Love asks me no question and gives me endless support.
Eva membaringkan tubuhnya di atas sofa di ruang tamu untuk merehatkan badannya. Habis sakit-sakit semuanya. Dia memejamkan mata membiarkan Zel bercakap dengan Haq. Barulah Eva tahu nama sebenar Haq. Tapi, dia tak ingat pun nama Haq. Tak penting baginya nama penuh kerana dia akan memanggil Haq dengan panggilan kapten Haq. Jadi, dia tidak mahu mengambil tahu.
Sejurus selepas itu, dia terjaga kerana Haq mencuit bahunya. Terlelap sudah. Mengantuk sangat.
"Aku balik dulu," Haq berjalan menuju ke arah pintu gadis-gadis itu. Sebenarnya, ikutkan dia, dia mahu bawa Eva menetap di Kondominium miliknya disebabkan Eva yang tertidur dan kondominiumnya yang paling hampir dengan klinik. Tetapi, apabila teringatkan Zel yang garang tu, dia terus bawa Eva balik ke rumah gadis itu .
'Ish dia ni! Tak nak ucap selamat tinggal ke, good night love ke apa ke?' Selepas bermonolog dalam hati, Haq berdehem sebelum mengalihkan pandangannya ke arah Eva. 'Eh, dia dengar ke?'
"By the way, cantik baju tidur katak kau. Dengan topi di kepala tu pun cantik. Nice!" Puji Haq sambil tergelak. Padahal Eva comel dalam suit begitu.
"Selfie sikit nak? Mana pernah jumpa katak sebesar alam ni," Haq mengeluarkan iPhone nya dan duduk di sebelah Eva untuk berselfie.
1,2,3 click!
"Nice bye. Sakit lagi tak?" Tangannya naik mengusap dahi Eva yang berbalut plaster. Ibu jarinya mengusap perlahan luka tersebut.
"Tak sakitlah! Ni Eva lah! Kuat," kata Eva bangga menabik dada! "Tapi kan, nama awak apa?" Eva menyengih ke arah Haq.
"Takkan tak tahu kot?" Haq bertanya hairan. Dah berapa hari dia asyik bertembung dengan Eva, perempuan itu masih tidak mengetahui nama dia.
"Oh, nama Awak takkan tak tahu kot lah?" Haq hanya menjungkit bahu. Macam-macamlah budak ni!
"Thank you encik Takkan Tak Tahu Kot," perli Eva sebelum tergelak kecil. Haq tersenyum. Ikut suka dia lah!
"Hah, sama-sama. Nanti letak ubat tempat yang luka tu, tak payah takut ubat sangat!" Haq berpesan sambil mengoyakkan senyuman manis ke arah Eva.
"Eleh, Eva tak takut lah!" Mulut sudah menguap beberapa kali dengan mata berairnya tanda dia sudah mengantuk.
Haq hanya menggeleng dan tangan kekarnya menutup mulut Eva. Eva yang terkejut hanya melihat Haq. Haq yang tersedar terus mengalihkan tangannya dan mengusap buat kali terakhir di plaster comel itu.
Eva yang sedar menyentuh dahinya semula. Teringat akan peristiwa tadi. Matanya jadi segar bugar. Ingatkan selepas peristiwa yang memalukan tadi, Haq terus akan menghantarnya pulang. Tetapi Haq membawa dia ke klinik. Apa lagi, ketar-ketar badannya menggigil.
Luka di setiap badannya di cuci sehingga bersih. Kesian! Habis lengan Haq digenggamnya menahan sakit mencuci luka, seperti seorang ibu mengandung menahan sakit untuk bersalin. Padahal luka sikit je.
Lengan Haq turut sakit kerana genggaman kuku Eva. Tapi ditahannya tak lah sakit mana! Cuma terlekat bekas kuku Eva saja.
"Dah, aku balik dulu, assalamualaikum," Haq berlalu pergi dan membawa kereta pulang ke rumahnya.
"Erk waalaikumsalam. Er awak?" Haq yang berada didepan pintu mengalihkan kepalanya ke arah Eva.
"Yah?"
"Nothing, dah lah shuh, shuh balik. Bye good night," Eva menolak bahu Haq dan menghalaunya pulang.
"Ish, orang tahulah," Haq berjalan ke arah kereta kawannya dan memandu pulang.
^
"Haq, aku dapat report ada kes terbaru. Seludup dadah dekat Lahad Datu. Kita bertolak awal pagi esok," Ziyad yang terpandangkan Haq yang hendak melangkah masuk menegurnya.
