Bab 54

6K 14 0
                                    

Dalisya membuka matanya apabila terasa tangan melingkar di pinggangnya. Dia tahu itu tangan suaminya. Bukak sahaja mata dia melihat Alfan tidur. Lena sahaja. Dia tersenyum.

Tangannya di gerakkan di pipi Alfan lalu dia mengusap ngusap pipi suaminya itu. Sekali lagi Alfan ada bila dia takut dengan guruh itu. Kalau dulu sebelum kahwin Alfan ada juga bersamanya. Dia rasa selamat bila ada Alfan. Masa di sekolah dahulu tubuh Alfan kurus sahaja, tetapi sekarang sudah sado. Makin dia rasa selamat di samping suaminya itu.

Dalisya melihat jam kecil di meja sebelah. Dah pukul 7 malam. Bisiknya dalam hati. Dia mengejutkan Alfan.

"Abang bangun..." Kata Dalisya. Dia mengusap usap pipi Alfan.

"Hmmmm..." Alfan merengek. Tangannya mengemaskan pelukan di pinggang Dalisya.

"Abang Alfan bangunlaaa. Dah nak maghrib ni abang. Bangun cepat" kata Dalisya lagi. Kali ini dia mencubit manja pipi Alfan itu.

"Hmmm sayang kacaulaa... Abang nak tido ni" bisik Alfan perlahan.

Dalisya geram. "Abang! Bangun cepat! Tak elok lah tidur masa ni. Bangunnnn" kalini Dalisya menggoncang Alfan kuat.

Alfan akhirnya membuka mata bila tidurnya itu terganggu. Dia memandang Dalisya di sebelahnya. Fikirannya masih teringat akan kejadian tadi. Alfan memegang pipi Dalisya. Keadaan mereka sungguh rapat.

Dia merapatkan bibirnya ke bibir Dalisya. Lama baru dia lepaskan. Dalisya menikmati sentuhan lembut Alfan.

"Sayang... Sayang dah okay?" Tanya Alfan bila melepaskan ciumannya.

"Hmmm dah. Tak guruh dah pun kan. Sayang okay" kata Dalisya.

"Sayang tahu tak tadi abang risau sangat tau kat sayang. Abang tahu sayang takut" kata Alfan lagi.

"Hmmm tq risaukan sayang. Abang selalu ada selamat kan sayang. Saaaaayang abang" Dalisya memeluk Alfan kemas.

"Kalau sayang bagilah abang hadiah" kata Alfan pula.

"Ermmm abang nak apa. Sayang bagi semua." Kata Dalisya.

"Abang nak niii" Tangan Alfan dah menjalar di dadanya. Dalisya memejam mata.

"Okay sayang bagi sebab abang dah selamatkan sayang tadi. Tapi kejap je tau sebab dah nak maghrib ni. Selebihnya malam ni okay?" Kata Dalisya.

Alfan tersenyum. Yey. Terus dia menggomol dada isterinya itu.

🌸🌸🌸🌸

Malam itu mereka berdua hanya menonton movie sahaja. Memandangkan ni honeymoon mereka dan sekarang dah malam. Maka masa haruslah dihabiskan berdua sahaja. Lagipun Alfan dah bagitahu mereka akan berjalan pada hari esok.

Mereka duduk di katil dalam bilik. Bilik mereka mempunyai tv sendiri. Dalisya baring manja di dada suaminya sambil menonton. Kadang kala tangan suaminya itu merabanya nakal. Ditepis tepis Dalisya geram.

Dalam tv menyaksikan ada perempuan jahat yang hendak merampas lelaki dari perempuan itu. Dalisya menyumpah geram.

"Eeeeeeee bencinya dengan dia tuuu.." kata Dalisya sambil tangannya mencubit cubit Alfan geram.

Alfan mengaduh perlahan. "Sayang! Nak marahkan dia kenapa abang yang kena?" Tanya Alfan.

"Dah tu abang ada dekat dengan sayang. Sayang cubitlah abang. Takkan nak cubit mama kat rumah tu" kata Dalisya.

"Bantal ada katil ada. Abang jugak yang sayang cubit kan? Memang suka sakitkan abang?" kata Alfan geram.

"Memang pun werkkk" kata Dalisya.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now