Bab 17

1K 14 0
                                    

Alfan menurunkan Dalisya di hadapan dewan sekolahnya manakala Alfan pergi parking keretanya.

Dalisya yang turun kemudian masuk ke dewan tersebut. Masih awal kerana pelajar masih belum hadir ke dewan tersebut. Yang ada hanyalah beberapa orang guru dan pelajar yang masih menghias dewan. Memberikan sentuhan terakhir mungkin. Kata hati Dalisya.

Dia yang masuk terus sahaja bergerak ke belakang pentas. Mencari Izzat dan Haikal. Sudah seharian mereka tidak contact. Dia juga masih tak tahu tentatif program tersebut. Ini kerana kes terkunci tu punya pasal.

Dalisya yang melihat Haikal dan Izzat di belakang pentas itu lantas memanggil.

"Izzat! Haikal!" panggil Dalisya.

Izzat dan Haikal yang mendengar sudah berpaling. Tapi mulut kedua duanya menganga. Cantik sangat Dalisya harini. Kata mereka dalam hati.

"Dah tak payah nak nganga sangat. Tutup mulut tu. Dia aku punya." bisik Alfan dari belakang mereka.

Dalisya terkejut melihat Alfan. Bila dia sampai? Cepatnya. Tadi baru je parking kereta.

Izzat dan Haikal berdehem apabila ditegur begitu. Kekasih hati Dalisya sudah marah. Mana mungkin diteruskan tatapan tadi.

Untuk mengcover perlakuan mereka berdua tadi, terus sahaja Haikal bertanya.

"Wehh. Korang berdua pergi mana haa? Puas dah aku cari korang dari semalam. Call tak angkat. Whatsapp tak reply." kata Haikal. Tapi memang dia pelik. Bukan sahaja sorang. Tapi dua dua pulak tu takleh contact. Dalisya sudah ada di depan mereka bertiga.

"Kalau aku bagitahu ni, korang jangan bagitahu sesiapa tau. Janji" kata Alfan kepada mereka berdua.

"Haa ye janji." kata Izzat. Dia memandang Alfan saspen

"Sebenarnya kitorang terkunci kat bilik tayangan tu semalam. Masa korang balik tu, Dalisya nampak lipas, aku cubalah bunuh dia. Lepas tu kitorang nak balik lah. Bila bukak pintu tu, pintu terkunci dari luar. Mungkin pak guard dah kunci. Tapi tak sedar kitorang masih ada kat dalam." terang Alfan panjang lebar.

"Apa! Kau dengan Dalisya terkunci kat bilik tayangan semalam?!" kata Haikal menjerit kuat. Memang kata katanya itu sudah terang lagi bersuluh. Semua kata kunci dijeritkannya. Kalau macam tu punya jerit, orang yang tak tahu cerita pon boleh tahu.

Terus sahaja Alfan menutup mulut Haikal. Dasar kecoh. Kata Alfan dalam hati. Alfan memberi jelingan maut kepadanya.

"Hehehe sorry sorry." kata Haikal meminta maaf.

"Dahtu macam mana korang keluar ni?" tanya Izzat pula.

"Pagi tadi Cikgu Zalina yang bukakan kunci tu. Terkejut dia lihat kitorang tau. Nasib baik Cikgu Zalina yang nampak. Kalau orang lain tak tahulah apa nak jadi"

"Nampak apa" tanya Izzat lagi.

Alfan melihat Dalisya yang dah menjelingnya. Memberi amaran supaya tidak diceritakannya. Alfan kemudian mengangguk.

"Nampak kitorang berdua lah. Berdua tau. Mesti cikgu fikir bukan bukan." kata Alfan cover situasi sebenar yang terjadi.

"Habis tu kau orang ada kat sini pulak ni macam mana?" tanya Haikal.

"Cikgu Zalina bagi kitorang balik tadi lepas kitorang cerita apa yang terjadi kat dia. Gila kau tak nak balik. Sehari tak mandi." kata Alfan lagi.

"Oooo. Begitu yaaa. So korang berdua ni tak buat apa apa ke malam tadi?" tanya Haikal sambil tersengih.

Dalisya sudah malu mengingatkan dia yang tidur berpelukan dengan Alfan manakala Alfan sudah mengetuk kepala Haikal. "Kau ni takda soalan yang lagi bijak ke?" tanya Alfan.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now