Bab 5

1.2K 31 0
                                    

The Musique Band telah sampai kat bilik tayangan. Mereka akan mula berlatih sebentar lagi. Sebelum tu mereka menyiapkan gitar Alfan dan Izzat. Mereka memang dah ada gitar sendiri.

"Izzat! Tolong tengok ni jap" Alfan menunjukkan girtarnya.

"Asal weh?" Tnya Izzat. Well, sememangnya Izzat lebih pandai pasal gitar ni berbanding Alfan. Alfan hanya belajar kat you tube je. Izzat pulak memang dia dah expert. Aku tak tahu kenapa

"Ni haaaa. Bunyi dia tak sedap" jawab Alfan lagi.

"Ooooo yang ni, jap aku buat" kata Izzat sambil memusingkan punat yang bahagian hujung gitar tu. (Aku tak tahu benda ape tu)

Manakala Dalisya hanya memerhati sahaja gelagat mereka. Haikal sekali sekala menyibuk jugak dengan Izzat dan Alfan. Mereka semakin lama semakin rapat. Manakala Dalisya hanya diam sahaja. Ye lah dia sorang je pompuan kat situ. Cikgu Zalina pulak tak ikut sekali sebab dia mengajar. Takkan nak tinggal pulak. Lepas beberapa lama kemudian, mereka pun memulakan latihan mereka

"Okay guys. Jom start" kata Izzat. Merupakan ahli yang paling tua dalam kumpulan tersebut.

Mula mula mereka berlatih menyanyi lagu Assalamualaikum by Faizal Tahir.
Rangkap pertama tu Haikal dengan Dalisya yang nyanyi, manakala selebihnya mereka bahagi sendiri.

Suara mereka berdua sama sama sedap. Tapi Alfan kagum dengan suara Dalisya. Ye lah mesti lah berkenan dengan suara pompuan. Takkan Haikal pulak.

Sambil sambil Alfan memetik gitar pasal lagu Assalamualaikum tu, fikirannya menerawang.

"Perghhhh suara budak ni, memang sedap. Cair aku dengar weh. Patutlah Syah cakap suara dia sedap. Memang betul rupanya." Bisik Alfan dalam hati. Dalam tak sedar, dia jatuh cinta dengan suara Dalisya. Alfan cuba mengawal hatinya agar tak terjatuh cinta dengan Dalisya.

Setelah satu jam mereka berlatih, mereka pon berhenti rehat. Masing masing mengeluh kerana penat. Dalisya meminta diri untuk ke tandas. Haikal, Izzat dan Alfan pula ke kantin untuk makan.

Sambil Dalisya berjalan, dia melihat sekumpulan pelajar lelaki sedang lepak kat tandas lelaki. (Biasalah macam tu kan) Dalisya yang dah biasa melihat perkara itu hanya berjalan sambil buat tak tahu. Biasa pelajar tu tak ganggu dia pun. Jadi dia jalan seperti biasa.

Tapi hari ni dia terkejut. Dah kenapa dorang ni nak halang aku. Mungkin dia seorang diri agaknya.

"Weh korang ni tepilah, nak lalu ni. Sibuk je lah" kata Dalisya. Beberapa pelajar lelaki menghalang laluannya.

"Ala rilek la. Duk ah lepak dengan kitorang dulu." Jawab salah seorang dari mereka. Yang lain pula hanya ketawa mendengarnya.

"Eeee tepilah, tak de keje lain dah ke nak buat korang ni. Nak lalu lah." Kata Dalisya. Geram betul dia dengan geng geng tandas tu. Dah la muka pecah rumah.

Tiba tiba salah salah seorang dari mereka yang berbadan gempal memegang tangan Dalisya. Dalisya terkejut. Dia menjerit. Namun sia sia. Dia dah mula fikir yang bukan bukan. Pelajar yang lain hanya ketawa melihatnya. Ah sudah. Dah la kawasan ni sunyi. Tak ade pulak orang yang lalu. Macam mana niiii. Matilah aku. Bisik Dalisya.

"Wehhh lepaslah! Ape pegang pengang ni. Sakitlah" marah Dalisya geram

"Alaa rilek arr.. Sikit je pon." Jawab pelajar yang berbadan gempal tu.

"Sakitlah bodoh!" Jerit Dalisya lagi. Dia rasa mesti tangannya dah merah.

"Ape kau cakap kat aku? Bodoh? Heyy aku lempang jugak budak ni" belum sempat pelempang hinggap di muka Dalisya, mereka tersengar satu suara.

"Woiii lepaskan dia!" Dalisya berpaling ke arah suara itu. Mereka yang ada kat situ semua terkejut.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now