BAB 14 CONFESSION

3.2K 194 0
                                        

Love doesn't consist of gaving at each other , but we looking together in the same direction.

"Cepatlah naik," Haq sudah berada di atas motosikal adiknya untuk membawa Eva keliling kampungnya itu.

"Tak bolehlah! Kain ni," Eva sudah marah. Dia ni bukan faham pun orang cakap apa.

"Lah duduk sebelah je, tak payah duduk macam aku duduk ni," terang Haq supaya Eva boleh membonceng motosikal dengannya.

"Tak boleh!"

"Boleh sayang," Haq sudah menekup mulut melihat muka Eva. Serupa kambing nak membuang air besar je Haq tengok.

"Awak pergilah sorang. Saya tak nak," Eva sudah berlalu masuk ke dalam rumah. Haq hanya mengeluh.
P

erempuan dan ketidakbiasaannya naik motor. Tapi gelarkan diri perempuan melayu terakhir.

"Kalau kau tak nak naik moto ni, kau nak naik apa?" Tanya Haq apabila dia sudah menyamai jalannya dengan Eva.

"Jalan kakilah!" Eva menjeling Haq. Itupun kena bagi tahu ke? Dahlah kemarin ajak makan dekat warung tu habis itu mengaku dia kawan pula tu.

"Panaslah!" Bentak Haq. Dia tak tahu ke bahawa matahari yang panas boleh menyebabkan kulitnya terbakar.

"Awak ni macam perempuan lah!" Eva menarik tangan Haq dan payung di tepi pintu disambar lalu dia membawa Haq keluar berjalan dengannya.

Eva bukakan payung dan dia melindungi dirinya dan Haq dibawah payung itu. "Jom pusing kampung," Eva tergelak perlahan melihat muka Haq. Lawak gila muka dia plus comel gitu.

"Gelak apa?" Haq membuat muka garang. "Kemarin dah jalan kakikan? Kau sanggup ke jalan jauh pakai kaki putih mulus kau tu?" Tanyaan sinis Haq membuatkan Eva memukul bahu lelaki itu.

"Diamlah!"  Kesalnya bila melihatkan dirinya memakai baju kurung kedah itu. Kata Haq, maknya berasal dari kedah manakala ayahnya berasal dari kuala Lumpur. Disebabkan arwah meninggal dulu, jadi rumah ini diwasiatkan kepada Hajah Halimah untuk dijaga. Jadi, sebab itulah Hajah Halimah tidak pernah keluar dari rumah ini.

Punyalah asyik menyembang sehingga tidak perasan mereka sudah sampai dihujung kampung. Terasa dahaga terus Haq berhenti di kedai pak Man.

"Eva nak air apa?" Tanya Haq melaung kerana Eva berada di luar. Eva yang mendengarkan laungan dari Haq terus masuk. Peti ais krim dituju. Aiskrim cornetto perisa coklat diambil dan dihulurkan kepada Haq.


"Hehe, lapar aislah pulak." Eva hanya tersengih melihat Haq.

"Haq ke?" Hairan Haq bila ada satu wanita menegurnya dari belakang. Haq menoleh dan diikuti Eva.

"Lah kau ke nyah!" Terus muka wanita tersebut berubah apabila dipanggil nyah. Memang itu gelaran yang dipanggil untuk wanita itu.

1. Oxymoron | RE-DOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang