Bab 56

4.8K 11 0
                                    

"Werkk! Werkk!" Alfan mengeluarkan isi perutnya. Sungguh dia insaf naik benda tu. Itu kali pertama dan terakhir dia naik.

Dalisya menepuk nepuk belakang Alfan yang sedang muntah di longkang itu. Dia menahan ketawa. Haaa tadi berani sangat kann...

"Abang okay ke tak ni? Nah air." kata Dalisya kepada suaminya. Dia menghulurkan air mineral yang baru dibeli memandangkan Alfan kelihatan tak sihat itu

Alfan menyambut lalu bersuara. "Nampak macam abang okay ke?" kata Alfan. Dia mengelap mulutnya dengan tisu.

Dalisya tersengih. "Tulah tadi berani sangat. Kalau takut bagitahu jelah sayang. Kalau sayang tahu sayang tak naik tau." kata Dalisya.

"Abang bukan apa. Kesian kat sayang. Macam nak naik sangat tadi kan. Abang teman lah. Ingatkan takdalah teruk macamni" kata Alfan. Dia berkumur dengan air mineral itu lalu meludahnya.

Dalisya membuat muka kesian.

"Abang... Sorry tau. Sebab sayang abang jadi macmani" kata Dalisya lalu memeluk Alfan.

Alfan tersenyum. Dia membalas pelukan Dalisya. "Sokay lah sayang. Ni pilihan abang nak naik tau. Kalau abang tak nak takpe je kan" dia menggosok kepala Dalisya.

"Dah. Jom jalan jalan lagi. Kalini nak pergi mana pulak?" tanya Alfan.

"Jom jalan jalan dulu. Kita tengok dulu tau" kata Dalisya pula.

Mereka berdua sambung berjalan. Sambil sambil berjalan. Mereka berdua menikmati pandangan di sana. Meriah dah ramai orang memandangkan hari dah semakin petang.

Dalisya kemudian ternampak teddy bear. Besar! Dia melompat lompat sambil tunjuk ke arah Alfan.

"Abang! Nak tuuuuu...." kata Dalisya kuat.

Alfan memandang tempat yang ditunjuk Dalisya. Kedai teddy bear itu. Ala kedai yang kene tembak tembak tu. Alfan tersenyum namun mengikut juga Dalisya itu. Macam budak budak nak teddy bear.

"Abang main untuk sayang tau. Sayang tak pandai tembak tembak ni." kata Dalisya.

"Sayang nak yang mana?" tanya Alfan.

"Nak yang paling besar. Tuuu kaler pink!" kata Dalisya sambil menunjuk ke arah Alfan. Terbuntang mata Alfan melihat saiz beruang itu. Besar macam manusia. Macam mana nak bawak?

"Sayang yang kecik dah lah. Besar sangat tu nanti sapa nak pegang?" tanya Alfan.

"Abang kan ada abang lah pegang" kata Dalisya sambil tersengih. Dia mendekatkan diri dengan Alfan. Berharap Alfan setuju.

"Ish malaslah abang."kata Alfan malas.

"Alaa abang tak sayang Lisya kan?" Dalisya menghentakkan kakinya lalu berjalan meninggalkan Alfan.

Alfan mengeluh. Haih ni isteri sapa manja sangat ni? Kenapalah dia kahwin dengan Dalisya tu. Sikit sikit merajuk. Bisik hatinya. Tapi kerana sayang dia kejar jugak.

"Sayang! Tunggulah abang. Yelah yelah abang cuba tau." kata Alfan sambil memegang lengan Dalisya.

Dalisya berpaling sambil tersenyum. Kalini tangan Alfan pulak ditarik ke kedai tersebut. Alfan menggeleng kepala. Tadi marah sekarang dah ok balik? Perempuan memang macamni ke?

Sampai di sana Alfan memberitahu pekerja itu dia nakkan bear yang besar itu.

"Emm encik kalau yang tu, tiga percubaan tu semua harus mengena. Baru dapat yang tu." kata pekerja itu.

"Okay." kata Alfan. Lagipun tu memang kepakaran Alfan. Dia memang suka main game dengan Syah tu.

Dalisya memandang suaminya. "Abang boleh ke?" tanya Dalisya.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now