Bab 40

1.7K 14 0
                                    

"Sayang. Bukaklah abang nak tengok" sekali lagi Alfan mengusik.

Dalisya yang menunduk terus memandang Alfan. "Eee abang ni kan. Kalau tak menggatal tak boleh ke?" Dalisya sudah mendekati Alfan. Tangannya dah bersedia untuk mencubit Alfan. Alfan juga dah berundur ke belakang.

Baru saja dua langkah Dalisya melangkah, dia terpijak kain baju kurung nya sendiri. Dia hilang keseimbangan. Dalam hatinya dia dah mencarut macam macam.

Mampus lah aku. Katanya dalam hati sambil dia tersadung ke hadapan. Dann...

Cup!

Mata Dalisya membulat. Dia jatuh di atas Alfan. Dan bibirnya dan bibir Alfan bertaut. Kenapa benda ni jadi sekarang! Fikirnya dalam hati. Tapi dia masih tak bangun. Dalisya masih terkejut. Bibirnya masih lagi bertaut rapat dengan Alfan.

Alfan sudah hilang arah. Mahu saja disambar puas puas bibir Dalisya itu.

"Astaghfirullah kamu berdua ni. Apa nak jadi! Dalisya! Mak suruh kamu buat air. Bukan bermesra mesra dengan Alfan!" Aunty Mira sudah datang. Sungguh terkejut melihat kelakuan anaknya dan bakal menantunya itu.

Terus menggelabah pasangan kekasih itu. Dalisya bangun lalu membetulkan tudung dan bajunya. Manakala Alfan hanya berdeham dehem kecil.

"Makkk! Sumpah Lisya tak buat apa apa. Mak salah faham." Dalisya membela diri.

"Salah faham apa macam tu. Ingat mak tak nampak ke kamu buat apa tadi? Kalau macam ni gayanya, kamu dua orang kene cepat bernikah. Mak tak nak nanti perut dah membesar baru nak kawin."

Dalisya sudah terbuntang.
"Mak! Apa ni Lisya tak buat lah semua tu. Betul mak salah faham tadi Lisya jatuh dan terrrr jatuh atas Alfan. Kan abang?" Dalisya membela dirinya sendiri. Kemudian Alfan mengangguk.

"Habis yang korang bercium tu?" Tanya ibunya lagi.

"Ermm yang tu.. ermmm..." Dalisya tak tahu macam mana nak terangkan.

"Dalisya terjatuh atas Alfan mak lepastu terrrrr cium Alfan. Dia bukan sengaja." Akhirnya Alfan bersuara.

Ibu Dalisya memandang mereka berdua bersilih ganti. Lama. Mencari kebenaran di sebalik muka mereka berdua.
"Ye lah mak percaya. Tapi tak boleh ubah keputusan mak yang nak cepatkan majlis korang. Faham!"

Dalisya dan Alfan serentak mengangguk.

"Dah Dalisya bawak air tu ke depan. Kamu pun sama Alfan. Jauh sangat dah toilet kamu tu" sempat ibunya memerli Alfan. Alfan sudah tersengih.

Sambil berjalan ke ruang tamu. Sempat Dalisya mencuit Alfan.

"Ishh abang lah ni!" Marah Dalisya.

"Aikk sayang yang cium abang pulak yang kena" kata Alfan.

Dalisya menjelingnya. Alfan tersengih.
"Ye lah semua salah abang. Sayang je yang selalu betul. Sayang lapar salah abang. Sayang sakit perut salah abang. Sayang takleh shopping salah abang. Sayang tak cantik salah abang. Nanti sayang pregnant pun salah abang kan. Semua salah abang lah" Alfan memuncung. Dalisya mencerlang Alfan.

"Abang ni nasib baik sayang bawak air tau. Kalau tak memang kene lah. Ee gatal!" Akhirnya selepas bergaduh mulut mereka sampai di ruang tamu.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now