BAB 1: ZEL

5.7K 194 1
                                        

Taylor's Lakeside Campus

Eva dan Zel berjalan menuju ke kelas mereka. Jam ditangan di kerling. Awal lagi rupanya. Kalut Zel membangunkan Eva dah macam lewat sangat.

"Eva, jom pergi makan aku lapar!" Zel menarik-narik tangan Eva menuju ke kantin.

Eva mengikut saja kemana Zel pergi. Sayang sahabat sorang ni. Mereka kenal dari kecil sehinggalah hari ini. Dah semester akhir dah pun.

Mereka berdua menyewa rumah taman yang berdekatan dengan kampus mereka belajar dari sem kedua. Lebih senang dan dekat untuk ke kampus.

Walaupun Zel anak orang kaya, tapi Zel tak pernah sombong dengan kekayaannya. Sanggup menyewa dengan Eva dan berkongsi setengah daripada wang belanjanya. Baikkan Zel?

Sesampainya mereka di cafeteria, Eva hanya mengambil salted egg dan satu keping roti gardenia berserta air kopi O. Kegemaran weh! Manakala Zel mengambil nasi lemak ayam dan teh tarik.

"Eva, lepas habis sem ni, kau nak buat apa?" Tanya Zel ingin mendapatkan kepastian. Kalau boleh, dia nak sehidup semati dengan Eva!

"Entah, aku ingat nak apply peguam civil lah ikut kos kita ni," Eva hanya memerhati Zel yang sedang pelahap makan. 'Dia ni nak cakap tak makan malam semalam, dia makan. Dialah yang paling banyak makan! Aku yang masak dia yang bantai makan banyak. Pagi ni pelahap pula,' Cik Diva Hati sudah bersuara pada pagi ini.

"Wah, samalah! Apakata kita apply sekali? Nanti aku tanya papa aku! Dia ramai juga kenal peguam. Mana tahu rezeki kita ke kan?" Zel teruja mendengar kata-kata Eva. Eysh ni sayang lebih dekat Eva ni! 

"Tapi mesti daddy aku nak aku kerja dengan dia," Eva mula sedih mengingatkan ayahnya yang seorang itu. Tidak pernah ada di Malaysia. Yang daddy dia tahu, kerja, kerja, kerja.

Bukanlah daddynya tidak berikan dia duit, cuma itulah terlalu busy sampaikan terlupa dekat Eva.

"Tak apa, nanti aku suruh papa cakap dengan daddy. So, nanti kita jumpa papa boleh?" Zel melihat muka Eva. Saja dia nak flirt dengan Eva. Such a lesbian, but not that way lah!

"Betul ke? Bestnya! Lama tak jumpa uncle Syahid. Rindunya dekat papa aku tu," Eva mengangkat keningnya. Sama sepertinya, Zel turut merupakan anak yatim.

Zel tak ada mak sewaktu umur 15 tahun. Mamanya sakit barah otak stage 4 dan meninggal dunia. Sedih kan? Sama-sama tak ada mak. Cuma Zel lebih beruntung kerana papa Zel cuma berada si Malaysia dan akan keluar negara bila perlu sahaja.

"Yelah, papa aku kan kenal ramai peguam. So, aku try tanya eh nanti? Tapikan, aku rasa, aku nak belilah rumah yang kita sewa tu. Nanti kita duduk je dua orang. Kita share duitlah. Nak?"

Eva hanya mengangguk. Nanti kalau dah keluar dari kampus ni, takdelah dia merempat sangat.

"Yalah.... Dah jom masuk kelas. Kang lepasni masa madam Syahirah. Mengamuk nanti masuk lewat!" Eva menghabiskan air kopinya dan bangun menuju ke kelas diikuti oleh Zel.

^

"Zel, malam ni kau masak," Eva terus berlari naik bilik. Hahaha jahatnya!

"Yelah," Zel menjawab pasrah.

Eva terus baring di atas katil empuknya. Argh penatnya, malam ni dia nak kerja pula. Kerja apa? Restoran. Itu pun Zel yang minta papa dia tolongkan.

Nak bayar duit yuran kampus dan duit sewa rumah. Sebab tulah Eva kerja. Kalau tak, tak nak lah dia kerja buat benda macam ni.

1. Oxymoron | RE-DOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang