Epilog 😚

5.7K 28 1
                                    

Sampai sahaja di klinik, Dalisya menggenggam tangan Alfan di sebelahnya.

"Abang... Sayang takutlaaa.." kata Dalisya.

Alfan yang tengah teruja itu bersuara.

"Takut apa ni sayang? Abangkan ada..." kata Alfan.

"Takutlaaa.. Camne kalau sayang tak pregnant pun. Abang janganlah berharap sangat..." kata Dalisya perlahan.

Alfan tersenyum. Dia menggenggam kemas tangan isterinya itu.

"Sayang... Kalau tak pregnant pun abang okay lah. Kita usaha lah lagi okay sayang. Boleh honeymoon lagi. Lagipun kita kahwin baru sebulan kan. Kalau sayang pregnant pun kita usaha jugak. Abang akan usaha penuhi permintaan sayang yang suka merengek rengek nak abang ni tau." kata Alfan gatal.

Dalisya mencubit Alfan kuat."Eeee tengok tu. Orang tengah takut pun dia menggatal lagi." kata Dalisya pula.

"Dah jom. Tak payah takut lah abang ada. Abang tak kisah apa apa pun keputusan tu. Tapi kalau sayang pregnant abang paling gembira tau." kata Alfan. Dia membuka pintu keretanya dan kemudian membuka pintu kereta isterinya itu.

Selepas itu Alfan dan Dalisya berjalan beriringan ke dalam klinik itu.


🌸🌸🌸🌸🌸

"Doktor macam mana dengan isteri saya?" tanya Alfan.

"Hmmmm..." Doktor itu bersuara.

"Hmmmm?" Tanya Alfan. Dalisya dah mencubitnya geram. Tak menyempat.

"Saya harap bila saya bagitahu ni awak tabah tau." Kata doktor itu lemah.

Alfan dan Dalisya terkejut. Kenapa pulak ni. Dalisya memandang Alfan dengan sedih. Kenapaa..

"Tapi sebelum tu saya nak tanya, encik dan puan ni dah kahwin berapa lama?" Tanya doktor itu lagi.

"Ermmm dah sebulan dah. Harini genap sebulan" kata Alfan. Dalisya hanya mendiamkan diri.

Doktor itu menguntum senyum. "Bila kali terakhir encik bersama dengan isteri?" Tanya doktor itu lagi.

Dalisya dah malu malu. Dia malas nak jawab. Biarkan Alfan sahaja menjawab.

"Pagi tadi." Jawab Alfan sekilas. Macam biasa muka toya.

"Hmmmm.. sebelum tu?" Tanya doktor itu lagi.

"Ermmm malam tadi." Kata Alfan.

Doktor itu tersenyum lagi. Bukan main encik ni eh. Katanya dalam hati.

"Dalam seminggu berapa kali?"

"Tiap tiap malam." Jawab Alfan laju. Dia dah pening. Aduhhh doktor ni tanya macam macam pulak. Cepatlah dia hanya nak tahu keputusan.

"Uishh kuat tu..." Perli doktor itu lagi. Dalisya sudah tertunduk malu. Haih Alfan ni memang tak malu. Alfan hanya tersengih.

"Okay puan ada rasa tak selesa tak bila bersama dengan suami?" Tanya doktor itu lagi.

Dalisya memandang Alfan. Dia malu nak menjawab.

"Takda pun doktor. Rasa macam isteri saya menikmati adalah. Kan sayang?" Tanya Alfan. Dalisya mencubitnya kuat lalu mengangguk perlahan.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now