017

118 12 3
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


_______________♡_______________







" kenapa hyunjin dengan jisung macam gaduh sahaja "  soal jiwoo pada jihyun , jihyun terus mengangkat bahunya tidak tahu keadaan mereka sekarang ini  .


hari ni adalah hari sukan buat satu sekolah , semua sibuk membuat latihan sukan dan hiasan rumah sukan yang tidak lama lagi akan berlangsung beberapa hari lagi .


" jiwoo , kau tak nak masuk latihan sukan ke ? "  soal minho di sebelah jiwoo cuba perli jiwoo . jiwoo terus menjeling minho , sekali dia tak perli tak boleh .  " jihyun ? "  soal minho pula pada jihyun  .


" jihyun tak boleh buat latihan sebab kesihatan "  kata jihyun senyum , minho mengangguk faham diikuti hyunjin di sebelah .  " mana jisung ? "  , jihyun mula melilau mencari kelibat jisung malangnya jisung tidak muncul dari pandangannya .


" kita orang pun tak tahu dia dekat mana "  kata minho , jihyun mengangguk kepalanya tanda faham . mungkin jisung ada hal fikirnya .


" jom kita duduk sana " ajak jiwoo dan terus menarik tangan jihyun untuk duduk berdekatan dengan seorang gadis diikuti banner di tangannya  .  minho dan hyunjin pula sudah turun untuk siap sedia dengan latihan yan bakal bermula tidak lama lagi , sambil mereka memanaskan badan  , mata minho tertacap seorang gadis di sebelah jiwoo .


" itu perempuan yang jisung keluarkan ? "  bisik minho , terus hyunjin mencari gadis itu .  " dia sebelah jiwoo "  sambung minho , mata hyunjin terus memandang gadis itu seperti mencari jisung sahaja .


" macam mana kita nak halang jihyun dari jumpa jisung dengan perempuan tu ? "  soal minho  , hyunjin terus memandang ke arah jihyun yang tersenyum melihatnya  .


" nanti aku akan cuba halang jihyun dari bertembung diorang "  kata hyunjin dengan yakin ,  minho mengangguk kepalanya . mereka berdua terus berjalan ke tengah gelanggang apabila telah di panggil oleh pengadil .


selesai sahaja mereka berkumpul , mereka terus menuju ke tempat mereka untuk bermulanya permainan diikuti jisung di situ . dia mengikuti latihan ini atas kerana senior mereka yang masukkan namanya .


keadaan di dalam gelanggang menjadi bising apabila permainan sudah bermula walaupun ianya latihan sahaja . sempat lagi jiwoo memandang gadis itu sebelum memandang pemain yang lain  .







Habis sahaja waktu latihan , mereka mula bersurai . ada yang masih duduk disitu dan ada jua sudah keluar menuju ke latihan permainan seterusnya , hyunjin terus mencari jihyun dan jiwoo pergi diikuti minho di sebelahnya .  " mana diorang ni " soal minho , dia sudah keletihan akibat bermain tadi kini perlu cari kawan mereka pula .


" itu diorang " kata hyunjin sambil jari telunjuknya ke arah mereka berdua yang sibuk duduk di bangku yang kosong tiada belajar di situ . terus hyunjin dan minho berlari kearah mereka berdua , " korang pergi mana tadi ? " soal minho pada mereka berdua lalu mengambil tempat di sebelah jiwoo .


" tadi kami pergi kantin tapi ramai jadi kami duduk sini " jawab jihyun , hyunjin menghela nafas lega . dia berharap sangat jihyun tidak bertemu jisung dan perempuan itu . " kenapa korang cari kitaorang ? "  tanya jiwoo .


" jom ponteng latihan sukan " ajak hyunjin , terus jihyun memandang hyunjin .  " kau bukan jenis nak ponteng latihan sukan ke ? " soal minho , jiwoo mengangguk setuju .  " kali ni saja kita ponteng , jebal " rayu hyunjin . mereka bertiga tanpa fikir panjang hanya ikut sahaja permintaan hyunjin .


selang beberapa jam , mereka berempat sudah berada di belakang pagar  . jiwoo yang memandang pagar itu pun takut hendak panjatnya , tidak pernah dia ponteng inilah kali pertama di ponteng sekolah nasib ia hari latihan sukan .


" khaja ! " ajak minho , hyunjin sudah menolong jihyun untuk memanjat dahulu sementara minho memandang jiwoo ,  " kau sedia tak ke nak panjat ? " soal minho , jiwoo mengangguk kepalanya .

jiwoo terus memijak pagar itu ditolong oleh minho sendiri , selesai sahaja panjat terus dia menuruni pagar itu . lalu memandang jihyun seperti terpaku sahaja memandang seseorang . ia jisung bersama gadis itu , jiwoo mula tergamam dengan jisung berpegangan tangan bersama gadis itu .

hyunjin dan minho yang baru sahaja turun dari pagar terus memandang ke arah jisung dengan perempuan itu , hyunjin terus mengeluh . rancangan dia hendak halang jihyun dari bertembung dengan jisung tak berjaya , jisung yang terpaku di hadapan jihyun terus berjalan ke jihyun .

" hajima , duduk sana diam - diam " kata jihyun dengan suara bergetar , seolah dia sedang menahan tangisan .  " jihyun , ini bukan yang awak- " kata - kata jisung terhenti apabila jihyun memotong kata - katanya .

" tak perlu jelaskan , saya dah tahu kenapa awak menghilang " kata jihyun lalu berjalan melepasi jisung , jisung terus menarik tangan jihyun malangnya jihyun menepisnya dan berjalan terus tanpa menunggu kawannya yang lain .

" seronok ? mainkan hati jihyun , mesti seronok " sindir jiwoo lalu berjalan melepasi jisung dan mula mengejar jihyun sementara hyunjin dan minho hanya diam sahaja .  " jom " ajak minho lalu jalan melepasi jisung jua diikuti hyunjin , sempat matanya menjeling ke arah jisung .

" siapa diorang tu ? " soal lia di sebelah jisung , jisung tersenyum nipis lalu membawa lia untuk pulang ke rumahnya . nampaknya dia perlu bagitahu jihyun hal sebenar .

" maafkan jisung , jihyun-ah "





















[ to be continue ]

tags :

[ hoonieseung_ ]

𝐥𝐞𝐯𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫  [ 𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐲𝐮𝐧𝐣𝐢𝐧 ]Where stories live. Discover now