Bab 8

1.1K 26 3
                                    

Kelas 4 Cempaka iaitu kelas Alfan berjalan seperti biasa selepas rehat. Kebetulan pada masa itu guru yang mengajar kelas mereka tidak hadir. Alfan yang kelihatan masam itu ditegur oleh Syah.

"Alfan kau ok tak? Macam bergaduh dengan bini je?" tanya Syah yang duduk di sebelah Alfan. Mereka berdua duduk di belakang kelas tempat paling hujung.

Alfan yang mendengar tersenyum sumbing. "Kau takde ayat lain dah ke nak tanya? Dua kali dah aku dengar ayat bergaduh dengan bini tu harini kau tau tak? Apa muka aku ni macam gaduh dengan bini ke?" tanya Alfan bertalu talu.

Syah yang mendengar ternganga. 'Okay dia tengah marah' kata Syah dalam hati.

"Ye lah muka kau memang macam tengah gaduh dengan bini. Dengan muka ketat, rambut serabut lagi, tak ke macam gaduh dengan bini. Kau kenapa ni cerita lah denga aku kawan kau yang hensem ni" sempat lagi Syah bergurau pada ketika itu.

Alfan yang mendengar terus mengetuk kepala Syah. "Hensem taik kucing kau". Kata Alfan. Dia sedikit terhibur dengan ayat Syah itu. Hilang sedikit marah dia apabila Syah bergurau macam tu.

"Alfan ape ketuk ketuk ni sakitla. Betullah kan aku hensem. Kalau tak takdenye awek bersidai kat luar kelas kita tu tengok aku" tambah Syah lagi. Ye gais mereka berdua memang hensem. Sape je tak kenal dua orang tu. "Weh kau tak jawab lagi soalan aku, kau kenapa ni?". Tanya Syah lagi.
Alfan hanya mengeluh "Hmmm pasal budak pendek tu" kata Alfan.

"Budak pendek? Dalisya?" Alfan hanya mengangguk. "Aku dah agak dah mesti pasal dia ni. Kalau tak takdenye kau emosi teruk macamni. Kenapa dengan dia?"

Lepastu Alfan terus bercerita tentang apa yang berlaku pada mereka

Macam biase lepas mendengar cerita Alfan Syah gelak terbahak bahak. Alfan yang melihat terus bertanya," KAU GELAK KENAPA SETAN!!?" kata Alfan.

" Fuyyooo kau cium dia. Patutlah dia marah. Tapi beruntung lah kau dapat cium awek cantik tu. Amacam seronok tak?" gurau Syah.

"Syah..." Alfan cuba mengawal suara marahnya.

"Ok ok aku gurau je. Hehehe. Jangan marah baby. Ok based on cerita kau memang dia salah, tapi dia marah tu memang patut. Tiberr ade orang cium dia gile dia tak marah. Tapi salah dia jugak kan hamburkan kemarahan dia kat kau. Habis dia mintak maaf tak kat kau?" tanya Syah.

"Belum tapi tadi dia ada nak cakap dengan aku tapi aku tak layan. Aku masih marah kat dia" kata Alfan.

"Laa kenapa tak layan dia. Dia rasa bersalah tu mesti dia nak mintak maaf kat kau" tambah Syah lagi.

"Aku cuma tak boleh nak maafkan dia. Hati aku sakit tau tak?"

"Yang kau nak sakit hati sangat kenapa. Biasala manusia mesti buat kesilapan. Kau suka dia kan?"

"Mana ada"

"Kalau kau tak suka dia mesti senang je kau maafkan dia. Tapi bila melibatkan hati kau ni tu yang ego tu tinggi." kata Syah bermadah.

"Sejak bile kau jiwang ni?" tanya Alfan cuba menukar topik. Dia sendiri tak faham dengan hatinya. Dia boleh je maafkan tapi dirinya tetap ego.

"Haihhh suka hati kau lah Alfan. Kau dah besar boleh fikir sendiri. Jangan kata abang tak payung." kata Syah meninggalkan Alfan termangu sendirian. Dia pergi berbual dengan teman yang lain. Dia tahu soalan Alfan tadi hanya melarikan diri dari topik tersebut.

🌸🌸🌸🌸

Selepas tamat sesi persekolahan pada hari tersebut, Dalisya pulang dengan hati yang muram. Apalah nak jadi dengan dirinya harini, diganggu geng tandas, lepastu elok elok diselamatkan oleh Alfan dia pulak yang menuduh Alfan yang bukan bukan. Haih apa nak jadi.

