BAB 6 KACAU

3.5K 192 0
                                        

Im trying to make you fall in love with me.

Seperti biasa, jika mereka ada latihan kawad, mereka akan memakai full uniform. Eva menyuruh Zel mengemaskan beretnya di atas kepala sambil menunggu pelatih mereka sampai. Ya, pelatih mereka tetap sama. Prof cakap tak boleh tukar disebabkan ini semua atas arahan pihak Kampus. Malangkan hidup Eva?

Apabila ternampak Haq dan Ziyad mengatur langkah ke arah mereka, terus mereka berdiri tegak dan tangan di belakang.

"Hey morning assalamualaikum. How are you guys?" Haq memulakan bicaranya. Matanya memerhati seorang demi seorang sebelum melekat di muka Eva. Muka cemberut Eva diperhati. Haih pagi-pagilah dah cemberut. Lama-lama berkedut kulit muka baru tahu.

Satu kenyitan diberikan ke arah Eva walaupun mukanya seperti memakan buah limau masam.

Eva terus menjeling tajam. 'Heh, dasar lelaki gatal! Ey geram. Tumbuk kang,' Cik Diva Hati sudah bermonolog pada pagi hari. Terus matanya dilarikan menghadap bagunan kampus di depan. Malas nak layan Haq.

"Okay start. Senangkan diri rehatkan diri," akhirnya bermula latihan mereka sehingga nampak perfect. Beberapa kali juga mereka kena denda kerana buat salah.

"Bergerak ke kiri, kiri pusing!" Eh ada seorang silap buat.

"Turun sepuluh semua orang! Arahan senang! Kiri kan? Takkanlah kiri dan kanan pun tak tahu nak beza ha? Kau makan tangan mana? Tak akanlah makan kedua-dua tangan?" Jerkah Ziyad kuat. Eh takut pula. Selalunya dia yang paling cool. Ni period ke yang marah-marah ni?

"Tahu komando!"

"Semula. Saya nak sampai kemas! Tak nak ada yang tersilap. Siapa silap kali ini buat swiss roll dekat sini! Faham?" Ziyad hanya mahu melatih mereka menjadi disiplin. Disiplin dalam membuat sesuatu kerja!

"Faham komando!"

^

"Arghh panaslah Zel," Eva mengadu sambil meletakkan kepalanya di bahu Zel.

"Ye, aku pun panas." Beret yang di atas kepala dicabut dan dibuat kipas. Beret itu dihayungkan ke kiri dan kanan menghasilkan angin.

"Zel, nanti kau balik jelah dulu eh? Aku nak gi mall!" Eva berpesan pada Zel. Aku lapar pula. Nak cari makan dekat mall

"Kau nak pergi dengan siapa? Naik apa?"

"Erm naik teksi ke grab ke. aku call nanti! Balik aku suruhlah Afi ambil," Eva membuat muka comel kepada Eva. Tahu sangat sikap protective si Zel ni. Semua tak boleh.

"Hah okay, make sure Afi yang hantar kau pulang!" Zel berpesan lagi. Bukan boleh harap sangat Eva ni. Gila! Muka Eva ni selalu menyimpan seribu satu kegilaan. Jadi, memang susah nak percaya sikitlah kalau tengok muka dia ni.

"Baik boss," tangan di angkat membuat gaya tabik ke arah Zel. Tanpa mereka sedar, seseorang mendengar perbualan mereka.

^
"Aku nak gi mall jap, cari barang," Ziyad mengerutkan dahinya. Apahal tetiba.

"Kereta?"

"Kau bawa balik!"

"Kau naik apa?"

"Pandai-pandailah aku cari grab balik nanti," Ziyad hanya mengangguk pelik. Tak pernah-pernah si Haq ni nak pergi mall. Tiba-tiba saja ni!

"Okay bye Joy. Tu buah hati kau yang cantik ada bawah pokok, aku pergi dulu." Haq berlari menuju ke arah Eva yang menahan teksi tersebut.

Lantas dia masuk ke dalam teksi tersebut selepas teksi itu berhenti. Eva yang terkejut menjerit kecil.

1. Oxymoron | RE-DOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang