Bab 26

1.3K 17 0
                                    

Selepas sahaja kejadian di office itu, Dalisya terus sahaja balik ke rumah dengan keadaan menangis. Habis dah muka dia yang makeup tadi. Tak nampak rupa orang dah. Sungguh dia menyesal menuduh Alfan begitu. Bayangkan macam mana perasaan Alfan tadi bila Dalisya menuduh begitu. 10 tahun dia menunggu Dalisya tapi apa yang dia dapat hanya makian daripada Dalisya.

Turun sahaja dari kereta terus sahaja dia ke biliknya. Kebetulan ibunya tak bekerja hari itu, terus sahaja dia memeluk ibunya sambil menangis.

"Makkkk..." kata Dalisya sambil memeluk ibunya.

Auntie Mira yang melihat sudah terkejut. Setahunya Dalisya tak pernah lagi menangis macam ni. Kali terakhir Dalisya menangis bila dia tinggalkan... Alfan. Ibunya yakin ni mesti sebab Alfan lagi.

"Yaa sayang kenapa ni hmmm? Kenapa menangis ni?"

"Makk Lisya bodoh mak. Lisya tak percaya kata kats Alfan. Lisya dah buat dia bencikan Lisya. Huuuuuuu"

"Apa ni sayang. Mak tak faham."

"Mak bos Lisya tu Alfan mak. Dia bagitahu perkara sebenar yang berlaku dulu, tapi Lisya tak percayakan dia.. Lisya tuduh dia bukan bukan makk... Sekarang dia dah benci Dalisya... Isk isk isk"

"Mana ada Alfan bencikan Lisya. Alfan sayang Lisya lah. Hari hari dia tanya mak pasal Lisya."

"Kenapa mak tak bagitahu Lisya mak pasal Alfan. Kenapa mak tak cakap yang Alfan sayangkan Lisyaa?"

"Mak bukan tak nak cakap sayang. Alfan tak bagi. Alfan nak suruh sayang belajar dulu. Tak nak ganggu Lisya."

"Huuuu makkkkkk. Lisya sayang Alfan. Lisya tak nak Alfan tinggalkan Lisya. Makkk tolong Lisya.."

"Syhhh dah dah jangan nangis. Tak cantik dah anak mak ni nangis. Kan Lisya kerja lagi dengan dia. Esok Lisya mintak maaf ok. Mak yakin dia dapat maafkan Lisya."

Dalisya hanya mengangguk. Kemudian masih meneruskan tangisannya.

🌸🌸🌸🌸🌸


Selepas pergaduhan antara dia dan Dalisya, Alfan terus pulang ke rumahnya. Masuk sahaja dalam bilik terus dia menghempas pintu biliknya.
Auntie Rina sudah terkejut mendengar hempasan pintu itu. Apa pulak tak kena dengan Alfan kalini.

"Arggggghhhhhh" Alfan menjerit di dalam biliknya.

"Dalisya kenapa kau buat aku macam ni! Aku sayang kau! Aku cintakan kau!" selepas menjerit terus sahaja dia baring di katilnya. Memikirkan masalahnya yang tak berkesudahan akhirnya Alfan tertidur.

🌸🌸🌸🌸🌸

Keesokan harinya Alfan ke pejabat macam biasa. Dia tak expect yang Dalisya akan datang pada hari itu memandangkan Dalisya bencikannya. Perasaan dia pada gadis itu tak pernah pudar. Sentiasa mencintai gadis itu sepenuh hati. Namun kerja tetap kerja. Harus diteruskan.

Dia masuk ke officenya dengan muka yang masam. Pekerja pekerja yang melihatnya juga takut. Muka bossnya pada hari itu tak normal.

Masuk sahaja di biliknya, terus dia duduk di kerusi. Selesai mengemas ngemas mejanya yang bersepah semalam. Terus dia meneruskan kerjanya macam biasa. Nampaknya hari ini dia perlu mencari PA yang baru. PA semalam pun sehari tak sempat habis. Duduk 1 jam bergaduh terus balik.

"Selamat pagi encik hensem" sapa seseorang sambil tersenyum manis. Terlopong Alfan melihat si empunya suara. Gadis yang menambat hatinya itu. Gadis itu hanya beriak biasa sahaja. Terus dia duduk di tempat duduk dia. Meja Dalisya ni adalah di dalam bilik Alfan. Soo dia akan duduk berhadapan dengan Alfan. Tetapi agak jauh dari lelaki itu. Walau bagaimanapun dia masih boleh melihat Alfan.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now