BAB 11 CELUPAR

2.9K 178 0
                                        

As their read, i fell in love the way youre fall asleep.

Haq yang mendengar ketukan dipintu terus membukanya. Kening diangkat sedikit apabila terpandangkan muka Zel yang kelihatan risau.

"Kenapa?" Tanya Haq dingin. Bukan tak risau, tapi dia sekarang tengah kerja, jadi kena jadilah Kapten Haq, bukan orang lain.

"Ada ubat tak?" Haq mengerutkan dahi. Dah kenapa pula minta ubat malam-malam ni. Lagipun, dia tengok si Zel ni bukan sakit pun. Malah, tiada tanda-tanda bahawa gadis itu sakit.

"Tak ada," Haq membalas dan hendak menutup pintu. Tetapi ditahan oleh Zel sekali lagi. Gadis itu mendengus geram. Ish! Bukan nak tolong si Haq gila ni.

"Ish, bagi jelah. Urgent ni!" Haq menggeleng. Minah ni, nak buat apalah dengan ubat segala bagai. Pintu ingin ditutup sekali lagi dan ditahan sekali lagi oleh Zel.

"Kau ni kan! Nak tunggu kawan aku mampus dulu agaknya baru nak kasih ubat," terkejut Haw dibuatnya. Kawan ? Kalau kawan Zel, Evalah kan? Ke ada yang lain? Mana ada!

"Kenapa dengan kawan kau?"

"Nak mampus dah tu!" Zel mencebik. Geram dia tengok Kapten poyo ni. Semua nak dingin macam kutub ais saja.

"Hah? Eva kenapa?" Terus lelaki itu menolak tubuh Zel perlahan dan menuju ke dorm yang menempatkan Eva. Sebelum dia masuk, dia sudah mengetuk pintu dan memberi amaran kepada penghuni-penghuni dorm.

Tubuh Eva yang kesejukkan tersebut diangkat perlahan. Haq membawa Eva ke markas klinik mereka. Tubuh gadis genit itu diletakkan perlahan-lahan di atas katil single. Doktor yang bertugas malam itu dipanggil oleh Haq.

Mata Haq tidak sedikit pun menoleh ke arah lain selain melihat kearah Eva yang diperiksa oleh Doktor tersebut. IV Drip yang telah dipasangkan di kekura tangan gadis itu dipandang.

Haq mengeluh perlahan rasa bersalah. Haq mendekati Eva yang sedang tidur itu. Kalau dia tak menempatkan gadis itu di bilik pakaian yang tiada alas itu, mungkin Eva tidak berada di markas klinik mereka.

Sewaktu melakukan aktiviti tadi juga dia sudah perasan kalau Eva lemah semacam. Tapi diabaikan kerana tidak mahu dikenakan hukuman oleh orang atasannya.

Haq berjalan ke meja doktor yang memerikaa Eva. "Cool fever ada tak?" Doktor itu mengangguk dan menghulurkan cool fever kepada Haq.

"Risau semacam je Haq?" Haq menoleh kearah Doktor Riyan. Doktor Riyan juga salah satu kawan Haq.

"Sikit jelah," Haq berjalan kembali ke arah Eva. Riyan menggelengkan kepala. Haq ni obvious sangatlah. Cubalah sembunyi-sembunyi sikit.

Sesampainya di katil yang menempatkan Eva, dia terus membuka paket cool fever tersebut dan menempelkan di atas bahu Eva. Tangan gadis itu diusap perlahan. "Tunggu kejap. Nanti aku datang balik," kepala gadis itu menjadi sasaran ciuman dia. Di sedut dalam rambut Eva. Wangi dan dia suka.

"Riyan, tolong tengokkan dia sekejap. Sekarang budak-budak tu ada aktiviti malam. Nanti lepas aktiviti aku datang balik," Haq menguatkan sedikit suaranya dan berlalu pergi tanpa menunggu balasan daripada Doktor Riyan.

^
Seperti yang dijanjikan Haq, dia datang semula selepas aktiviti yang dijalankan oleh pelajar-pelajar universiti. Mereka hanya melakukan aktiviti yang santai saja malam itu disebabkan pagi esok, mereka akan melakukan aktiviti Flying fox dan terjun sungai sebelum mereka semua pulang.

1. Oxymoron | RE-DOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang