Bab 46

2.7K 11 0
                                    

Setelah pasangan kekasih itu bergaduh di dalam kereta. Akhirnya mereka sampai di destinasi mereka. Ke mana lagi kalau bukan shopping mall. Itu sahaja tempat mereka jalan jalan.

"Sayang tengok wayang nak?" Tanya Alfan.

"Okay. Jom. Lagipun dah lama tak tengok."

Mereka kemudian ke kaunter untuk membeli ticket.

"Sayang beli lah makanan tu kat sana. Nah duit" kata Alfan. Dia menghulurkan not RM50 kepada Dalisya.

Dalisya sudah tersenyum girang.

"Yeyyy. Thanks abang. Saayang abang" kata Dalisya.

"Amboi dapat makan terus sayang. Gemuk baru tahu."

"Gemuk abang sayang jugak kan?" Kata Dalisya.

"Sayang memang sayang. Tapi nanti baju pengantin tu tak muat." Kata Alfan.

"Alaa tak gemuk lah. Janji." Kata Dalisya.

"Haaa dah dah. Pergi beli sana" kata Alfan. Menghalau.

"Yelaaaa."

Setelah 10 minit berlalu, Dalisya kembali semula. Dia memandang tangan Dalisya yang penuh dengan makanan tu. Matanya terbuntang.

"Ya Allah banyaknya" kata Alfan.

"Alaa semua nampak sedap sayang beli lah semua." Kata Dalisya. Jelas riak bersalah di mukanya.

"Baki ada tak?" Tanya Alfan.

Dalisya menggeleng. "Semua habis. Tadi sayang beli RM51. Lebih singgit. Hehe" kata Dalisya

Alfan menepuk dahinya. Haih Dalisya ni. Semua dibedalnya untuk makanan. RM50 tu. Dia bukan nak baki pun. saja bertanya kepada Dalisya itu. Dah agak duitnya habis kalau banyak macamtu.

"Sorrylah abang..." Kata Dalisya.

"Yelah yelah. Tapi nanti habiskan tau. Tak habis siap. Abang cium sayang!" Kata Alfan. Dia serious. Tak nak Dalisya membazir.

"Janji nanti habis" kata Dalisya.

"Sekarang ni ada masa lagi ni sebelum movie. Jom jalan jalan dulu." Kata Alfan.

"Okayyy. Jom." Kata Dalisya. Dia memanggil Alfan lagi. "Abang.."

"Yes?" Tanya Alfan.

"Tolong pegang. Berat." Kata Dalisya sambil tersengih.

"Haa beli banyak-banyak pandai. Nak pegang tahu pulak berat." Alfan membebel.

Dalisya memuncung. "Tak nak pegang cakap lah. Tak payah lah marah" kata Dalisya. Dia berjalan ke depan. Merajuk.

Alfan mengeluh. Haih cakap sikit dah merajuk. Macam mana lah nak layan kalau dah kahwin ni. Nasib baik sayang.

"Sayang sini meh abang bawak. Cian dia merajuk dengan abang" kata Alfan.

"Tak ikhlas baik tak payah."

"Abang ikhlas niii. Meh abang pegang. Alololo merajuk yee." Kata Alfan. Dia menarik tangan Dalisya. Dia tarik dahulu lengan baju Dalisya supaya menutup tangannya. Lalu diangkat tangan itu dan dicium. Cium sayang. Bukan cium memujuk.

Dalisya tersenyum. Suka bila Alfan buat begitu. Dalam memujuk, masih menjaga batasnya.

"Meh abang pegang." Kata Alfan.

Dalisya menghulurkan makanan itu. "Jom jalan jalan!" Kata Dalisya gembira.

Sambil berjalan, dia melihat kedai airkrim.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now