you're never hurt me cause im heartless.
Eva menghidupkan enjin keretanya untuk pulang kerumah selepas kawad kaki.
Dua tiga kali mencuba tetapi tidak berhasil. Ish kereta ni buat hal pula!
"Kenapa Eva?" Zel disebelah sudah mengipas-ngipas mukanya dengan beret. Panas!
"Kereta ni buat hal pula," Eva terus keluar membuka bonet hadapan kereta. Eysh! Aku mana tahu!
"Cuba kau telefon Afi, Eva!" Bernas gilalah otak si Zel ni!
Eva mendail nombor Afi sambil melihat Zel turun dari kereta!
Beberapa saat menunggu, Afi mengangkat. "Hello assalamualaikum kak, apahal?"
"Hello, ambil aku dekat kampus jap! Kereta aku buat hal!" Eva terus memberi tahu Afi.
"Hah? Kau dengan siapa? Kau tunggu kejap, 10 minit lagi aku sampai dengan Daud," Afi terus mematikan panggilan telefon.
Apabila Eva terdengar bunyi hon kereta, dia terus memandang kereta tersebut. Kereta honda tu!
"Kenapa cik adik?" Ziyad menurunkan cermin kereta dan bertanya. Nak harapkan si Haq tu, kerek je lebih. Sombong!
"Tak de apalah," Zel yang berdekatan dengan Ziyad menjawab.
"Kau ni kan, kalau kau tak buat hal mesti tak boleh kan? Kau tunggu aku hantar kau kedai besi buruk. Aku beli kereta baru!" Ziyad, Zel dan Haq memandang Eva menendang tayar kereta tersebut.
Zel sudah mengembungkan pipi. Weh macam ikan doh Eva sepak-sepak tayar macam tu. Ni kalau rakam mesti famous ni.
"Eh adik, badan awak tu kecil je, acah kuat pula nak menendang kereta!" Perli Haq kepada Eva. Lantas kereta Honda yang dipandunya di parkir di sebelas kereta Honda Jazz milik Eva.
Kereta yang dibeli guna titik peluh dia. Ada saja daddy offer nak belikan kereta untuk dia, tapi dia tidak mahu. Nak juga beli sendiri. Rasa duit sendiri.
Eva yang mengamuk terus terdiam. Tak nak aku cakap dengan dia. Buat sakit hati je!
"Apa yang jadi?" Ziyad tanya Zel sekali lagi.
"Tak tahu kereta ni buat hal pula. Time, time macam ni lah nak rosak!" Zel menjawab tenang.
"Hurm patutlah! Besi buruk ni," kutuk Haq kepada kereta Honda Jazz milik Eva. Aduh rasa nak marah pula Eva sekarang ni. Boleh dia kutuk kereta ni, besi buruk! Besi buruk ni jugalah yang bawa Eva ke kampus tau tak!
"Eh hello assalamualaikum encik Haq, kalau tak nak tolong tak payah kutuk! Saya bukan macam awak! Kaya! Kereta honda mahal! Honda Jazz ni banyak berjasa kepada saya tahu tak?" Eva mengamuk teruk gara-gara Honda Jazz yang dibeli dengan usahanya dikutuk. Tak tahu ke dia berpenat lelah buat semua ni semata-mata nak tunjuk dekat daddy dia seorang yang indipendent? Ada je kereta mahal-mahal yang dibeli oleh daddynya, tapi semuanya tidak di ambil. Tinggal kereta Honda Jazz ni je yang dia beli.
Zel pula berkerut dahi mendengar ayat Eva. 'Apa dia tak kaya ke? Bukannya daddy dia-nevermind,' monolog hati Zel. Entahlah, nak kata susah tak, nak kata jutawan pun tidak. Tapi kalau setakat Jazz sebiji, bolehlah beli cash.
Eva terus memuncungkan mulutnya dan duduk di kerusi buatan. Dia ada terdengar Zel nasihat Haq. Ah malas layan!
"Oh tak pe, biar saya tengok," Ziyad menawarkan dirinya.
ANDA SEDANG MEMBACA
1. Oxymoron | RE-DO
RomantikAS KNOWN AS SAYANGKU KAPTEN Q [RE-DO] {HIGHEST RANKING 🎖} {1 in Romeo 🥇} {1 in Juliet 🥇} {1 in Mine 🥇} {3 in Kapten 🥉} Beginilah hidup seorang gadis apabila bertemu sang jejaka. Eva gadis yang cepat gelabah dan takut akan hantu. Bayang-bayang j...