"Ha okay, aku pergi pack baju dulu. Night Joy!" Haq berlalu naik ke atas. Rindu pula dekat mak!
Telefon di ambil dan Haq mendail nombor maknya.
"Hello assalamualaikum mak,"
"Waalaikumsalam, hah Haq kenapa?" Hajah Halimah yang berada di hujung talian menyahut panggilan Haq.
"Mak apa khabar? Sihat? Tak ada apalah, cuma Haq nak bagi tahu. Esok Haq kena pergi Sabah. Ada kes dekat Lahad Datu. haq tak tahu bila Haq boleh balik. Tapi, mak doakan Haq eh?" Haq merenung kipas yang berpusing lalu mengeluh. Kena pergi Lahad Datu, jauh tu!
"Yalah, mak doakan Haq selamat, mak nak tidur dah ni."
"Ok mak, selamat malam Assalamualaikum," Haq meletakkan telefon setelah Hajah Halimah menjawab salamnya. Akhirnya dia tertidur begitu saja.
^
"Zel, aku tengok rumah Haq dengan Joy tu kelam je malam ni waktu aku balik kerja tadi!" Eva memberitahu Zel. Selalunya rumah tulah paling terang kerana rumah itu di renovate menjadi tiga tingkat.
Sebelum ini mereka hanya lalu dan tidak tahu siapa penghuni terkaya di rumah itu. Akhirnya malam Eva sesat masuk ke dalam rumah itu, terus mereka mengetahui penghuni rumah itu. Dalam rumah ala-ala rumah modern english.
"Ye? Agak-agak dia orang pergi mana?" Zel bertanya sambil mengunyah kacang. Sedap lagi kacang ni dari dia dengar tentang Haq dan Joy.
"Manalah aku tahu! Aku bagitahu kau je!" Eva mengerutkan dahi dan tangannya di masukkan ke dalam balang untuk mengambil kacang.
"Ish kacau je kau ni! Dah aku nak tengok cerita ni!" Zel menolak Eva pergi jauh dari situ!
"Yelah, tak payahlah tolak-tolak. Tapikan Zel, kau tak suka ke dekat Ziyad tu?" Eva mengangkat kening dengan sengihannya mempermainkan Zel.
"Ish tak delah aku. Tak rasa apa pun dekat dia! Kenapa kau tanya? Kau suka dia eh?" Zel memprovok Eva kembali. Eva menjeling tajam. Tak ada maknanya.
"Ish tak delah, malam kau marah aku dekat tengah-tengah taman tu, kau asal pegang belakang baju dia?" Eva senyum miang sambil mencucuk-cucuk lengan Zel. Nak menggediklah tu.
"Yelah, dah aku tak boleh tengok kau! Rasa mcm nak tampar je. Lagipun dia dekat dengan aku waktu tu. Dia yang tarik aku jauh dari kau. Sebab tu aku pegang baju dia. Kang aku tampar kau sakit je dapat!" Zel menjeling dan terus tengok tv. Tak boleh di buat main dengan Eva ni.
"Tapi kan Eva, apasal semalam Haq hantar kau? Ni dahi, lutut, siku siap berbalut lagi? Bukan Afi ke yang hantar kau?" Zel menekan tempat sakit Eva di segenap tempat.
"Macam tulah," Eva mempermainkan Zel. Yalah, tragedi itu membuatkan Eva malu sendiri. Punyalah laju dia lari takutkan anjing tu!
"Beritahu lah," Zel menggoncangkan tangan Eva memaksa Eva bercerita.
"Apa yang Haq cerita dekat kau, benda tu lah yang jadi. Aku malas nak cerita. Tak palah, kau layanlah cerita tu sorang-sorang. Esok aku nak pergi rumah bodyguard. Nak tidur sana sebulan. Dekat sini aku dah boring. Nak ikut tak?" Eva berdiri sambil merenung Zel yang berada di atas sofa.
"Erm tak kot. Kau jelah pergi. Nanti 2 hari sebelum kau balik, aku pergi," Eva mengangguk dan naik ke bilik.
YOU ARE READING
1. Oxymoron | RE-DO
RomanceAS KNOWN AS SAYANGKU KAPTEN Q [RE-DO] {HIGHEST RANKING 🎖} {1 in Romeo 🥇} {1 in Juliet 🥇} {1 in Mine 🥇} {3 in Kapten 🥉} Beginilah hidup seorang gadis apabila bertemu sang jejaka. Eva gadis yang cepat gelabah dan takut akan hantu. Bayang-bayang j...