Bab 60 🧀

8.8K 13 1
                                    

Warning. Episode cheezy 🧀

Dalisya sedang menonton televisyen sekarang ni. Dah tengah hari sekarang ni. Kerja rumahnya sekarang semua dia dah buat. Basuh baju, kemas rumah semua dia dah buat. Sekarang dia dilanda kebosanan. Dia menekan nekan remote tv untuk menukar siaran televisyen itu. Semua cerita tak best. Bosan.

'Best jugak ni kalau pergi keluar jalan jalan ni' fikirnya dalam hati. Tapi takkan nak gi sorang kan. Macam alone sangat pulak. Alfan pulak kerja. Hmmm betul Dalisya tengah kebosanan.

Dia mengambil handphonenya di sebelah. Scroll instagram duluuu... Sempat dia layan video kelakar sebelum tiba tiba ada orang call.

Dalisya melihat nama di skrin telefonnya. Dia tersenyum melihat nama itu.

"Hello." sapa Dalisya.

"Haii Dalisya." sapa suara di sana pula.

Dalisya tersenyum.. "Ye Maya ada apa call ni?" tanya Dalisya. Orang yang call dia adalah Maya.

"Ohh heee. Aku nak tanya ni... Kau free tak?" tanya Maya.

"Free jee kenapa?"

"Jom keluar lepak nak? Lama dah tak keluar dengan kau" kata Maya lagi.

Dalisya sudah tersenyum gembira. Pucuk dicita, ulam mendatang. Memang dia tengah bosan sekarang ni dan nak keluar. Mujurlah ada Maya.

"Aku okay je. Bosan gak ni duk rumah. Tapi lama ke keluar ni?" tanya Dalisya.

"Takdalah. Kejap je.. Nanti kul 2.30 aku ambik kau" jawab Maya.

"Okay"

Kemudian talian dimatikan. Dalisya melihat jam di henphonenya. Hmm dah pukul 2. Dia kemudian bangun. Bersiap siap. Lepas siap dia turun ke ruang tamu. Menunggu Maya.

Masa menunggu baru dia teringat. Dia masih belum memberitahu Alfan itu. Dia berkira kira. Nak bagitahu ke tak eh? Kejap je kan? Takyah lah kot. Lagipun dia akan pulang sebelum Alfan pulang ke rumah.

Tak lama kemudian bunyi hon di luar rumah. Dalisya tersenyum lalu bergerak keluar. Yeyy boleh jalan jalan.

🌸🌸🌸🌸

Alfan tersenyum gembira. Harini dia pulang awal. Sengaja tak memberitahu Dalisya. Saja nak buat surprise kat isterinya itu. Disebabkan kerjanya dah siap, dia pulang awal.

Alfan memandu sambil tersenyum. Tak sabar nak jumpa Dalisya di rumah. Walaupun hari hari jumpa. Alfan tetap rindukan isterinya itu. Nak buat macam mana kasihnya pada Dalisya tak berbelah bahagi. Acece jiwang pulak Alfan ni

Sampai sahaja di perkarangan rumahnya, Alfan mematikan enjin kereta. Dia keluar dengan tersenyum. Dia parking keretanya jauh sedikit dari biasa supaya Dalisya tak sedar.

Dia berjalan ke pintu rumahnya. Kemudian membuka kunci pintu itu. Dia dah berpesan kepada Dalisya supaya sentiasa mengunci pintu rumah kalau dia takda.

Alfan membuka pintu perlahan-lahan. Dia mengintai sebentar. Kut kut Dalisya perasan. Takde ni. Fikirnya. Alfan kemudian membuka kasutnya lalu masuk ke dalam rumah. Mencari cari Dalisya.

'Aik pegi mana pulak isteri kesayangannya ni.' Fikirnya.

"Sayang!! Abang dah balik niii." Jerit Alfan.

Namun senyap sahaja. Takda balasan dari Dalisya. Kemana lah Dalisya ni.

Dia naik ke biliknya. Membuka pintu dan intai. Aik takda. Kemudian ke bilik air pulak. Pun takda. Ah sudah! Mana pulak Dalisya ni.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now