Bab 25

1.2K 16 0
                                    

"Yaa sayang. Ni abang sayang... I thought you recognised me" kata Alfan perlahan sambil memandang anak mata Dalisya itu.

Mana mungkin Dalisya melupakan lelaki itu. Lelaki yang menghancurkan hatinya. Lelaki yang membuatkan dia tak nak lagi bercinta, lelaki yang membuatkan dia tak percayakan mana mana lelaki. Selepas sahaja Dalisya berpindah, dia tak ke sekolah selama seminggu kerana bersedih dengan Alfan. Kemudian dia tersedar kenapa dia perlu bersedih untuk orang macam Alfan itu, kenapa dia perlu menghabiskan mengunci dirinya sendiri. Dia perlu move on. Perlu meneruskan hidupnya macam biasa. Dia perlu melupakan Alfan. Sehingga dia masuk ke alam universiti, dia tidak mempunyai seorang pun teman lelaki. Dia tidak percaya mana mana lelaki lagi selepas itu. Bukan takda lelaki yang mendekatinya, tapi dia yang menolak. Bagi dia baik dia hanya berkawan sahaja. Lagipun dia masih belajar. Tak nak mengganggu pelajarannya sebagaimana dia putus dengan Alfan.

Ya Dalisya bodoh kerana tak mengenali Alfan dari awal. Padahal dalam lif tadi dia sudah teringat yang muka bossnya itu seperti Alfan. Memandangkan tubuhnya yang lain dari Alfan yang dulu menyebabkan dia tak mengenali lelaki tersebut.

"Awwak buat apa kat sini?" tanya Dalisya tergagap gagap.

"Macam yang sayang tahu. Abang boss sayang sekarang" kata Alfan sambil tersenyum.

"Jangan panggil saya sayang." kata Dalisya dingin.

"Kenapa sayang. You still love me right?" tanya Alfan lagi.

Dalisya sudah tersenyum senget."Alfan. Awak buat macam takda apa yang berlaku kan. Awak tahu tak sebab awak hidup saya hancur awak tahu tak. Sebab awak hidup saya merana. Saya tak percaya mana mana lelaki lagi selepas awak. Saya tengok orang lain hidup bahagia dengan pasangan masing masing. Tapi saya tak, saya tak boleh terima mana mana lelaki. Saya asyik teringatkan awak yang menyakitkan hati saya. Saya tak nak semua tu berulang lagi. Tapi sekarang, kenapa dalam ramai ramai orang, awak jugak yang saya jumpa! Kenapa! Saya benci awak Alfan! Saya benci awak! " kata Dalisya dalam tangisnya.

Alfan sudah mengeluh. Dia sudah agak pasti perkara ni terjadi.

"Sayang. Jangan nangis please. Abang tak boleh tengok sayang nangis. Abang sedih tengok sayang macamni."

"Tak payah nak sayang sayang sangat lah. Awak dah curang dengan saya. Lepastu awak nak saya balik? Mimpi lah Alfan!"

"Sayang. Abang tak pernah curang dengan sayang. Abang boleh jelaskan. Sayang dengar ok."

"Alfan! Dah lah tak payah bagi alasan. Saya nak balik. Saya tak nak kerja kat sini. Baik saya duduk rumah dari tengok muka awak lagi!" kata Dalisya kemudian berlalu.

"Dalisya! I won't let you go this time! Jangan keluar kalau tak nak tengok abang marah!" kata Alfan meninggikan suaranya. Kalini dia tekad, walau apapun Dalisya mesti dengar penjelasannya.

Dalisya yang mendengar suara marah Alfan berhenti. Dia takut mendengar suara itu. Dia tak pernah dengar suara Alfan begitu. Sebelum ni Alfan hanya bersuara mengada, romantik dan manja sahaja dengannya. Dia tak pernah dengar suara Alfan begitu.

Alfan yang melihat langkah Dalisya berhenti menguntum senyum. "Tahu takut" kata Alfan dalam hati. Kemudian dia menarik lengan baju Dalisya untuk duduk. Mereka duduk di sofa dalam bilik itu. Ingin berbincang.

"Dalisya. Sayang tahu tak abang rindukan sayang sangat sangat. Abang cinta sayang sorang je. Tak mungkin abang curang dengan sayang." kata Alfan lagi.

Dalisya hanya diam. Memberi ruang kepada Alfan untuk bercakap.

"Sayang. Pada hari tu, Tasya tu yang tiba tiba datang kat abang meminta cinta dari abang. Tapi abang tolak sayang. Abang tak nak dia. Abang sayang sorang je. Abang dah maki dia masa tu. Dia dah nak balik dah tapi masatu dia nampak sayang keluar dari tandas, dia sengaja pura pura jatuh. Dia sengaja pegang muka abang dan cium abang. Dia nak sayang sakit hati. Dia nak kita berpisah sayang. Dan rancangan dia berjaya. Dia buat sayang bencikan abang sampai harini." Alfan memandang Dalisya melihat reaksinya. Namun Dalisya masih diam.

