015

98 11 0
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.



_______________♡_______________






" kau fikir apa hyunjin , aku baru sampai pun kau tak sedar " soal minho yang baru sahaja sampai melihat hyunjin termenung lama begitu lama .


" entahlah , aku nampak jisung dengan perempuan lain " kata hyunjin membuatkan minho berkerut memandangnya . perempuan lain ?


" macam mana kau nampak dia , aku rasa itu adik dia kot " ujar minhi cuba membuat hyunjin fikir positif tentang jisung . " aku tak rasa dia punya adik , sebab diorang ada kiss dekat pipi " kata hyunjin dengan berkerut memandang minho . minho memandang hyunjin seketika , seperti bukan adik beradik .


" betul kau nampak dia cium pipi , apa kata kita pergi siasat " ajak minho , baru dia hendak bangun dihalang oleh hyunjin dan dudukannya semula . " aku nak ajak siasat kau suruh aku duduk balik ? " .


" masalahnya , kita dua dah janji dengan jiwoo dan jihyun nak pergi kafe yang kita selalu pergi " minho mengangguk kepalanya , ada betul jua . minho terus kembali ke tempat duduknya lalu meminum semula ice americano di hadapannya itu sambil menunggu jiwoo dan jihyun .


selang beberapa minit mereka berdua senyap , jiwoo dan jihyun masuk ke dalam kafe itu lalu mencari mereka berdua . minho yang baru sahaja pandang mereka terus memanggil mereka berdua terus jiwoo dan jihyun pergi ke arah hyunjin dan minho .


" maaf lambat " .



" gwechana , jom kita gerak pergi kafe komik tu " ajak hyunjin lalu bangun dari duduknya itu diikuti jiwoo , minho dan jihyun . mereka berempat berjalan bersama ke sana sambil berjalan berdua - dua .



sampai sahaja di kafe komik , jiwoo dan jihyun cepat - cepat menuju ke tempat mereka selalu duduk nasib tidak ramai datang sini ketika waktu seperti ini . hyunjin hanya mengeleng kepala sahaja gelagat jiwoo dan jihyun , seakan - akan budak kecil berlari mengambil mainan sahaja .


hyunjin mengajak minho untuk mengambil order mana tahu mereka lapar mungkin mereka senang tak perlu turun ke bawah hendak beli makanan lagi .



selesai order sahaja , mereka berjalan ke tempat jiwoo dan jihyun duduki . mereka sibuk membaca komik tidak pun majalah fesyen di situ , minho dan hyunjin mengambil tempat mereka seperti biasa dengan makanan di letakkan ke atas meja di sediakan .



selang beberapa jam , jiwoo terus menutup buku komiknya memandang hyunjin , jihyun dan minho saling ganti .  " bosan lah , tak nak pergi mana - mana lagi ke ? " soal jiwoo , mereka bertiga terus memandang jiwoo yang merungut bertanya soalan kepada mereka .



" nak pergi mall tak ? " soal jihyun , jiwo mengangguk laju , minho dan hyunjin seperti biasa hanya ikut sahaja kehendak mereka berdua . kalau ikut mereka mahu kena bantah , mampu ikut sahajalah .



sampai sahaja di mall , seperti biasa mesti jiwoo dan jihyun akan berjalan terdahulu sebelum minho dan hyunjin  . mereka sempat singgah melihat barangan dan kedai hadiah  , sambil hyunjin menunggu jiwoo dan jihyun melihat dalam kedai .



mata hyunjin terus terpandang ke arah seseorang yang dikenalinya , siapa lagi kalau bukan jisung sibuk berpegangan tangan seorang gadis sambil gelak tawa antara mereka berdua .



hyunjin terus menepuk bahu minho menyebabkan minho memandang hyunjin , “ kenapa ? ”  soal minho  . hyunjin terus menunjuk jisung bersama seorang gadis tidak kenali oleh mereka berdua .



minho mengecilkan matanya memandang susuk tubuh jauh dari mereka berdua .  “ ha'ah , jisung dengan perempuan lain  ” .



“ dan aku tak rasa dia adalah adik jisung  ”  sambung minho lagi , terus jiwoo memandang keadaan minho seperti memerhati orang sahaja .  “ buat apa  ? ”  soal jiwoo .



“ tak buat apa , sudah ke ? ”  soal minho , jiwoo mengangguk kepalanya  . jihyun di belakangnya memandang sahaja mereka berdua seperti sorok sesuatu sahaja , “ jom kita makan apa patut , balik tak adalah nak makan lagi ”  kata hyunjin cuba tidak mahu jiwoo dan jihyun curiga dengan keadaan mereka berdua .


minho mengangguk setuju , jiwoo yang memandang mereka dengan sedikit mencurigakan hanya mengangguk setuju sahaja diikuti jihyun sekali . terus mereka mula bergerak bersama - sama ke restoren , hyunjin sempat memandang jisung dari jauh .


“ nampaknya aku kena jauhkan jihyun dengan kau ”  kata hyunjin perlahan sambil memandang jisung dari jauh .


















[ to be continue ]



tags  :

[ hoonieseung_ ]








𝐥𝐞𝐯𝐚𝐧𝐭𝐞𝐫  [ 𝐡𝐰𝐚𝐧𝐠 𝐡𝐲𝐮𝐧𝐣𝐢𝐧 ]Where stories live. Discover now