Bab 41

2.1K 11 0
                                    

Dalisya mengemop lantai itu dengan muka yang masam. Dah lah office dia tu luas. Mahu sakit belakang dia macamni. Dia menyumpah nyumpah Alfan kerana baginya denda itu. Eeeee benci lah. Kerja ni bukan dia yang sepatutnya buat. Alfan memang saja kenakannya.

Alfan melihat muka Dalisya yang masam itu tertonggek tonggek mengemop lantai. Dia ketawa dalam diam. Haaa tulah sapa suruh datang lambat lagi. Kan dah kena denda. Dia yang membuat kerja itu kadang kala memerhati Dalisya. Jelas muka masam gadis pujaan hatinya itu.

"Sayang buat kerja tu biar ikhlas. Baru berkat" Alfan menegur.

Dalisya yang mendengar sakit hati. Semakin kuat dia menghentak hentak mop itu ke lantai. Eeee Alfan ni kan.

"Sayang slow sikit. Abang banyak kerja ni. Ganggu lah" kata Alfan lagi sambil tersenyum memandang Dalisya.

Dalisya akur. Dia berlagak biasa sahaja. Tapi tetap marahkan Alfan.

Alfan memandang Dalisya lagi. Kalini muka Dalisya biasa sahaja. Akur agaknya dengan denda yang diberi. Sedang dia memerhati Dalisya, matanya teralih ke arah punggung Dalisya itu. Dia menelan liur. Tapi nampak macam lain sahaja rupanya hari ini. Biasa tak seperti itu. Macam...

Makin besar.

"Sayang punggung sayang makin besar eh?" Tanya Alfan tanpa segan silu.

Dalisya yang sedang mengemop itu terhenti. Matanya membuntang. Apa!? Alfan cakap apa tadi? Dia tak salah dengar kan? Tanyanya sendiri.

"Hah?" Tanya Dalisya sekali lagi untuk kepastian.

"Abang tanya, punggung sayang makin besar ke?" Tanya Alfan lagi. Mukanya biasa sahaja. Macam takda apa yang berlaku.

Sekali lagi mata Dalisya terbuntang. What!? Alfan perasan ke pinggulnya melebar. Padahal baru harini dia rasa perubahan dirinya itu. Jadi maknanya selama ni Alfan memang perhatikan punggungnya lah. Eeeeee gatal!

"Abang ni apa cakap macamtu. Malulah Lisya!" Marah Dalisya.

"Tapi betulkan apa yang abang cakap? Sayang makin gemuk eh?"

"Mana ada! Kat situ je yang besar. Yang lain tak ok" kata Dalisya. Kemudian dia menutup mulutnya. Sedar akan kesilapannya. Benda yang tak patut di bagitahu dia bagitahu kat Alfan.

Alfan sudah ketawa kuat. Manakala Dalisya makin membahang. Erghhh di tak patut bagitahu.

"Heeee. Abang dah agak. Sayang makan apa ni? Memang saja nak goda abang kan? Ke prepare untuk first night nanti ni?" Tanya Alfan lagi. Makin galak dia ketawa.

Dalisya geram. Eee Alfan ni kan. "Abang tu kenapa duk tengok bontot sayang hah? Takda kerja lain ke? Memang hari hari perhati ke macam mana ni?"

"Ermm kalau abang cakap hari hari sayang nak buat apa?" Alfan menambah perisa.

Dalisya apa lagi, diangkat mop itu dan dipukul pukul badan Alfan.

"Haaa padan muka gatal lagi dengan sayang" kata Dalisya.

"Sayang sakitlahh. Abang cakap benda betul tau. Ala nak malu apa. Nanti abang tengok jugak semua tu" kata Alfan lagi sambil memandang tubuh Dalisya.

Dalisya menbahkan lagi tahap pukulannya kepada Alfan. Alfan mengaduh lagi.

"Ok ok sayang abang mintak maaf. Abang bukan perhati bontot sayang tu hari hari. Tapi dah terbiasa nampak kan. And harini nampak lain. Tu yang abang tanya. And tekaan abang betul. Bukan salah abang." Alfan membuat muka comel dan kasihan. Meminta simpati dari Dalisya.

Dalisya berhenti seketika sambil melihat muka kasihan Alfan itu. Tapi masih tak dapat memaafkan mulut celupar Alfan itu. Suka hati je tanya macamtu. Ingat dia tak malu ke? Dipukul pukul lagi Alfan yang duduk atas kerusi itu dengan kuat.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now