Bab 13

969 22 0
                                    

Pada malam itu, Alfan tersenyum selepas mendengar rakaman yang dihantar oleh seseorang kepadanya. Dia dah tahu cara untuk memujuk Dalisya yang merajuk itu. Bagi Alfan, apa yang Dalisya mahukan adalah perkara yang mudah baginya, dia datang dari keluarga berada. Tidak ada masalah untuk membeli coklat tersebut. Lagi satu untuk menyanyi tu. Lagilah tidak menjadi masalah baginya kerana itu sememangnya kepakarannya. Tiba tiba dia terfikir. Baik aku kacau Dalisya sekejap. Dia dah tidur ke belum eh?

Lalu Alfan membuka telefon bimbitnya dan membuka aplikasi WhatsApp itu. Melihatkan Dalisya yang tengah 'online' itu membuka senyumannya. Lalu Alfan menaip.

To Dalisya sayang
Sayang, sorry pasal tadi. Kau marahkan aku lagi ke?

Alfan berkira kira mahu hantar ataupun tidak. Ahh kenapa ada sayang pulak tu. Nanti dia fikir lain pulak. Selepas itu dia memadam kembali pesanan tersebut lalu menaip lagi

To Dalisya sayang
Weh. Kau buat apa tu. Kau marah aku ke? Lalu button send ditekan

From Dalisya sayang
Sibuk je nak tahu. Ehh taklah saya suka sangat awak buat macam tu. Lain kali buatlah lagi. 😒

Alfan terkejut melihat pesanan daripada Dalisya itu. Tapi dia tahu memang patut dia dimarahi. Dia tersenyum kembali lalu menaip

To Dalisya sayang
Alaa sorry lah. Aku janji tak buat lagi. Maafkan aku eh?

From Dalisya sayang
Janji taik kucing kau lah. Tak nak!

To Dalisya sayang
Alaa sory lah please please. Maafkan aku pleaseeee.

Tambah Alfan lagi. Selepas menunggu beberapa ketika, Dalisya masih belum membalas, tetapi hanya meninggalkan 'bluetick'. Selepas melihat last seen daripada Dalisya. Tahulah Alfan bahawa Dalisya masih marahkan dia. Alfan mengeluh lalu berkata.

"Hmm takpe Dalisya. Esok pasti aku buat kau gembira." kata Alfan perlahan.

🌸🌸🌸🌸

Keesokan harinya, Dalisya pergi ke sekolah seperti biasa. Memandangkan hari guru dah dekat, jadi Cikgu Zalina menyuruh mereka berlatih pada setiap hari. Jadi daripada rumah terus sahaja Dalisya masuk ke bilik tayangan. Tak masuk ke kelas sampai waktu rehat.

'Entah macam mana dia nak hadap Alfan harini.' kata Dalisya dalam hati. Walaupun marahnya dah berkurang terhadap Alfan, Dalisya masih merajuk terhadapnya.

Tidak lama kemudian, kelihatan Haikal datang ke bilik tersebut.

"Hai Dalisya, awal sampai." tegur Haikal.

"Ehh of courselah. Semangat ni nak berlatih. Tak sabar nak buat persembahan tu nanti." kata Dalisya teruja. Selepas itu masuk pula Izzat ke bilik tersebut. Melihatkan Haikal dan Dalisya tengah berbual mesra itu, terus sahaja Izzat bertanya.

"Am i missed something?" tanya Izzat.

"Takda apa lah. Aku tanya Dalisya ni haa awal sampai harini ke sekolah. Biasa dia lambat" kata Haikal pula.

"Ooo" sampuk Izzat. "Eh Dalisya. Kau gaduh denga Alfan lagi eh" tanya Izzat ingin mengorek. Padahal dia dah tahu masalah budak dua orang tu.

"Ishh malaslah saya cakap pasal dia. Menyakitkan hati je" kata Dalisya geram. Selepas itu Dalisya beralih matanya ke pintu. Terkejut dia melihat Alfan yang dah bersandar pada pintu sambil memandangnya dengan pandangan... Entah lah dia pon tak tahu.

Tiba tiba Haikal berkata selepas dia dan Izzat menerima isyarat mata daripada Alfan. Dalisya tidak menyedari isyarat mata Alfan tersebut. "Ehh Dalisya aku dengan Izzat nak jumpa Cikgu Zalina kejap. Tadi dia mesej aku nak jumpa. Ada perkara penting katanya." kata Haikal membuat alasan.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now