Bab 22

995 14 0
                                    

Dalisya yang memandang scene romantik di depan matanya memendam rasa. Tanpa sedar dia sudah mengalirkan air mata. Sesungguhnya hatinya sakit. Aakit sangat. Sudah lenyap kepercayaan dia kepada Alfan. Sampai hati Alfan curang kepadanya. Di mana cinta yang Alfan tabur selama ini kepadanya kalau ini yang dibalas kepadanya. Dimana kasih sayang Alfan kepadanya kalau ini yang dia dapat daripada Alfan. Dia bencikan Alfan. Benci sangat.

Dalisya berjalan mendekati Alfan dengan perasaan marah.

"Sayang.." panggil Alfan.

Pang! Alfan terpanar. Matanya berpinar pinar. Dia ditampar oleh Dalisya.

"Alfan. Sampai hati awak buat saya macam ni kan. Sampai hati awak curang dengan saya. Mana kata kata sayang awak selama ini hah?! Perkataan cinta awak kat saya selama ini mana?!! Dalam saya tak sedar awak curang dengan saya. Saya dah sayang awak sepenuh hati saya. Tapi ini yang saya dapat. Saya cintakan awak tapi ini yang awak balas kat saya?! Kenapa awak buat saya macamni Alfan! KENAPA!! Sepatutnya dari awal lagi saya sedar saya tak patut cintakan awak. Kenapa saya jatuh cinta dengan jantan playboy macam awak ni... Kenapaaaa.... Dari awal lagi saya tak patut ikut perasaan sayang saya ni. Saya tak patut terima awak kalu saya tahu ini yang awak balas kat saya! Saya benci awak Alfan! Saya benci awak!!!" hambur Dalisya kepada Alfan. Sungguh sakit perasaannya ketika itu. Rupanya macamtu rasanya dicurangi. Macam tu rupanya perasaan putus cinta. Hatinya sakit seperti dikoyak koyak.

"Sayang apa yang awak nampak bukan seperti yang awak fikir. Dengar dulu abang cakap apa ni sayang...."

"Ehh pergi mampus lah dengan sayang awak tu. Apa lagi yang awak nak cakap? Awak nak cakap saya salah tengok? Ehh saya nampak dengan mata saya sendiri Alfan!!"

"Sayang dengar dulu penjelasan abang.." kata Alfan sayu.

"Diam!!!! Saya tak nak dengar apa apa dari awak." habur Dalisya. Dia tahu ramai yang menonton drama mereka tapi dia tak kisah. Asalkan dia puas.

"Kau perempuan!" Dalisya beralih pula kepada Tasya di sebelah Alfan.

Pang! Kali ini Dalisya melempang Tasya pula.

"Kau ni memang perempuan murah kan! Kau memang saja nak sakitkan hati aku kan? Kau ambik lah Alfan kau tu!! Kau ambik aku tak hadaplah dengan dia!!"

"Sayang dengar dulu..."

"Aku cakap diam!!!"

"Alfan. Mulai saat ini mulai waktu ini saya bencikan awak! Kita putus!!! Saya tak nak tengok muka awak lagi dan jangan harap awak dapat jumpa saya lagi!!" hambur Dalisya lagi lalu melangkah meninggalkan mereka. Sempat dia mengambil bag pakaian yang dibeli oleh Alfan tadi untuk bawak balik.

Dalisya sungguh sakit hati. Dia berlalu dengan tangisan yang kuat. Benci! Dia bencikan Alfan. Kalau tadi dia pergi dengan gembira di kereta Alfan tapi sekarang dia pulang dengan penuh kedukaan. Dia sempat menempah grab untuk pulang kerumah.

"Sayang! Dengar dulu abang nak cakap apa. Jangan macam ni jangan tinggalkan abang! Sayang!" jerit Alfan apabila Dalisya meninggalkannya. Sakit hatinya ditinggalkan gadis yang dicintainya. Dalam tak sedar Alfan juga menangis. Dia sangat sayangkan Dalisya. Mana mungkin dia curang dengan Dalisya. Dalisya dah salah faham. Ini semua salah Tasya. Salah perempuan tak guna tu!

Alfan berpaling kepada Tasya yang memerhati denga pandangan kemenangan itu.

Pang!!! Kalau tadi Dalisya menamparnya di pipi kirinya. Kalini Alfan memberinya di pipi kananya. Haa bagus dua dua pipinya merah. Sebenarnya sengaja Tasya berpura pura jatuh dan mencium Alfan kerana dia telahpun melihat Dalisya dari jauh. Sengaja dia buat untuk menyakitkan hati Dalisya itu.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now