Sekolah Dalisya dekat sahaja dengan rumahnya. Dia hanya berjalan kaki ke sekolah. Terdapat jalan pintas dari rumah ke sekolahnya iaitu dengan melalui lorong sempit antara bangunan. Pada hari ini nasibnya malang kerana pulang lewat dan laluan tu tiada orang.

Sedang Dalisya merenung nasib sambil berjalan, tiba tiba (perkataan cliche gais) ade seorang lelaki di hadapan sedang memegang pisau pandang ke arahnya.

Berderau darah Dalisya melihat manusia tersebut kakinya terus menggigil tak jadi melangkah. Kakinya longlai tidak bermaya. Macam macam perkara yang ada di dalam fikirannya.

Hanya seorang sahaja yang berada dalam fikirannya.

Alfan.

Terus laju sahaja Dalisya membuat panggilan kepada Alfan. Nasib baik dia mempunyai nombor Alfan kerana Cikgu Zalina meminta daripada muridnya untuk membuat kumpulan di Whatsapp. Dalisya meletakkan telefon ke telinganya sambil matanya memandang lelaki yang memegang pisau tu.

Manakala Alfan yang di seberang sudah menjawab panggilan

"Hello"

"Hello Alfan awak kene tolong saya. Ade orang pegang pisau kat depan saya. Laluan nak balik ke rumah saya"
"Hahh!!? Kau kat mana cepat bagitahu lokasi kau aku pergi sekarang"

"Saya kat bangunan dekat..." belum sempat Dalisya menghabiskan kata katanya, talian terus terputus. Alfan terus bergegas mencari Dalisya walaupun dia dah sampai di rumah.

Manakala Dalisya sedang bergelut dengan lelaki tu, "Kau bagi duit kau sekarang kalau tak aku bunuh kau!! CEPAT BAK SINI DUIT KAU!" Dalisya yang mendengar sudah menggigil ketakutan. Pisau sudahpun diacu ke lehernya. Tanpa membuang masa dia mengambil dompet dan terus membaling ke arah perompak itu.

Lelaki itu melepaskan Dalisya dan mengambil dompet tersebut. Apa yang berada di dalam fikiran Dalisya hanyalah Alfan. Dia berdoa supaya Alfan cepat sampai.

Apabila perompak itu mengambil dompet dan mengambil duit tersebut, dia terus berpusing ingin melarikan diri, tapi dia berpaling semula ke arah Dalisya lalu berkata, "cantik jugak kau ni kan.. Berungtungla aku harini."

Dalisya yang mendengar terus melarikan diri. Sesungguhnya dia tak rela diperlakukan oleh perompak yang akan jadi perogol itu.

"Kau nak lari ke mana ha budak?" kata lelaki itu sambil memegang hujung tudung Dalisya. Terus di rentap tudung Dalisya dan dipeluknya Dalisya. Dalisya hanya mampu menangis.

"Alfan..." perkataan tu keluar dari mulut Dalisya.

"Hmm wangi rambut kau." kata perompak itu. Baru sahaja dia ingin mencium leher Dalisya, tiba tiba satu penumbuk hinggap di pipinya menyebabkan dia rebah ke tanah.

"DASAR KAU SETAN!!!" Alfan tidak mampu menahan marahnya lagi. Dia membelasah perompak aka perogol itu berkali kali sampai pengsan. Barulah dia beralih kepada Dalisya.

Dalisya yang melihat Alfan terus menerpa ke arahnya lalu memeluk Alfan. Dia dah tak kisah dengan apa yang berlaku yang pasti dia sangat takut. Hanya Alfan penyelamat dia. Dia menangis teresak esak di bahu Alfan.

Ternyata Alfan terkejut dengan reaksi Dalisya itu.

"Kenapa awak datang lambat saya takut" kata Dalisya sambil menangis.

Alfan hanya menenangkan Dalisya di bahunya smbil berkata "Sorry sayang aku lambat. Syshh dah dah aku dah ada kat sini. Jangan takut lagi" kata Alfan. Dia tak perasan pun yang dia memanggil Dalisya sayang. Hati dia hanya risaukan Dalisya.

Puas dia mencari Dalisya dengan keretanya dari tadi kerana lokasi Dalisya tidak sempat dibagitahu. Mujurlah dia akhirnya jumpa dan sampai awal dan masih boleh selamatkan Dalisya.

Dalisya yang menangis teresak esak tiba tiba senyap. Alfan pelik. Dia melepaskan Dalisya dari pelukannya dan mendapati Dalisya sudah lemah.

"Aduh pengsan pulak sayang aku ni. Macam mana nak hantar rumah ni..."

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now