Bab 55

5.1K 12 0
                                    

Dalisya membuka matanya perlahan lahan. Dia melihat sebentar jam di sebelah katilnya. Dah pukul 11. Dia dah kembali lapar. Pagi tadi dia hanya menjamah roti sahaja sebelum keluar ke pantai dengan Alfan. Selepas itu Alfan menggomolnya di bilik. Tersenyum sendiri Dalisya bila ingatkan Alfan itu. Tak menyempat nyempat. Tadi bila balik dari pantai Alfan mengangkatnya ke bilik mandi. Terus dia mandikan Dalisya. Mereka dah mulakan projek itu di bilik mandi lagi. Dan di sambung pula di bilik mereka.

Dalisya memandang Alfan di sebelahnya. Lena sahaja tidur. Alfan sedang memeluknya sambil tangannya masih di dada Dalisya. Dalisya tersenyum. Haih masih tak puas lagi agaknya dengan dadanya itu. Manakala kakinya mengepit Dalisya. Dengan jelas Dalisya dapat rasakan sentuhan kulit ke kulit itu. Baju mereka berdua dah terbang entah ke mana. Yang tinggal hanyalah comforter tebal yang ada di badan mereka berdua.

Dalisya mengejutkan Alfan.

"Abang... Sayang laparrr" rengeknya perlahan.

Alfan bergerak gerak sedikit. Dia membuka matanya.

"Hmm sayang cakap apa?" tanya Alfan.

"Sayang cakap sayang lapar. Nak makan" kata Dalisya.

"Sayang abang penat lah. Sayang lah ni ganas sangat tadi" kata Alfan perlahan

Dalisya tersipu. "Mana ada! Abang tu duk gomol Lisya lama lama. Sayang tadah je tau" kata Dalisya pula.

"Tak payah nak nafikan sangat sayang. Abang denda japgi kang. Tak keluar bilik kita harini." kata Alfan lagi.

"Yelah sayang mengaku sayang GANAS tadi kan. Dah tu abang cakap nak garang sayang garang lah. Tadi nak sangat kan. Dah kena penat pulak. Eeee apa abang ni. Cakap nak anak kembar. Kalau macamni tak lekat pun sayang rasa." kata Dalisya. Sengaja mencabar suaminya itu. Mukanya tersenyum jahat.

Alfan yang matanya tertutup itu membuka luas luas. Dalisya ni memang sengaja mencabarnya. Dia berpaling ke arah isterinya itu. Dia menjeling tajam lalu naik di atas badan isterinya kembali. Tangannya dah mencari titik kelemahan isterinya itu. Dipicit kuat. Sengaja.

"Ahhh abanggg sakit" jerit Dalisya kuat. Dalisya tersengih. Padan muka dia. Haaa kan dah kena. Cabar lagi suaminya itu.

"Bila abang cakap abang penat hmm?"tanya Alfan. Mulutnya menggomol leher Dalisya.

"Tadi abang yang cakap kan. Abang cakap penat bila sayang kejut." kata Dalisya lagi.

"Tunggu malamni abang kerjakan sayang cukup cukup. Jangan nak berangan nak tidur." kata Alfan tegas.

Dalisya menelan liur. Ah sudah... Alfan kalau itu yang dia cakap itu yang dia buat. Tengoklah dia malamni. Dia meminta simpati.

"Abang pleaseee... Sayang nak tidur." kata Dalisya manja.

"No! Tadi cabar abang kan? Ingat abang tak mampu ke? Hmmm? Ingat abang tak mampu bagi anak kembar hmmm?" tanya Alfan lagi. Kalini leher yang tadi digomol sekarang digigit. Sengaja meninggalkan kesan.

"Abang sorry laaaaaa... Sayang saje je tadi tu" rengek Dalisya.

"No! Malamni abang tak bagi sayang tidur. Jangan tanya lagi" kata Alfan.

Dalisya pasrah. Habislah dia. Haduiii macam mana ni. Nak tak nak terima jelah dengan hati yang terbuka. Sapa suruh cabar suaminya itu. Sepatutnya dia lebih tahu yang suaminya itu pantang dicabar. Dah nama pun lelaki kan. Lagi lagi bab memberi nafkah itu. Kalau malam malam Dalisya dah menjerit meraung raung. Malam ni tak tahulah apa jadi. Boleh pengsan agaknya.

"Hmm yelah yelah. Tapi sayang lapar sekarang... Nak makan" kata Dalisya.

"Bukan tadi dah kenyang ke abang bagi?" tanya Alfan tersengih.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now