Bab 53

7.2K 17 1
                                    

"Sayang! Dah siap ke belum?!" Jerit Alfan.

"Yeee tunggu lah japppp!" Kata Dalisya dari bilik.

Alfan mengeluh. Haih dah setengah jam dia menunggu isterinya itu bersiap. Perempuan memang macamni eh?

Harini adalah hari mereka untuk honeymoon. Mereka akan bertolak ke tempat honeymoon kejap lagi. Sabarlah tunggu Dalisya ni. Dia dah siap dah pun letak barang mereka dalam kereta. Tunggu Dalisya saja.

5 minit kemudian Dalisya datang. "Dah abang jom!" Kata Dalisya excited. Dia dah bersiap bagai nak rak.

Alfan melihat sebentar ke arah isterinya itu. Kemudian menggeleng.

"Sayang apa pakai baju macamni? Tu dada besar tu nak tunjuk kat sapa?" Tanya Alfan.

"Baju ni oklah. Dah dada sayang besar nak buat macam mana?" Kata Dalisya menunduk.

"Pergi tukar sekarang. Kalau tak abang tak nak pergi" kata Dalisya tegas.

"Tapii kita duduk dalam kereta jeee... Bukan orang tengok pon" kata Dalisya. Dia malas sebenarnya nak tukar baju.

"Sayang... Tempat ni jauh tau. Kalau kita berhenti nak makan nanti macam mana?" Kata Alfan lagi. Dia sayang isterinya itu. Baginya tubuh isterinya biar dia sorang saja yang tengok dan rasa. Dia tak nak orang lain melihat badan isterinya itu.

"Hmm yelah yelah." Kata Dalisya. Dia menghentakkan kakinya sambil naik ke atas kembali. Protes. Alfan mengeluh. Merajuk lah tu. Marah sikit merajuk.

Dalisya naik dengan muka masam. Dia memilih baju lain di dalam almari. Mencari yang longgar. Akhirnya dia berjumpa dengan sweatshirt longgar. Setelah menukar baju. Dia turun semula.

Dalisya tak hiraukan Alfan itu yang sedang menunggu. Menonong sahaja dia keluar dari rumah itu. Mamanya ada di luar tengah menyapu lantai. Dia mendekati mamanya.

"Mama kitorang pergi dulu tau" kata Dalisya. Dia bersalam dengan mamanya.

"Haa yelah. Jaga Alfan tu elok elok. Goda dia lagi masa honeymoon ni. Tak keluar bilik pun takpa." kata mamanya.

Dalisya tersenyum kelat. Dia merajuk dengan Alfan.

"Alfan mana?" Tanya mamanya lagi.

"Entah ada kat dalam buat apa entah." Kata Dalisya malas. " Lisya masuk kereta dulu tau." Katanya sekali lagi lalu bersalam dengan mamamya lagi.

"Haa yelah" kata mama Alfan. Tapi dia nampak perubahan muka Dalisya itu. Kenapa?

Dalisya kemudian terus masuk ke kereta. Sambil sambil menunggu Alfan dia bermain henfon.

Manakala Alfan mengeluh dengan tingkah laku Dalisya itu. Manja betul. Padahal tak marah pun.

Dia mendekati mamanya pula. Dia bersalam.

"Alfan pergi dulu tau mama" kata Alfan.

"Hmmm okay bawak kereta elok elok. Jaga Lisya tu" kata Mamanya.

"Okay mama." Kata Alfan. Baru sahaja Alfan nak berjalan, mamanya memanggil.

"Alfan, kamu gaduh dengan Lisya eh?" Tanya mamanya lagi. Dia tahu ada yang tak kena. Muka Alfan juga muram sahaja.

"Hmmm takdalah gaduh. Dia merajuk dengan Alfan" kata mamanya lagi.

"Mama tak nak lah menyibuk. Tapi pujuklah Lisya tu elok elok. Saja je tu nak bermanja." Kata mamanya lagi. Dia tersenyum. Untuk menyedapkan hati anaknya itu.

"Yelah mama. Alfan dah biasa dah dengan merajuk dia tu. Japgi elok lah tu. Nanti Alfan pujuk." Kata Alfan.

"Yelah. Jaga diri elok elok." Kata mamanya lagi.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now