[ ❝ 𝓘 𝓴𝓷𝓸𝔀 𝓘 𝓰𝓸𝓽𝓽𝓪 𝓵𝓮𝓽 𝓰𝓸
𝓦𝓲𝓽𝓱 𝓷𝓸 𝓻𝓮𝓰𝓻𝓮𝓽𝓼, 𝔂𝓸𝓾'𝓻𝓮 𝓪𝓵𝓻𝓮𝓪𝓭𝔂 𝓰𝓸𝓷𝓮 ]“ malasnya petang ni nak datang kelab dan persatuan , untuk korang berdua sebab tak kena panggil petang - petang ” ujar jiwoo mengeluh , jihyun hanya tersenyum sahaja .
“ aku menyesal masuk kelab dan persatuan sama dengan kau , baik aku ikut jihyun dengan hyunjin ” kata minho lalu menyandarkan dirinya ke belakang . jiwoo di sebelah sudah menjeling , rasa nak pijak saja minho ni .
nasib kawan baik , kalau musuh dah lama innalilah . “ nampaknya jihyun kena balik sengsorang lah kan ? ” soal jihyun memecahkan kesunyian mereka bertiga buat seketika tadi .
“ saya ada , saya boleh hantar ” jawab hyunjin , kini dia pula bersuara . “ ha'ah jihyun , tak baik balik sengsorang . hyunjin boleh teman ” kata jiwoo pula , minho menganggu tanda sokong apa di katakan oleh jiwoo tadi .
“ balik nanti saya tunggu dekat pagar sekolah ” kata hyunjin lalu bangun dari bangku sekolah itu diikuti yang lain memandangkan bunyi loceng sudah berbunyi .
tiba sahaja waktu balik , hyunjin sudah terpacak di hadapan pagar sekolah menunggu ketibaan jihyun datang . selang beberapa minit , kelibat jihyun sudah muncul dari jauh , seorang diri tanpa jiwoo .
“ maaf lambat ” kata jihyun dari belakang hyunjin , hyunjin yang menyandar di tembok memandang jihyun dari arah belakang . “ oh , gwechana . jom saya hantar awak balik ” ajak hyunjin lalu menyuruh jihyun berjalan dahulu .
sambil mereka berjalan beriringan , keadaan mula senyap bila mereka berdua sahaja . selalunya hanya jiwoo dan minho sahaja yang akan bisingkan suasana .
“ nak tak kita pergi kafe komik ? ” soal hyunjin dan memberhentikan langkahnya . jihyun memandang hyunjin sambil memikirkan ajakan hyunjin .
tanpa fikir panjang , jihyun mengangguk setuju memandangkan hyunjin mengajaknya untuk meluangkan masa sekarang dari duduk rumah termerap sahaja .
hyunjin terus membawa jihyun menuju ke kafe komik , dalam kafe pelajar dan pasangan sedang sibuk hal mereka .
“ jihyun cari lah tempat , jihyun nak apa - apa tak ? ” soal hyunjin , “ nak tteobokki dengan ice latte ” pesan jihyun , hyunjin mengangguk faham dan berjalan menuju ke kawasan makanan manakala jihyun mencari tempat .
selesai sahaja , hyunjin membawa minuman serta makanan yang di pesan oleh mereka berdua . jihyun menolong hyunjin mengangkat makanan itu ke tempat mereka berdua .
hyunjin mula duduk berhadapan jihyun lalu meminum air minumannya itu . jihyun tersenyum melihat tteobokki di hadapannya .
“ sedapnya , terima kasih sebab belanja ” kata jihyun lalu menyuapkan beberapa ttekbokki ke dalam mulutnya . hyunjin tersenyum melihat gelagat jihyun , ia seperti bukan jihyun yang dia kenal . pendiam dan tidak banyak cakap lagi pula senyum lebar .
selesai sahaja makan , jihyun dan hyunjin sibuk membaca komik mereka yang baru di ambil oleh mereka . hyunjin mula memecahkan kesunyian mereka berdua .
“ jihyun ada teman lelaki ? ” soal hyunjin tiba , jihyun terus memandang ke arah hyunjin . dia teragak - agak hendak mengangguk , dia pun tidak tahu status dia sudah berpunya atau tidak .
“ mesti adakan ” kata hyunjin , jihyun memandang hyunjin . “ jihyun sebenarnya tak tahu status jihyun sudah ada atau tidak ” kata jihyun .
hyunjin memandang jihyun , komik di tangannya di letakkan ke pehanya itu . “ kenapa , dia tak setia ke ? ” soal hyunjin , jihyun mengangkat bahunya dan menunduk .
“ kalau jihyun nak luah , kitaorang ada . kalau jihyun tak yakin , hyunjin ada . hyunjin sedia dengar luahan jihyun ” kata hyunjin lalu menyambung semula membaca komik itu .
jihyun memandang hyunjin seketika dan mengangkat semula komik tersebut di pehannya itu .
[ to be continue ]
tags :
[ hoonieseung_ ]
YOU ARE READING
𝐥𝐞𝐯𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫 [ 𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐲𝐮𝐧𝐣𝐢𝐧 ]
Random" aku tetap nak tunggu dia sampai bila - bila , sebab aku sayang dia " - seo jihyun " kau nak tunggu dia sampai berapa tahun ? sampai kau tak bernyawa ? " - hwang hyunjin " aku kembali sebab aku nak dia berhenti mencintai aku dan berhenti berhara...