Bab 29

1.5K 16 0
                                    

Selepas Dalisya mandi dan memakai pakaian Alfan lagi sekali, dia turun ke bawah. Dia memakai baju lengan panjang dan seluar Alfan yang labuh itu. Mujurlah dia terjumpa seluar lama Alfan. Yang tak selabuh seluar yang sekarang. Manakala dia hanya memakai tudungnya yang semalam

Dia mencari cari Alfan. Kemudian dia terjumpa di ruang tamu rumah Alfan itu. Dia duduk di sebelah Alfan yang menonton tv itu.

"Aikk dah bangun dah puteri ni. Acaner tido pakai boxer aku malam tadi? Seronok?" tanya Alfan.

Dalisya hanya diam sahaja sambil menjeling Alfan. Malas nak cari gaduh.

"Hah ni kenapa pulak diam ni? Datang bulan?"

Dalisya memukul Alfan dengan bantal di sebelahnya. Geram!

"Ok ok. Kenapa ni? Hmmm?" tanya Alfan lagi. Kalini suaranya dilembutkan.

"Nak balik......" kata Dalisya.

"Alaa awal lagi. Baru pukul 7. Tengah hari sikit aku hantar lah kau. Mama pun kau tak jumpa lagi. Jumpa la mama dulu makan dulu"

"Hmmm yelah." kemudian Dalisya bangun. Berlalu ke dapur. Alfan yang melihat bertanya.

"Nak gi mana tu?"

"Dapurrr. Nak masak. Abang nak makan apa?" tanya Dalisya.

"Alaa tak payah susah susah lah. Nanti maid aku masak" kata Alfan.

"Aipp mana boleh maid je yang masak. Abang kena rasa jugak air tangan bakal isteri abang ni" kata Dalisya.

"Ye lahhhh... Aku nak makan nasi lemak. Buat sedap sedap tau. Tak sedap siap kau" kata Alfan.

"Haaa yeeee. Sayang akan buat abang tambah nasi" kata Dalisya lalu berlalu ke dapur.

Sedang Dalisya berhempas pulas di dapur. Tiba tiba datang maid Alfan. "Ehh cik ni buat apa. Tak payah lah biar makcik buat" kata maid yang berusia itu.

"Ehh takpalah makcik. Lagipun Saya masak untuk bakal suami saya." kata Dalisya.

"Ohh ye ke? Encik Alfan?" kata maid itu.

Dalisya hanya mengangguk.

"Ada apa apa makcik boleh tolong ke?" tanya maid itu.

"Ehh takpa takpa. Makcik boleh rehat. Biar Dalisya je yang masak" kata Dalisya.

Setelah lama berhempas pulas di dapur, akhirnya datang pula Auntie Rina. Mama Alfan.

"Ehh apa ni Dalisya... Kenapa susah susah je masak" tanya mama Alfan.

"Alaa auntie. Tak susah pun. Sepatutnya Dalisya terima kasih kat auntie tau bagi Dalisya tumpang tidur malam tadi."

"Alaaa panggil mama jelah. Susah susah je panggil auntie ni. Apa pulak terima kasih kat mama. Alfan tu haa yang bawak balik kamu tu. Bagi tidur bilik dia lagi. Sanggup dia tido kat sofa ruang tamu tu." kata mama. Dalisya sudah tersenyum sumbing. Mamanya tak tahu apa yang berlaku malam tadi. Haihh Alfan tu bukan boleh percaya. Gatal!

"Heee ye eh auntie."

"Yelahhh sayang. Dalisya cantik bajuuu..." kata mama lagi.

"Ohh niii. Baju Alfan hehe. Dia pinjamkan kat Dalisya memandangkan Dalisya tak bawak apa apa"

"Haih Alfan tu boleh je hantar kamu balik tu. Saja dia nak tahan lama lama. Rindu latu lama tak jumpa" kata mama lagi.

"Ye ke mama. Suka kenakan Dalisya adalah." kata Dalisya.

"Haih biasalah tu Dalisya. Tapi sebenarnya dia sayang sangat kat kamu tu. Dari dulu lagi dia sayang kamu tau" kata mama lagi.

"Hahh korang ngumpat Alfan kan" sergah Alfan tiba tiba.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now