BAB 20: MALAYSIA

1.8K 55 1
                                        

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPORT, 7:10 A.M.

Zel meringis perlahan apabila ternampak kelibat Eva yang sedang berjalan menggunakan tongkat dan dipapah oleh Noah. Bagasi gadis itu ditarik oleh seseorang yang tidak dikenali oleh Zel. Laju Zel berlari dan memeluk Eva. Air matanya yang ditahan segera mengalir.

Memeluk gais yang pernah dianggap adik itu dengan lembut seakan-akan Eva adalah sesuatu barang yang senang saja pecah berderai jika terkasar. Terdengar gelak tawa Eva sewaktu Zel memeluk dirinya. Tangannya diangkat meraba-raba muka Zel membuatkan Zel menangis kuat.

"Sayang," Eva senyum kecut mendengar suara garau itu. Ziyad. Lantas bahunya ditepuk lelaki itu perlahan. Memberi segala rasa bersalahnya kepada gadis itu melalui tepukan singkat.

"Jangan bagitahu dia aku balik, please," Ziyad hanya membalas dengan deheman dan bersalam dengan Noah serta lelaki asing yang sejak tadi hanya mendiamkan diri. Zel menarik Eva menuju ke arah kereta milik Ziyad.

Kereta itu melaju di atas jalan membuatkan Eva tersenyum. Sekurang-kurangnya, dia dapat menghirup udara segar Malaysia dan mendengar hiruk-pikuk kesesakan jalan raya Kuala Lumpur. Dia masih bersyukur.

"Kau betul-betul nak duduk sorang?" Noah membuka bicara kerana dirasakan kereta yang mereka naiki terlalu senyap. Eva berdecit perlahan. Sudah seratus kali Noah menanyakan hal yang sama. Dan lagi-lagi, Noah tahu jawapannya.

"Awak percayakan saya, kan Sam?" Lelaki yang dipanggil itu tertawa perlahan dan mengusap kepala Eva. Eva tersenyum selepas mendapat usapan dikepalanya. Berpuas hati mendengar jawapan Sam. "Percayakan aku, Noah. Everything will be alright. Jangankan kau tengok aku macam ni, kau masih anggap aku tak mampu nak buat apa-apa. Papa pun boleh percayakan aku," Oh, sebut tentang Tuan Ammar, hubungannya dengan papa baik-baik saja. Eva hanya salah sangka saja kepada papanya dan kes yang dibuka oleh papanya masih berjalan sehingga ke hari ini.

"Yelah," Noah mengalah. Dia hanya risaukan gadis itu. Hanya melihat gadis itu yang setiap malam terbangun ketakutan membuatkan Noah risau. Gadis yang dulunya dia kenal, Eva yang penuh dengan riak sinis dan berlagak. Sekarang, tak ubah seperti orang-orang yang sedang menghitung harinya digantung. Apalagi melihat Eva yang setiap malam tidur dengan memegang kayu baseball membuatkan nyeri di hati Noah semakin bertambah.

Selama sepuluh minit perjalanan, mereka berlima sampai ditempat yang Eva akan tinggal. Tiga orang lelaki mengangkat barang-barang Eva dan gadis genit itu dibawa oleh Zel untuk masuk ke dalam rumah merehatkan badan.

Zel berjalan kearah dapur meninggalkan Eva yang sedang duduk diatas sofa. Jus oren yang dibeli di supermarket, dicapai dan dituangkan ke dalam lima gelas. Zel membawa dulang menuju ruang tamu apabila mendengar gelak ketawa tiga lelaki yang sedang melawak. Entah tentang apa. Zel meletakkan dulang di atas meja ruang TV dan berjalan ke arah Eva yang sedang memasang bluetooth headphone. Sesekali Zel melihat Eva tersenyum sendiri.

Zel mendekat ke arah Eva dan melihat Video yang sedang Eva dengar. Hati Zel terasa ngilu. Selama 3 tahun ini, dia tidak tahu apa-apa tentang gadis dihadapannya. Dan selama 3 tahun ini juga, dia baru mengetahui fakta bahawa Eva pernah balik. "Aku tahu kau dekat depan aku, Zel." Zel berhenti melamun dan duduk di sebelah Eva. Kepalanya disandarkan di bahu kiri Eva.

"Kenapa?" Eva tersenyum dan membalas genggaman tangan Zel.

"Jangan risau, aku okay. Sampai masa, aku bagitahu kau segala-galanya," Zel mengangguk perlahan dan mengambil headphone yang dipakai oleh Eva. Tangan gadis itu juga ditarik untuk bangun dan menuju ruang tamu. Zel meletakkan Eva di atas sofa.

"Aku dengan Zel nak kahwin. Eva, boleh temankan Zel tengok baju tak esok? Dia kata selagi kau tak balik, dia tak nak buat majlis. Padahal dah setahun kahwin. Itupun dekat pejabat agama. Macam kena tangkap khalwat je," Seloroh Ziyad menadapat tepukan kuat dari Zel dan gelak tawa semua orang.

1. Oxymoron | RE-DOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang