BAB 8 PULANG

3.2K 162 0
                                        

If you would be loved, love and be lovable

Kedengaran suara riuh rendah di bawah apabila kaki Eva menjejaki tangga.

'Apa bising-bising ni?' Tanya Eva kepada diri dia sendiri. Dia terdengar sekali lagi bising itu apabila kakinya menapak di tengah anak tangga.

"Kau ni kan! Jangan sampai aku letak kau dekat dalam kolam tu!" Zel yang berada di atas sofa terus memarahi Daud sambil memukulnya dengan bantal hiasan.

"Sorrylah," Daud menunduk menekur lantai. Memang salah dia pun.

"Zel? Apasal?" Eva yang sudah berada di bawah bertanyakan soalan.

Zel mengeluh kecil sambil menggeleng lantas menghenyak punggungnya kasar di atas sofa lembut itu.

"Daud, kenapa?" Kini pandangan Eva berkalih ke arah Daud tanpa dia perasan ada 2 orang tetamu di atas sofa berdekatan.

"Aku letak Zel dekat tepi kolam tadi waktu dia tidur," Daud menekur lantai tetapi terdapat senyuman dibibirnya.

Melopong mulut Eva. Ish berani mati si Daud ni. "Bila Zel sampai?" Tanya Eva kepada Daud. Daud ni kepala dia tu masuk air sikit. Keset memori dia rosak, tu yang tak berapa nak betul.

"Semalam pukul 3 dia sampai. Pagi tadi pukul 6 lepas solat aku tengok dia tidur atas sofa. Letak bantal hiasan ni dulu baru aku angkat dia letak tepi kolam. Tu yang dia marah," jelas Daud. Dua figura tadi masih berdiam. Terkejut sebenarnya melihat Eva dengan memakai baju tidur serta topi kucing atas kepala yang menampakkan leher dan rambut hujungnya. Nampak koko je rambut tu. Muka dengan tak mandi lagi.

"Eva, kau mandi tak?" Daud mengangkat mukanya memandang Eva sambil melirikkan matanya ke arah dua orang lelaki tersebut.

Eva yang tidak faham hanya menggeleng. "Tak lagi, kejap lagilah. Aku malas lagi," balas Eva selamba dan ingin melabuhkan punggungnya. Tetapi terbantu apabila Daud bertanya lagi.

"Gosok gigi tak? Cuci muka tak?"

"Tak, aku malas," Eva menampar peha Daud menyuruh beralih ketepi sedikit untuk di duduki. Tiba-tiba dia berasa pelik kerana dia merasakan sangat ramai. Dia pusingkan kepalanya sebelah kanan di mana dua figura tersebut duduk.

"Mak," Eva terus berlari naik ke atas dengan lajunya tanpa menghiraukan mereka di situ. Wah!

"Aduh malunya aku! Malunya!" Eva mundar-mandir di dalam biliknya. Macam mana ni?

Pintu bilik Eva di buka dari luar. Afi! "Kau asal jerit tadi? Aku yang kat dapur pun dengar!" Afi bertanya sambil duduk bersila di atas katil king milik Eva.

"Macam mana si dua orang tu boleh ada dekat sini?"

"Oh, Haq dengan Ziyad ke?" Afi bertanya sambil menjungkitkan keningnya.

"Yalah!"

"Semalam, waktu Zel nak datang sini, si Anne tu ada kacau dia. Buat kereta dia rosak tengah jalan. Nak kacau Zel. Lepastu Haq dengan Ziyad ni ada lalu jalan yang kereta Zel rosak tu, terus tanya Zel, dia nak pergi mana. Zel jawablah nak datang sini, tapi waktu tu dah pukul 1. Diaorang bawa Zel makan dulu. Baru hantar sini. Sebab tu diaorang tu ada. Tidur sini juga. Zel suruh tidur sini. Sebab dah lewat sangat," Eva yang mendengar mengangguk dan turun ke bawah semula.

Setelah dia berada di bawah, kepala Zel diluku sekali. "Sakit bangang!" Protes Zel apabila dia tiba-tiba saja diluku.

Sekali lagi Eva tampar bahu dia. "Kau kenapa? Sakitlah!" Zel sudah menjeling tajam. Dan kali ketiga, Eva mencium pipinya. Lantas Eva duduk di sebelah Zel.

1. Oxymoron | RE-DOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang