The course of true love never work smooth.
Eva dan Zel menarik beg mereka ke arah tapak berhimpun untuk menunggu bas. Anne yang berada jauh sudah nampak. Mereka sudah merancang akan kenakan Anne sungguh-sungguh. Tunggu lah.
Merek berkumpul di tapak berhimpun sementara menunggu bas dan mendengar taklimat daripada Prof Zakir.
"Hai morning. Dengar sini semua, saya nak cakap, kem awak kali ini setiap pensyarah tak akan pergi pantau. So, kem ni di bawah anjuran T.L.D.M. Jadi, dekat sana mereka akan uruskan awak semua. Behave okay dalam hutan tu. Jangan seronok sangat. Anne, Eva, Zel, jangan buat hal! Saya dapat tahu, saya tak akan bagi awak tiga orang mengambil ujian mid sem ye. Di sini ada dua orang Navy akan ikut awak naik bas. Dan tu bas dah sampai, so goodluck semua ya!" Prof berjalan ke arah Haq dan Ziyad sebelum berlalu pergi untuk mengajar.
Mereka semua masukkan beg di dalam bonet bas dan naik ke dalam bas sehingga bas penuh. Anne yang sedang mengagihkan makanan berjalan kearah Eva dan Zel dimana Haq dan Ziyad berada di belakang.
"Eh, Cik Anne turun padanglah Zel," Eva memerli Anne yang sedang menghulurkan makanan kepada mereka.
"Yalah Eva. Impressive naw!" Eva dan Zel tergelak. Anne yang mendengar menghentakkan kakinya serta berlalu ketempat duduk asal.
Akhirnya perjalanan yang memakan masa satu jam itu membuatkan Eva dan Zel tertidur.
^
"Bangun! Sedap je tidur! Belum aktiviti berat dah tidur!" Suara Haq memetir di dalam bas. Terpisat semua orang yang tidur. Eva yang meletakkan kepalanya di tingkap bas turut terjaga mendengar suara Haq. Gila, telan mikrofon ke apa lelaki ini.
"Berkumpul tepi bas!" Sekali lagi Haq menempik kuat. Hurm sebelum datang sini mungkin Haq dah makan air asam siap-siap supaya lelaki itu mempunyai banyak suara untuk menjerkah.
Semua pelajar berkumpul di tempat yang dinyatakan oleh Haq. "Okay dengar sini! Kita akan berjalan masuk ke dalam hutan. So, kita kena berjalan ikut kumpulan. Aku nak bagi kumpulan. Dalam balang ni, ada kertas dan ada nombor setiap kumpulan. Jadi bila dah dapat, cari kumpulan sendiri faham?!"
Apabila Eva dan Zel dapat kumpulan sekali, mereka melompat kegembiraan! "Yeah, sekali," siap buat pusingan lagi.
"Hah yang belakang tu kenapa? Seronok sangat dapat kumpulan sekali? Nak kena pisahkan?" Ziyad bertanya kepada mereka dengan muka bengis. Panggilan juga sudah ditukarkan. Mereka kena mengikut protokol mereka semasa berada dalam kerja.
Eva dan Zel menggeleng. Anne tergelak sinis. Seronok dia rasa bila musuhnya kena marah begitu. Tunggu masa kau pula.
Zel menjeling Ziyad. Oh nak marah. Hah tunggu kau! Selepas itu, mereka berjalan masuk ke dalam hutan. Haq di depan manakala Ziyad yang dibelakang dijeling oleh Zel. Tetapi Ziyad tidak mengambil pusing kerana mereka sedang bertugas.
Mereka semua diarahkan berkumpul di dewan terbuka dan diagihkan seorang satu buku untuk mereka menuliskan aktiviti yang mereka akan buat.
"Okay hai assalamualaikum. Apa khabar? Okay nama aku Aisyah korang boleh panggil aku Senior Cha dan lagi dua orang ni Me'on Baihaqi korang boleh panggil dia kapten Haq dan sebelah kapten Haq, nama dia Ziyad Amzan, boleh panggil komando Ziyad ataupun komando Joy. So, setakat itu je, ada soalan?" Senior Cha memerhati satu persatu wajah peserta kali ini.
Akhirnya Senior Cha mengangguk dan menyerahkan mikrofon kepada Haq apabila mereka semua menjawab tiada soalan.
"Okay aku nak cakap sikit. Dekat tangan aku dengan komando Joy ada buku dan tiga warna kad. Jadi, buku dan kad ni aku akan agihkan kepada semua coach yang akan berada dalam kumpulan korang. Dia akan tulis attitude korang semua dan kad ni, kalau korang dapat kad merah maknanya korang bad. Kalau kad kuning, so , so or half, half. Kalau kad hijau korang terbaik. Kumpulkan kad hijau sebanyak yang boleh! Dan siapa paling banyak akan diberikan hadiah pada hujung kem ini! Dan siapa kad merah paling banyak! Dia tidak akan dapat menjawab periksa mid sem. Kedua, sila pergi ke dorm dan tidur mengikut kumpulan yang diberikan. Kemas apa yang patut dan kita tiada aktiviti kecuali aktiviti pada malam ini adalah ice breaking. Ketiga, setiap kumpulan akan ada dua orang coach.
