Bab 7

1.2K 29 1
                                    

Dan kemudian, hanya angin sepoi sepoi bahasa yang lalu di antara mereka berdua. Alfan terpinga pinga mendengar kata kata dari Dalisya itu.

Dia menyangka bahawa Dalisya yang dibenci itu tidak mampu untuk mengungkapkan kata kata itu. Tetapi memandangkan dia dah ucap terima kasih, Alfan juga membalas

"Ehh tak da apa lah. Dah kau perlukan pertolongan kan, aku tolong jelaa" kata Alfan sambil tersenyum manis.

Dalisya yang melihat senyuman Alfan dah cair. "Ya ampun hensemnye ini anak~~~" Dalisya berkata di dalam hati sambil mengelamun

Walau bagaimanapun dia cepat cepat tersedar dari lamuman itu sambil mengingatkan diri sendiri.

'Dalisya ingat sikit dia tu playboy, memang lah senyuman dia manis' kata Dalisya di dalam hati.

"Dah puas tengok muka aku?" Tiada angin tiada ribut tiba tiba perkataan tu keluar dari mulut Alfan. Daliysa yang mendengar sudah membuat muka menyampah.

"Awak ni kan kalau tak perasan boleh tak? Tak hadap saya nak tengok muka awak ehh. Ingat hensem lah tu. Saya tengok dahi awak tu ada jerawat." kata Dalisya meng'cover' dirinya sendiri. Setelah itu terus dia berjalan ke kantin.

Alfan yang mendengar terus memegang dahinya. Dia paling pantang kalau ade jerawat ni. Smbil berlari mengejar Dalisya dia menjerit."Dalisya kat mana jerawat aku? Kau tipu aku kan?" kata Alfan yang dh berada di sebelah Dalisya.

Dalisya terus berpaling dengan malas ke arah Alfan. "Ni cik abang sayang. Ada kat sini ni haa" kata Dalisya smbil mendekatkan mukenye ke wajah Alfan yang tinggi tu. Tapi perkataan sayang tu tak keluar pon dari mulut Dalisya. Author je yang menggedik tambah. (hoho maafkan saya).

Dalisya yang pendek tu terpaksa berjengket untuk menyamakan ketinggian dengan Alfan.

Alfan yang mendengar perkataan abang dari Dalisya terus merah mukanya. Maluuuu. "Arghhh dia panggil aku abang. Sedapnye dengar suara ni." kata Alfan dalam hati. Melihatkan situasi yang muka mereka yang dekat lagilah bertambah merah muka Alfan.

Dalisya yang berjengket tu tiba tiba hilang keseimbangan dan dengan pantasnya Alfan menyambut belakang Dalisya daripada berjatuh.

Dan situasi slow mo pun berlaku. Biaselah kan macam korang tengok tv tu. Haaa begitulah situasi sekarang.

Semasa Alfan memegang Dalisya dari terjatuh, tiba tiba "Cupp", mulut Alfan terkena mulut Dalisya.

Dalisya apa lagi, melentinglah dia. "Alfan!!! Awak ni memang sengaja kan nak cium saya! Dah lah pegang sesuka hati lepas tu cium pulak! Awak ni memang gatal kan!"

"Haah memang saya gatal. Gatal dengan awak je sayang" kata Alfan. Takk takk author gurau hahaha mana mungkin Alfan berkata begitu wahai anak mudaaa.. Tiberrr.

Alfan yang mendengar kata kata Dalisya terus panas hati. Budak ni kate aku gatal, aku bukannya hadap sangat nak pegang dia cium dia. Aku masih tahu halal haram lah. Budak ni memang nak kena. Dia terasa hati apabila Dalisya berkata sedemikian terhadapnya.

"Ehh budak pendek, kau tu dah lah tipu aku pasal jerawat, lepastu kau yang nak terjatuh tu aku yang smbut kau tau tak. Kalau aku tak smbut mahunya kau jatuh tersembam kat bawah tu. Kepala kau sakit, badan kau sakit kau nak!!?" Alfan dah menyinga.

Dalisya yang mendengar suara marah Alfan hanya menunduk lalu menggeleng. Tapi Dalisya tetap Dalisya yang nak menjawab."Habis awak cium saya kenapa hah?" tambah Dalisya.

"Ehh kau ingat aku nak sangat ke cium kau. Ye memang salah aku sbb cium kau tapi tu sebab tak sengaja takkan kau tak boleh agak. TAK SENGAJA kau faham?!" kata Alfan lagi lalu terus beredar ke kantin dalam keadaan marah.

Dalisya yang mendengar pernyataan Alfan terus rasa bersalah. Ape ke bengap sangat dia tu sampai pasal cium tu pon dia takleh fikir. Dia melihat Alfan dari jauh dan memanggilnya. Tapi Alfan tidak menjawab. 'Mesti dia marah kat aku sebab tuduh dia. Apa aku nak buat'.

🌸🌸🌸🌸

Alfan yang sampai di kantin terus mengambil makanan dan duduk di sebelah Haikal dengan Izzat. Dia tak tahu kenapa dia marah sangat kat Dalisya yang menuduhnya. Setahunya kalau ade perempuan lain yang menuduhnya dia tak lah marah sangat. Kalini dia sangat terkilan.

Haikal dan Izzat yang melihat muka Alfan yang masam terus bertanya sesama sendiri.

"Psttt Haikal Alfan tu kenapa?" tanya Izzat

"Mana aku tahu. Kau tanya lah dia. Kau lebih tua dari aku" Jawab Haikal.

Lalu Izzat pun bertanya, "Alfan kau kenapa ni muka ketat je macam bergaduh dengan bini. Kau ok ke tak? Kenapa lama sangat kau ambik dompet?" tanya Izzat lagi.

Sesungguhnya dia takut sebenarnya nak tanya tapi kerana rasa curious yang mendalam dia tanya jugak. Tak pernah lagi dia nampak Alfan yang marah macam tu.

Alfan yang mendengar soalan dari Izzat hanya menggeleng dan menjawab."Takda apa lah. Aku ok je." tak mungkin dia nak bercerita kepada dua orang tu atas apa yang berlaku sebentar tadi.

Sebentar kemudian datang seketul pinggan duduk di hadapan Alfan dan seketul tuan punya pinggan sekali.

Dalisya mula memanggil Alfan. "Alfan..."

Alfan yang mendengar terus mengangkat pinggan ke meja sebelah. Sesungguhnya dia masih marahkan Dalisya dengan apa yang berlaku. Dia tak nak diganggu oleh Dalisya. Biarlah dia menenangkan diri dia dahulu.

Dalisya yang melihat terus tersentak. Walaupun dia tak suka dengan Alfan, tapi dia tetap rasa bersalah dengan Alfan kerana dirinya sendiri. Dia yang salah dia yang sepatutnya meminta maaf. Dia sedikit terkilan dengan cara Alfan melayannya. Dia cuba menahan air mata dari mengalir dari tubir matanya. Tak nak Izzat dan Haikal nampak.

Melihatkan dua manusia di hadapannya sedang berdrama, tahulah si Izzat dan Haikal bahawa mereka berdua bergaduh. Mereka hanya melihat sesama sendiri dan mengeluh. Malas mahu masuk campur urusan dua manusia itu.

Lalu pada masa itu, mereka makan dengan sunyi sambil ditemani esakan Dalisya yang perlahan.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now