Bab 15

1.1K 23 1
                                    

Selepas beberapa ketika Dalisya rehat, dia sudah mula sihat. Dia yang menawarkan diri untuk mereka sambung berlatih. Memandangkan harini hari last mereka berlatih, Dalisya tidak mahu menghampakan band itu. Dia mesti meneruskan latihan itu dia tak nak kerananya persembahan pada hari esok musnah.

Selepas seharian mereka berlatih akhirnya jam sudah menunjukkan jam 4.00 petang. Sudah tiba masa untuk pulang.

"Wehh korang. Aku dengan Izzat balik dulu tau." kata Haikal.

"Okay." kata Alfan dan Dalisya serentak.

Selepas Alfan mengemas ngemas untuk pulang, baru sahaja ingin keluar dari bilik itu, tiba tiba.

"Alfan!!!" jerit Dalisya. Alfan yang terkejut terus menoleh ke arah Dalisya. Terkejut dia mendengar Dalisya menjerit.

"Kenapa ni Dalisya?" tanya Alfan.

"Tuu tuuu. Ad add ada lii liipass" kata Dalisya.

Alfan mengeluh lega. Ingatkan apa lah si Dalisya ni. Lipas rupanya. "Haih kau ni. Terkejut aku. Lipas je pun" kata Alfan.

"Awak cakap lipas je pon! Saya geli lah. Arghhhhh!" jerit Dalisya melihat lipas tu sudah terbang ke arahnya. Tanpa banyak kata Dalisya terus menyorok di belakang Alfan.

Alfan yang melihat sudah ketawa. Tapi dia harus menjadi hero pada ketika itu. Dia mengambil kasutnya lalu mencari mangsa iaitu lipas itu. Dalisya yang duduk di belakang hanya mengikut Alfan. Alfan ke kanan dia ke kanan, Alfan ke kiri dia pun ke kiri.

Pap! Bunyi kasut Alfan apabila berlaga dengan lipas itu. Pap pap pap! Bunyi itu kedengaran berkali kali. Habis dipukul lipas itu sampai lunyai. Selepas lunyai dia memanggil Dalisya.

"Dalisya ni haa dah mati" katanya sambil menunjuk ke arah lipas itu. Lalu dia memegang sesungut lalu dibuang ke luar tingkap bilik bilik itu.

Melihat muka Dalisya yang pucat membuatkan Alfan ketawa.

"Kau ni lipas pun takut." tawa Alfan masih bersisa.

Dalisya dah menjelingya. "Bukan takut okay tapi geli" kata Dalisya.

"Ahh sama je tu. Cengeng. Dah lah tadi peluk aku lagi. Kau ni memang suka peluk aku kan.?" kata Alfan mengusik.

"Alfan!!!" marah Dalisya.

"Hehe ok sorry. Dah jom balik. Aku hantar kau harini" kata Alfan.

"Betul ni?" tanya Alfan.

"Betullah sayang..." kata Alfan mengusik. Ingin melihat reaksi Dalisya.

Hati Dalisya girang. Dalisya tersipu. Sungguh dia suka apabila mendengar Alfan memanggilnya sayang. Terasa disayangi. Namun dia sedar itu sekadar ungkapan. Alfan tidak memaksudkan pon kata katanya kepada Dalisya. Hati Dalisya kembali murung.

Alfan yang melihat muka senyum Dalisya semakin gembira.

"Dah jom balik" kata Alfan lalu pergi ke pintu bilik tayangan yang bertutup itu. Apabila dia membuka pintu itu, dia mendapati pintu itu berkunci. Dia cuba menolaknya beberapa kali tapi masih tidak boleh buka.

"Dalisya..." panggil Alfan perlahan.

"Apa?" tanya Dalisya.

"Pintu ni berkunci lah" kata Alfan tenang.

"Hah? Awak jangan main main Alfan!" Dalisya sudah menggelabah.

"Yaa pintu ni berkunci. Kau cubalah bukak" kata Alfan lagi.

Dalisya cuba membuka pintu itu, tetapi tidak berjaya.

"Alfan macam mana nii? Saya nak balik." kata Dalisya dah mula menangis.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now