Jadi, aku akan bagitahu nama coach korang! Jadi kumpulan Laksamana Armada coach korang adalah aku dan komando Joy. Laksamana Madya coach korang Senior Cha dan Leftenan Muda Azril. Laksama Muda coach korang adalah Leftenan Muda Min dan Pegawai Kadet Kanan Alia. Dan yang terakhir, Laksamana Pertama, coach korang Mejar Azim dan Mejar Aina. Jadi, sekarang sila ikut coach korang pergi ke dorm masing-masing. Laksamana Armada sila ikut aku dan komando Ziyad. Sekian terima kasih." Haq turun daripada pentas dan sempat menjeling Eva. Tapi Eva tak perasan. Sambil berjalan menuju ke dorm mereka, Ziyad sebagai tourist guard menunjukkan mereka selok belok kawasan itu dan tempat tidur untuk coach hanyalah di hadapan dorm mereka sahaja. Jadi, tak perlu mereka bersusah payah berjalan jauh.
Mereka semua masuk ke dalam dorm dan mengemas apa yang patut serta menyusun barang mereka didalam locker.
^
"Okay di jemput kumpulan pertama adalah kumpulan Laksama Armada untuk ice breaking." Semua ahli kumpulan Laksama Armada bangun termasuklah Anne, Eva dan Zel. Anne sebagai ketua kumpulan kerana telah diperkenakan oleh Zel dan Eva disebabkan datang lewat.
"Hai good afternoon everyone. My name is Nur Anne Balqis the leader of Laksama Armada l. Tonight we will introduce you all my team work," mereka mengenalkan diri masing-masing dan membuat takeline untuk memberi semangat kepada kumpulan mereka sendiri.
Next kumpulan sehinggalah habis membuat takeline mereka sendiri, pada malam pertama Eva dan Zel disini, mereka telah mendapat kad kuning. Jadinya mereka di panggil oleh Haq dan Ziyad.
"Korang buat apa dekat Anne?" Haq mencerlung tajam melihat Eva dan Zel. Manakala Ziyad hanya memerhati.
"Mana buat apa pun! Dia yang datang lambat," Zel memberitahu sambil membuat muka masam proteslah tu.
"Oh tak buat, yang korang suruh dia jadi ketua kenapa?" Ziyad menggeleng perlahan. Ada pula orang lambat, terus dijadikan ketua kumpulan. Malang betul nasib yang lambat tu.
"Dia yang datang lambat. Memang patutlah dia kena jadi leadership," Zel melawan lagi. Kesah pula dia. Tak kesah!
"Dia datang lambat sebab korang kurung dia dalam bilik!" Haq menengking kuat sehingga terhinjut bahu Eva dan Zel.
"Lah, tu pun nak marah. Bukan kita orang bunuh dia pun," Eva berkata perlahana tetapi masih didengari oleh Haq.
"Oh, kau cakap tak bunuh? Meh sini kau tengok aku kurung kau dalam bilik pula!" Eva dan Zel ditarik ke arah bilik berdekatan dengan dorm. Bilik gantung baju.
"Haq," Ziyad memanggil Haq perlahan apabila Haq bertindak mengurung mereka dalam bilik gantung baju. Tetapi mereka tidak boleh senang lenang begitu saja. Mereka kena hukum juga!
"Hah, rasa duduk dalam ni selama semalam!" Haq menarik mereka masuk ke dalam bilik itu.
"Lepaslah! Tak payah pegang!" Eva merentap tangannya yang berada di dalam genggaman Haq. Zel pula hanya melihat tidak puas hati. Ziyad yang berada disebelah dijeling tajam. Eleh, setakat tidur dalam bilik gantung baju ni apalah sangat.
Ziyad menghulurkan kad merah kepada mereka. "Nah tanda melawan cakap coach dengan perkataan yang bukan-bukan. Selamat tidur. Chau," Haq dan Ziyad pergu dari situ menuju ke bilik mereka.
"Bodoh!" Eva mengahmburkan marahnya. Zel sudah pun mengetapkan rahang. Phone diambil dan Zel menaip sesuatu kepada Daud.
+ bodoh kau tahu si Ziyad tu. Kau tengoklah. Aku tak bercakap dengan dia selepas ni. ✅✅
Telefon ditutup dan mereka meletakkan kepala di atas lantai sejuk itu sehinggalah mereka tertidur walaupun dalam kesejukan.
ANDA SEDANG MEMBACA
1. Oxymoron | RE-DO
RomanceAS KNOWN AS SAYANGKU KAPTEN Q [RE-DO] {HIGHEST RANKING 🎖} {1 in Romeo 🥇} {1 in Juliet 🥇} {1 in Mine 🥇} {3 in Kapten 🥉} Beginilah hidup seorang gadis apabila bertemu sang jejaka. Eva gadis yang cepat gelabah dan takut akan hantu. Bayang-bayang j...
