Bab 6

1.2K 32 2
                                    

Alfan melangkah bersama kawan kawannya ke kantin sekolah. Alfan sudah tahu yang Dalisya pergi ke tandas dulu dan akan menyusul kemudian. Walaupun dia sakit hati dengan budak pendek tu tapi tetap dia senang dengan perangainya. Ye lah satu team, dia kenal la Dalisya tu macam mana. Ketika seronok bersembang dengan kawan kawannya, Alfan teringat sesuatu.

"Guys, dompet aku tak de lah" kata Alfan.

"Kau letak mane weh?" tanya Haikal

"Takkan ade orang curi kot" tambah Izzat pula

"Aku rase aku tertinggal kat bilik tadi kot. Jap eh aku pergi ambik. Korang pergi la dulu. Nanti aku ikut." Kata Alfan pula. Mereka berdua sama sama mengangguk. Alfan pusing belakang dan berjalan semula ke bilik tayangan.

Sambil sambil berjalan dan usha awek yang lalu, Alfan terdengar satu jeritan meminta tolong. Dia menghampiri bunyi tersebut.

Alangkah terkejutnya Alfan bila melihat tuan punya badan yang meminta tolong itu adalah Dalisya. "OMG! Sayangku!" Tanpa disedari terpacul ayat itu dari mulutnya sendiri.

Tanpa menunggu lama dia terus menjerit ke arah sekumpulan manusia yang takde otak yang mengganggu Dalisya.

"Woiiii! Korang buat ape tu hah? Lepaskan dia!!" Kata Alfan

"Hahahahahah, hero dah datang." kata salah seorang lelaki di situ.

"Kau ni kenapa ha ganggu dia? Dia ade buat salah kat kau ke? Kau lepaskan dia, jangan sampai aku tumbuk muka kau yang tak hensem tu."

"Wooooo kau! Kalau kau nak tumbuk muka aku, aku tak kisah. Tapi kau jangan kata yang muke aku tak hensem. Yang tu aku pantang!"

"Dah muka kau memang tak hensem nak buat macam mana. Kan Dalisya?" Tanya Alfan. Sempat lagi mereka bergurau senda waktu waktu macam tu. Alfan dan Dalisya sama sama ketawa.

"Kau nak cari pasal sangat dengan aku kan! Biar aku tumbuk kau." Baru sahaja lelaki tu nak tumbuk Alfan, Alfan terlebih dahulu menahan tangan lelaki tu.

"Haaaaa tumbuklah kalau boleh. Kau ingat aku takut ke dengan kau tu? Badan je sado. Tapi hati pink. Cakap sikit dah sentap. Sedehhhhhh." tambah Alfan lagi menghangatkan suasana.

Kelihatan kawan kawan lelaki yang mahu menumbuk Alfan tu ketawa. Geli hati mereka melihat Alfan membahan kawan kawan mereka.

"Takpe takpe. Kau tunggu. Hari ni hari kau. Kalau aku nampak muka kau sekali lagi aku takkan lepaskan kau. Kau tunggu!" kata lelaki itu pula. "Dah jom semua blah"

Tinggallah Alfan dan Dalisya berdua di situ. Dan kemudian suasana sunyi sepi buat seketika. Hanya angin yang berlalu tanpa kata kata dari mereka. Padahal dalam hati masing masing tiada siapa yang tahu.

Alfan menggaru kepala manakala Dalisya hanya tunduk memandang lantai. Tiada kata kata yang keluar dari mulut mereka. Yalah, mereka kan sama sama tidak suka sama lain. Takkan nak merendahkan ego masing masing. 

Alfan sudah berpusing ke belakang untuk kembali semula kepada kawan kawannya di kantin. Disebabkan tiada kata kata yang keluar dari Dalisya dan kerana keadaan mereka yang awkward, dia memutuskan untuk lari dahulu.

"Alfan" panggil Dalisya tiba tiba

Alfan berpaling. "Ya sayang?" Jawab Alfan. Walau bagaimanapun, perkataan sayang tu hanya direka, tidak ada dalam skrip mereka.

"Saya nak ucap terima kasih kat awak sebab dah selamatkan saye tadi. Kalau awak tak ada tak tahu lah ape jadi kat saya." terpacul juga kata kata yang telah lama Dalisya pendam tadi.

Abang Guitarist [Completed]Where stories live. Discover now