My heart beats so fast when i saw you for the first time
Kereta yang dipandu Zel masuk parking. Sampai sudah Cinta Restoran ni! Restoran uncle Syahid!
"Aku turun dulu eh? Nak ke kaunter. Aku rasa aku ambil order kot malam ni? Kau okay kan?" Eva menghadap Zel.
"Ye takpe! Kau pergilah. Aku nak jumpa papa aku. Rindu, pulak!" Zel tersenyum riang. Nak bercerita macam-macam dengan papa!
Eva yang melihat senyum nipis. Beruntung kau Zel. Cik diva hati bermonolog sedih lantas mengeluarkan irama sedih yang tak berapa sedap tu!
Eva terus melangkah pergi ke kaunter untuk mengambil order.
"Ramainya orang malam ni," keluh ku perlahan. Nampaknya malam ni dia kena kerja lebih. Tapi takpa, gaji masuk banyak juga nanti!
Ke hulu ke hilir Eva mengambil order. Kejap tingkat atas, kejap tingkat bawah. Cinta Restoran ni ada 2 tingkat. Ada je pekerja lain. Tapi setiap hari akan dibahagikan kerja. Hari ni, dia kena ambil order. Alamatnya kena banyak berjalan. Huek huek.
Selesai mengambil semua order, Eva menuju ke kaunter pembayaran dan menunggu di sana.
"Shae, ada kerusi tak? Aku nak duduk kejap. Kematu habis aku punya kaki ni," Shae mengangguk dan memberikan aku sebuah kerusi. Argh! Sedapnya duduk!
Baru seminit Eva duduk, dia ternampak sekumpulan lelaki yang memakai baju T.L.D.M masuk. Kira-kira 5 orang. Mak ai!
Segan pula aku! Ramai gila. Dah lah semua handsome. Mau cair aku dekat sini. Monolog cik Diva Hati. Eva menarik nafas sebelum melangkah ke arah mereka!
"Order Encik?" Eva bertanya sambil menghulurkan buku menu kepada mereka. Dia menghadiahkan sebuah senyuman manis dan dibalas dengan senyuman nipis daripada para tentera tersebut. Eva berdiri di sebelah seseorang. Tapi tak nampak muka! Sebab dia tunduk main phone.
"Salted egg chicken 4 dan air sirap," Eva terus menulis apa yang dimahukan mereka kecuali seseorang?
"Kapten, kau nak apa?" Ujar salah seorang dari mereka yang bernama Zayid Amzan. Macam mana dia tahu? Tu ha terpampang tanda nama.
"Ish tak payahlah panggil kapten," ujar orang yang di panggil 'kapten tanpa mengangkat mukanya.
"Ha kau nak makan apa Haq?
Kepalanya diangkat dan melihat ke arah Eva. Oh my allah! Handsomenya!
Senyuman tipis dilayangkan buat Eva. Kesian pula berdiri disebelah dan menunggu Haq order.
Sabar Eva sabar. Kau tengah kerja ni.
"Erm bagi i..." Lama Haq berfikir sambil mata tak lepas memandang Eva.
Haih apalah jantung si Haq ni boleh berdegup laju ni!
"Y..ye?"
"I nak sama macam diaorang semua," order Haq akhirnya! Apasal jantung aku ni!
Eva terus kalut-kalut beredar. Cik jantung, janganlah mengepam darah laju sangat. Mati kejung aku dekat sini nanti!
"Shae, nah bagi dekat Khairul, aku nak ke tandas kejap!" Terus Eva melangkah ke tandas dengan tangan ditekupkan di dada. Jangan buat hal!
Eva melihat cermin yang berada di dalam toilet dan tersenyum. Haih kenapalah cik jantung ni?
Selepas siap, dia keluar ke kaunter. Duduk menunggu pelanggan yang datang untuk mengambil order!
Sesekali matanya dilirikkan ke arah sekumpulan Navy tadi. Lagilah laju cik jantungnya berdegup!
'Kapten? Haq? Nama dia ke? Pangkat dia ke?' tanya Eva kepada diri sendiri. Bila tersedar yang dia berangan tentang lelaki itu, terus dia menyembang dengan Shae. Tak boleh jadi ni!
Zel! Tolong aku!
"Eva," panggil Shae. Aku yang sedang bercerita dengan dia terus mengangkat kening. Shae pun menunjukkan bahasa isyarat dengan memuncungkan mulut. Aku yang tak faham akan bahasanya teruskan bercerita.
