Bab 3

1.5K 32 0
                                    

Ya Allah. Sombongnye dia ni. Harap muke je hensem. Tapi takpe. Abaikan. Kejap je kan kenal dia.

"Errr. Maaf ye awak. Ganggu. Cikgu Zalina nak jumpe dengan awak. Sebab ade persembahan nanti mase hari guru. Jadi cikgu nak awak masuk persembahan tu."

"Ohhh. Sape yang masuk lagi selain aku?" Tanya Alfan sambil menepis rambutnye yang terjuntai di dahi ke atas. 

Werkkk nak muntah weh tengok. Ingat hensem la sangat tu? Dah la cakap dengan aku pon tak pndang. Bisik Dalisya.

"Dah habis pandang aku? Aku tahu la aku hensem tapi jangan la tengok macam tu" kata Alfan lagi

Sakit hati Dalisya mendengar kata kata Alfan.

"Ehh awak, awak ingat awak hensem sangat ke hah? Setakat muka macam tu kat sekolah ni ade lagi yang lagi hensem dari awak. Perasan je lebih. Lagipun kalau cikgu tak suruh saya panggil awak takdenye saye nak datang sini. Kalau saya tahu awak ni macam ni takda maknenye nak datang sini" puas Dalisya selepas menghamburkan marahnya kepada Alfan. Padan muka!

"Kau..."

Belum sempat Alfan menghabiskan kata katanya, terus Dalisya menyambung. "Ape kau kau? Pergilah cepat kat cikgu tu"

Lepas berkata sedemikian dengan selamba Dalisya pergi meninggalkan Alfan yang terpinga pinga sendirian. Kau ni budak. Takpe. Kau tunggu lah nanti. Kau jatuhkan kemachoan aku depan classmate aku. Kau tunggu.

🌸🌸🌸🌸🌸


"Hah? Ade ape Cikgu Zalina jumpe kau tadi?" Tnya Maya selepas Dalisya sampai ke kelas.

Nasib baik dah habis masa cikgu garang tu. Kalau tak dibebel lagi lah agaknya. Lagipun sekarang cikgu takde. Tak datang.

"Huh?" Dalisya tersedar dari lamunanya mengenai Alfan tadi. Tak suka benar dia dengan orang yang macam tu. "Ape kau cakap tadi?"

"Aku cakap Cikgu Zalina jumpa kau buat ape? Kau ni kenapa aku tengok mengelamun."

Dalisya kemudiannya mengeluh. "Takde ape lah. Cikgu Zalina cakap yang hari guru nanti nak buat persembahan. Soo dia suruh lah aku dengan 3 orang budak lelaki lagi. Semuanya senior kite. 2 orang form 4 dan sorang form 6."

"Oooo macam tu." Mulut Maya melopong. "Habistu kau je lah sorang perempuan kat situ?"

"Ha'ah lah aku sorang lah perempuan. Kenapa?"

"Takde ape saje tanye. Sape eh team kau tu?

"Yang form 4 tu Haikal dengan Alfan. Yang form 6 aku tak tahu. Tak kenal lagi. Haikal menyanyi dengan aku, Alfan dengan budak form 6 tu guitarist"

"Alfan?!!!! Alfan yang hensem tu? Yang muka macam korea tu? Satu team dengan kau?!! Wowww. Untunglah kau dapat duduk dekat dia lepasni."

"Ehh untung apenye. Setakat muka hensem tapi perangai sombong nak mampus." Teringat balik Dalisya tentang perangai Alfan yang tadi. "Kau tahu tak Maya tadikan..."

Lepas Dalisya bercerita tentang Alfan, Dalisya tengok Maya yang sedang mengelamun.

"Wehhh! Kau dengar tak ni? Tanye Dalisya

"Hah? Dengar ape? Kau cakap ape?" Maya tersengih.

"Hah!! Mengelamun lah tu kan! Eeeeee kau ni. Habis air liur aku tau tak! Kau ganti balik air liur aku yang dah habis ni!" Marah Dalisya

"Alaaaa Sya... Aku berangan pasal Alfan je pon. Kau ni jangan lah marah sangat."

"Suka hati kau lah. Malas aku layan kau." Rajuk Dalisya.

Dalisya bangun dari kerusinya lalu berlalu ke tandas. Meninggalkan Maya. Padan muka! Boleh pulak dia berangan pasal Alfan. Dah la berlagak!

"Lisya!! Jangan lah marah!! Sorry lah. Jangan marah nanti cepat tua tau!!" Kedengaran jeritan Maya dari kejauhan.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now