ujar jiwoo dengan sengihan , jihyun ikuti tersengih sekali .
tiba sahaja minho dan hyunjin membawa untuk mereka makan bersama , hyunjin terus menghulurkan jihyun sudu serta garpu mana tahu jihyun memerlukan antara dua itu .
“ nah untuk kau ” kata minho lalu memberi garfu kepada jiwoo . jiwoo menyambutnya dan memakan makanan yang di beli oleh minho tadi .
“ yah ! kau makan ke kau nak tumpah ? ” soal minho lalu mengelap kuah yang berada di atas meja serta lengan baju milik jiwoo .
“ tch , nak buat macam mana hm ” kata jiwoo lalu menyambung semula makan sementara minho sedang mengelap lengan baju milik jiwoo .
jihyun dan hyunjin hanya memerhati sahaja sambil itu tersengih melihat telatah minho dan jiwoo .
han jisung .
“ han jisung ! ” panggil ibu aku sambil melambai ke arah aku dari jauh , aku tersenyum dan berjalan menuju ke arah ibu aku sambil menarik beg bagasi .
aku terus memeluk ibu aku lalu tersenyum manis ke arahnya . “ ibu rindu dekat jisung ” ucap ibu aku sambil mengusap kedua - dua belah pipi aku . aku tersenyum , aku pun rindu ibu aku serta seseorang yang dah lama aku tak berhubung .
“ ibu , jisung laparlah . kat kapal terbang tadi jisung tak makan pun ” kata aku sambil cebik , ibu aku tersenyum lalu mengajak aku balik .
sampai di rumah , aku terus ke bilik aku memandang ibu aku suruh untuk bersihkan diri . aku nelihat nama jihyun di screen telefon , banyak mesej yang aku tak balas .
patut ke aku bagitahu jihyun ? aku takut dia terluka apa yang aku bagitahu . maafkan aku , jihyun sebab tak dapat jaga kau dengan baik .
[ to be continue ]
tags :
[ hoonieseung_ ]
YOU ARE READING
𝐥𝐞𝐯𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫 [ 𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐲𝐮𝐧𝐣𝐢𝐧 ]
Random" aku tetap nak tunggu dia sampai bila - bila , sebab aku sayang dia " - seo jihyun " kau nak tunggu dia sampai berapa tahun ? sampai kau tak bernyawa ? " - hwang hyunjin " aku kembali sebab aku nak dia berhenti mencintai aku dan berhenti berhara...