"Eva! Tu abang-abang Navy nak ambil order apa lagi tu?" Kata-kata Shae membuatkan Eva terus menolah. Alamak! Semua tengok aku!
Dengan berhati-hati dia melangkah pergi ke arah mereka.
"Ya?"
"Erm... Kami nak order..." Terus terbantut percakapan kapten yang nak order tadi akibat di potong oleh Zel.
"Eva! Kau kena ikut aku cepat! Emergency ni," Zel kalut! Tangan Shae juga ditarik menuju kearah tempat beradanya Eva.
"Order?"
"Ni Shae tolong ambilkan. Cepat Eva," ish Zel nak pergi mana kalut-kalut ni?
"Kejap aku nak buang apron ni," kelima-lima orang navy pandang aku dan Zel pelik. Argh lantaklah! Nanti diaorang takkan datang dah!
"Shae nah pegang apron aku. Simpan tempat biasa and nah ambil order diaorang. Aku pergi dulu," terus Eva ligan langkah Zel. Kenapa ni?
"Anne buat hal! Dia serbu tempat lepak kita," terus berubah muka aku. Mana boleh!
Tempat lepak? Bukanlah tempat yang macam gangster-gangster tu. Tempat lepak yang dimaksudkan tu, rumah kecil yang akan kami duduk bila ada masalah! Siapa yang ada? Ramai! Dalam 8 orang jugak! Tapi semua laki dan mereka dua orang je perempuan! Semuanya 10 termasuk Eva dan Zel! Semua lelaki tu adalah bodyguard diaorang!
Zel 4 bodyguard Eva 4 bodyguard. Semuanya atas ehsan uncle Syahid! Kalau tidak! Eva tak ada bodyguard. Yelah, nak harapkan daddy, tak adanya peduli tentang keselamatan dia.
Anna pula musuh mereka dari collage. Pada mulanya mereka berebutkan tempat ini denga Anne. Tapi Zel bertindak lebih cepat dengan membelinya!
Sebab itulah Anne tak puas hati. Ada je nak kacau tempat orang!
Sampainya di rumah kecil tu, terus Zel melangkah masuk.
"Korang tak apa-apa ke?"
"Tak!" Jawab Daud.
"Bodoh punya bodyguard. Telefon aku macam korang nak mati dah! Bongok," Zel terus mengambil penyapu dan meligan Daud keliling rumah. Geram sangat lah tu!
"Anne buat apa datang sini?" Tanya Eva kepada Afi. Bodyguard dia paling muda agaknya. Baru umur 19!
"Tak de, dia nak sepahkan barang-barang dalam rumah ni! Tengok-tengok ada kitaorang. Terus di larinya dia dengan bodyguard dia. Yang paling lawaknya. Dia suruh bodyguard dia dukung dia bawa dia lari. Sebab dia tak larat nak lari," ujar Afi sambil gelak menekan perut.
"Pfftt hahaha mak ai macam lipas kudung je!" Gelak Eva sambil menggelengkan kepala.
"Kak!" Panggil Afi.
"Ye?" Eva yang menyuruhnya memanggil Eva kakak. Maklumlah, Eva tak da adik!
"Tidur sini eh? Aku ada banyak benda nak cakap dengan kau!" Afi memandang mataku.
"Tanya Zel!"
"Zel?" Kepala Afi dipusingkan menghadap Zel yang memukul Daud menggunakan penyapu.
"Ok!" Jawab Zel tanpa memberhentikan kerja memukulnya.
"Hah dah buat jejak kasih dah!" Ujar bodyguard Eva, Shah. Semuanya umur 23 keatas kecuali Afi. Eva dan Zel 21.
"Diam ah kau shah" Afi terus menjeling Shah.
Eva pula hanya menyaksikannya!
ANDA SEDANG MEMBACA
1. Oxymoron | RE-DO
RomanceAS KNOWN AS SAYANGKU KAPTEN Q [RE-DO] {HIGHEST RANKING 🎖} {1 in Romeo 🥇} {1 in Juliet 🥇} {1 in Mine 🥇} {3 in Kapten 🥉} Beginilah hidup seorang gadis apabila bertemu sang jejaka. Eva gadis yang cepat gelabah dan takut akan hantu. Bayang-bayang j...
