BAB 10 USIK

2.9K 198 3
                                        

I'm little bit insecure.

Eva bangun tepat pukul 5 pagi. Dia merasakan cecair putih keluar dari hidungnya. Argh selsema!

Semalam terlalu sejuk sehingga membuatkan badannya selsema. Dahlah badan dia tak tahan. Zel yang sedang tidur pulas diselimutkan dengan jaket milik Eva. Nasiblah dia teringat nak pakai jaket semalam. Kaki dilangkah menuju kebilik air. Selepas ini barulah dia akan mengejutkan Eva.

Menggigil badannya menahan kesejukkan waktu pagi. Jangan buat hal nak demam sudahlah!

^

"Okay hari ni, semua akan cari petunjuk untuk keluar dari hutan ini. Jadi, siap sedia semua!" Mereka sudah berkumpul mengikut kumpulan Masing-masing untuk membuat aktiviti kedua.

"Kau okay Eva?" Zel bertanya perlahan diantara mereka berdua. Nanti kena kad merah lagi.

Eva hanya mengangguk sebagai tanda ya. Kenapalah selsema ni makin teruk ish!

Haq yang melihat Eva menggosok hidung dan telah bersin banyak kali hanya mengerutkan dahi. Dah kenapa pula?

Lantas mereka diarahkan masuk ke dalam hutan. Seperti biasa, Haq dihadapan dan Ziyad di belakang. Mereka bersama-sama mencari petunjuk menuju jalan keluar.

^

"Korang ni kan! Tak menyusahkan orang tak boleh ke?!" Tengking Haq membuatkan suaranya bergema didalam hutan tersebut. Anne yang menangis teresak-esak di tenangkan oleh Haq. Perempuan itu sesuka hati saja menangis di dakapan Haq.

"Ish tak payah tengking-tengkinglah! Cakap elok-elok. Kami tak pekak lagi," hanya Zel yang menjawab kerana Eva sudah tidak bermaya. Rasa macam nak pengsan. Tapi, nanti menyusahkan diaorang pula. Hanya ditahan selsema dan bersinnya dari menjadi demam.

"Kau melawan? Kau tahu tak kau buat tadi salah?" Haq menggunakan jari telunjuk betul dihadapan Zel.

"Tak ada yang salah pun, cuma goncangkan titi ni je," Zel berkata sambil melompat. Bertambah meraung Anne dibuatnya.

"Oh gocangkan je? Cuba kau bayangkan waktu kau goncangkan titi ni, tali dia putus. Semua mati!"

"Mati tu ajal kalau allah kata kita mati hari ini pun, kalau tak naik jambatan ni mesti mati juga!" Zel membalas tengkingan Haq. Haq mengetap rahangnya. Marahnya sudah sampai ke kemuncak.

"Zel, dah lah!" Eva menarik Zel jauh. Tetapi akhirnya dia juga yang ditolak.

"Kau diam! Kau sakit buat cara sakit. Tak bagi puas hati aku dengan mamat ni!" Eva terduduk atas titi tersebut selepas di tolak oleh Haq.

"Kapten, dah lah," Eva cuba mengalihkan perhatiannya kepada Haq. Tangan lelaki itu ditarik lemah. Kepala dia sudah mulai sakit.

"Kau jangan nak bagi arahan dekat aku! Kau ambil kad merah ni!" Haq menghulur kad merah kepada Eva.

"Lah kenapa pula saya yang kena?" Eva memandang Haq tak puas hati. Tu pun salah?

"Sebab kau cuba bagi arahan dekat aku! Lebih baik kau diam," Haq menunding jari kepada Eva. Eva hanya diam sahaja tanpa membalas. Tidak ada tenaga mahu berdebat dengan lelaki itu.

1. Oxymoron | RE-DOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang