Bab 11

1K 20 0
                                    

Latihan pada hari tersebut berjalan dengan lancar. Mereka semua berpuas hati dengan apa yang mereka lakukan dari tadi. Lebih lebih lagi nak menyamakan nyanyian dengan muzik daripada gitar itu. Bukan senang bagi Dalisya yang pertama kali bekerjasama dengan mereka untuk menyanyikan lagu untuk hari guru tersebut. Bagi Alfan, Izzat dan Haikal mereka sudah biasa "busking" di sekolah. Tapi tidak bagi Dalisya, dia seorang gadis yang pemalu. Malu untuk tonjolkan kehebatan diri. Malu untuk dijadikan tontonan orang ramai.

"Korang sekarang dah masa rehat ni. Jom lah kite kemas kemas." kata Izzat. Selaku pelajar form 6 yang dan yang paling tua, Cikgu Zalina memberi tanggungjawab kepadanya untuk untuk menjadi ketua pada band tersebut.

"Ok jom. Good job guys for today." kata Haikal pula.

Lalu mereka berjalan beriringan ke kantin sekolah. Dalisya berjalan beriringan bersama Haikal dan Izzat manakala Alfan berjalan berseorang di belakang.

"Dalisya, sini jap." panggil Alfan di belakang. Dalisya berhenti berjalan.

Dalisya membuat muka bosan. "Apa?"

"Sinilah kejap jalan sebelah aku"

"Tak nak lah. Buat apa jalan dengan awak" lalu Dalisya menyambung langkahnya yang terhenti

"Betul ni tak nak? Aku nak belanja ais krim ni"

Dalisya yang mendengar terus membuat muka ceria. "Betul ni?" kata Dalisya teruja.

"Yelah betul. Mehlah sini." kata Alfan lagi.

Dalisya terus memberhentikan langkahnya dan berjalan beriringan bersama Alfan. Mukanya terus menerus senyum.

"Kau sengih sengih kenapa"

"Sukalah awak nak belanja aiskrim."

"Tak payah nak suka sangat. Nah ambik ni. Pegang untuk aku" Alfan menghulurkan gitarnya kepada Dalisya. Dalisya yang terkejut terus menyambut gitar tersebut. Muka dah merah padam menahan marah. 'Kurang asam punya Alfan.' bisik Dalisya dalam hati. Bukan main baik nak belanja aiskrim. Alih alih kene pegang gitar dia yang berat tu. Tak gentleman langsung!

"Alfan!!!" Alfan yang tahu gunung berapi akan meletus terus melarikan diri mengejar Izzat dan Haikal sambil tergelak.

Dalisya dibelakang hanya mampu mengeluh. "Okay Alfan kau nak main main dengan aku kan. Kau tunggu."

"Hai Dalisya." sapa seseorang yang dah berada di sebelah Dalisya.

"Ehh Farhan." Farhan merupakan rakan sekelas Dalisya. Dia antara kawan lelaki yang rapat dengan Dalisya dan memiliki hobi yang sama dengan Dalisya iaitu menyanyi. Kadang kala jika guru tiada dalam kelas Dalisya dan Haikal akan menyanyi bersama sama.

"Kau nak pergi mana tu?" tanya Farhan.

"Nak pergi kantin dengan budak budak band tu. Kenapa?" tanya Dalisya.

"Hehe aku nak ikut boleh. Laparlah nak makan jugak. Hehe." kata Farhan.
"Eh jomlah apa salahnya."

Farhan yang memandang Dalisya mengerutkan dahinya. Baru perasan Dalisya menggalas beg gitar.

"Tu kau pegang gitar sapa tu?" tanya Farhan

"Ohh ni gitar si Alfan tak guna tu. Ada ke patut dia suruh aku bawak gitar dia. Dah lah berat. Tak gentle langsung. Lepas tu dia lari kau tahu tak?" adu Dalisya. Dia dan Farhan sedang berjalan beriringan ke kantin.

"Hahaha. Apa punya lelaki lah. Bak lah sini aku bawak. Kesian pulak kau nampak macam berat." kata Farhan. Dia sememangnya ikhlas hendak menolong Dalisya.

"Takpe ke? Tak susahkan kau ke?" kata Dalisya.

"Ehh takpa. Lelaki kan kene lah gentle sikit." tambah Farhan. Dalisya hanya tersenyum dan memberi gitar kepada Farhan. "Terima kasih" kata Dalisya.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now