" Sayang... Sayang percayakan abang tak? Lepas sayang lari tu, abang dah bagi penampar kat dia, abang dah maki dia depan orang ramai. Dan sejak tu dia tak pernah ganggu abang lagi. Tapi abang tak bahagia sayang. Abang tak bahagia sebab sayang takda. Abang rindu sayang. Abang habiskan masa abang untuk exercise je hari hari untuk hilangkan rindu abang kat sayang. Sebabtu badan abang sekarang lain. Sayang percayakan abang? " tanya Alfan lagi

Dalisya sudah tersenyum sinis, masih segar dalam ingatannya situasi Alfan mencium Tasya itu. Dia masih tak boleh melupakan perkara itu. Dia tak rasa apa yang Alfan cakap itu betul. Dia ego.

"Awak ingat saya percaya? Awak ingat saya percaya kata kata dusta awak tu Alfan? Playboy macam awak tu akan tetap jadi playboy sampai bila bila. Saya percaya bukan saya sorang je awak buat macamtu. Mesti perempuan lain pun awak mainkan hati dia kan. Mesti bukan saya sorang je mangsa awak kan?! Taktik apa lagi awak pernah buat kat orang lain hah?! Apa lagi awak buat kat dorang hah?!" tuduh Dalisya membabi buta kepada Alfan. (babi salah lagi sekali gais)

Alfan sudah terpempam. Sampai hati Dalisya menuduhnya begitu. Sungguh hatinya terluka. Sungguh sakit hatinya dituduh sebegitu oleh orang yang paling mencintainya. Sia sia saja dia menunggu Dalisya selama ini. Sia sia saja penantian cintanya kepada Dalisya selama 10 tahun.

"Sampai hati awak tuduh saya macamtu kan Dalisya. Sampai hati awak Dalisya. Sia sia saja selama ni saya tunggu awak. Saya tak pernah cintakan orang lain seperti awak Dalisya. Awaklah yang saya sayang dari dulu sampai sekarang. Awak saja Dalisya. Saya tak pernah cintakan orang lain selain awak. Saya tak pernah bercinta dengan orang lain selepas awak. Sia sia saja saya mesej mak awak hari hari bertanyakan khabar awak. Bertanya keadaan awak. Saya tahu awak macam mana Dalisya. Hari hari mak awak bagitahu saya. Saya tahu bila hari awak gembira. Saya tahu bila awak sedih. Saya tahu macam mana muka awak gembira bila dapat result yang cemerlang dalam exam awak. Saya tahu semua tu Dalisya. Dah lama saya perhatikan awak. Awak tahu bila awak tinggalkan saya, hidup saya huru hara. Lebih dari awak. Seminggu saya tak keluar bilik. Tapi mujurlah Syah datang ke rumah saya. Bagi saya semangat untuk cari awak balik, untuk contact dengan mak awak. Hari hari Dalisya. Selama ni saya tak berani nak berhadapan dengan awak sebab awak masih belajar Dalisya. Saya tak nak ganggu masa belajar awak. Kalau awak tak percaya, awak boleh tanya Syah dengan Maya tu Dalisya. Mereka tahu awak sorang je dalam hati saya. Tapi lepas saya jumpa awak harini, apa saya dapat? Awak tak percaya sikit pun kata kata saya, sayang saya kat awak awak tak percaya langsung. Buat apa saya tunggu awak selama 10 tahun Dalisya? Untuk dapat tuduhan dari awak ni? Saya kecewa dengan awak Dalisya. Kalau awak benci saya saya harap lepasni saya tak jumpa awak lagi. "kata Alfan panjang lebar lalu berlalu keluar. Meninggalkan Dalisya yang terpempam seorang diri.
Masa itu Dalisya baru tersedar. Selama ini Alfan sangat cintakannya. Sanggup dia tunggu Dalisya habis belajar untuk bertemu dengannya. Sanggup hari hari bertanyakan khabarnya dari ibunya. Kenapa ibunya langsung tak bagitahu kepadanya? Kenapa ibunya tak ceritakan awal awal kepadanya? Dalisya tahu dia sudah terlambat. Tahu yang Alfan sudah membencinya. Dia benci dirinya sendiri. Benci dengan egonya sendiri. Kalau dia percaya kata kata Alfan tadi, tak mungkin Alfan tinggalkannya. Tak mungkin Alfan bencikannya. Dia tak nak Alfan bencikannya. Dia... Dia masih cintakan Alfan. Antara sebab kenapa dia tak menerima cinta lelaki lain ialah kerana cintanya kepada Alfan. Dia masih tak boleh move on daripada Alfan. Kadangkala dia berharap apa yang dilihatnya pada hari itu hanya salah faham. Dia masih ingin bersama Alfan. Tapi harini, bila cerita sebenar dah diungkapakan, Dalisya masih dengan egonya. Dia bodoh

"Kau bodoh Dalisya. Kau memang bodoh. Kau tak nampak orang yang selama ini ikhlas cintakan kau. Yang kau nampak hanya ego kau sendiri." kata Dalisya kepada dirinya sendiri. Sungguh dia menyesal menuduh Alfan begitu. Sungguh dia menyesal.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now