Bab 20

1.3K 16 0
                                    

"Amboi kau... Berchenta denga Syah tak bagitahu pon kan. Diam diam je" kata Dalisya tiba tiba. Mereka sedang berjalan untuk pulang ke rumah. Memandangkan rumah mereka dekat sahaja. Mereka pulang sekali sambil jalan kaki.

"Hehe. Alaaa Dalisya. Aku malu lah nak bagitahu kau. Nanti kau kata aku gatal pulak."

"Nak malu apanyaaa. Aku kawan dengan kau lama dah kot. Tapi kau memang gatal pun."

"Tengok kan aku dah kata"

"Alaa aku gurau jelah. Btw kan Maya, sapa yang mengorat dulu? Kau ke Syah?" tanya Dalisya.

"Ishh takda maknanya aku nak mula dulu. Aku malu lah. Dia yang ngorat aku dulu tau. Mase Alfan mintak maaf kat kau dan bagi coklat tu. Kitorang intai dari luar dengan Izzat dengan Haikal." kata Maya. Kemudian dia menekup mulutnya. Sedar dia tersasul.

"Apa!? Kiranya korang tengok lah aku menangis mase tu? Kau dah tahu lah Alfan suka aku?" tanya Dalisya.

Maya hanya tersengih dan mengangguk. "Asal kau tak bagitahu aku?" kata Dalisya mencubit cubit Maya.

"Laa dah sekarang ni korang kapel jugak kan."

"Yelah kalau kau bagitahu awal awal takdalah aku confess mase tengah terkunci tu. Malu tau tak." kata Dalisya. Dia sudah menceritakan kisah itu kepada Maya.

"Alaaa sweet apa. Bangun bangun tido siap peluk lagi tu. Entah entah malam tu dia raba kau tak?" kata Maya.

Terus sahaja lengan Maya dicubit. "Kau ni kan Maya.. Eeeee positif lah sikit. Alfan tak buat macam tu lah." Dalisya sudah membahang. Tak dapat dia bayangkan kalau Alfan berbuat sedemikian.

"Alaa aku tanya jeee.. Yang kau muka merah sangat ni kenapa. Kau fikir apa hah Dalisya?" tanya Maya menduga.

"Mm mmana ada apa apa. Dah aku nak balik" kata Dalisya melajukan langkahnya.

"Woii tunggulah. Aku tahu kau fikir apa. Kau nak lebih lebih dengan Alfan kahwin lah cepat sikit." kata Maya mengusik. Dalisya yang mendengar lagilah menbahang. Malas dia melayan Maya.

Pin pin! Kedengaran suara hon kereta di tepi mereka.

Kelihatan Alfan membuka tingkap keretanya. Rambutnya yang berjuntai itu ditolak ke belakang.

"Hai sayang... Jom abang hantar balik." kata Alfan

"Okayyy.. Makasih abang." kata Dalisya meninggalkan Maya terpinga pinga sendirian.

"Alfan kau tak nak ajak aku sekali ke?" tanya Maya.

"Kau tak payah. Balik sendiri. Orang nak manja manja dengan girlfriend pon tak olleh. Kacau lah kau." kata Alfan.

"Hello, awek kau tu kawan aku." kata Maya.

"Dia aku punya. Girlfriend aku"

"Dia kawan baik aku tauu.. Aku dah lama kawan dengan dia. Kau apalah sangat"

"But she will be my future. My future wife. Will be a mother to our kids." kata Alfan menjelirkan lidahnya ke arah Maya di luar kereta.

"Ish korang ni dahlah. Abang, sayang balik dengan Maya lah. Sian dia jalan kaki sorang." kata Dalisya.

"Ehh tak payah. Balik dengan abang"

"Kalau macam tu abang bawaklah dia sekali."

"Tak payah." lalu Alfan membisikkan sesuatu ke telinga Dalisya. "Nanti prince charming dia datang sayang..." kata Alfan. Dalisya sudah tersengih.

Pin pin! Satu kereta lagi di belakang Alfan.

"Hai sayang." Kata Syah bila membuka tingkap keretanya. "Jom abang hantar balik."  Maya sudah tersipu.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now