"Uncle, Eva nak ikut uncle pergi Restoran," Mereka yang sedang duduk di gazebo untuk minum petang berborak kosong.
"Sure ke? Zel nak ikut?" Tuan Syahid memandang anak bongsunya.
Zel hanya mengangguk sambil mulut dipenuhi dengan cucur ikan yang dibuat mak cik Salmah itu. Nikmat sungguh.
"Haah Eva nak ikut. Rindu nak kerja pula," Tuan Syahid mengangguk mengiyakan kata-kata Eva.
"Hah boleh lah kalau macam tu. Tapi Eva kena buat dua kerja harini. Ambil order and hantar makanan boleh?"
"Kacang je tu! Petik jari macam ni ha. Beres semua," sungguh Eva sedang memuji dirinya sambil memetik jari menggayakan jarinya.
"Yelah kau tu, pastu kejap lagi balik mulalah suruh aku urut kakilah. Urut badanlah!" Zel mencebik mengenangkan Eva yang cakap sahaja bersemangat. Selepas buat kerja dah macam sotong lembik je!
"Yelah nanti aku tak minta tolong kau dah. Rumah Uncle kan ada kerusi urut. Tak payah minta tolong kau dah. Dasar kedekut," Tuan Syahid hanya ketawa melihat gelagat mereka yang menghiasi hari-harinya. Kalau mereka pulang ke rumah sewa sudah tentu sunyi rumah ini. Tinggallah dia, mak cik Salmah dan pak Akob saja.
"Kau tunggulah balik rumah sewa nanti kau minta aku juga yang tolong urut."
"Tak pe sebelum balik aku singgah rumah Uncle dulu urut-urut baru aku balik sana," Eva ketawa jahat. Hari-harinya bahagia bila bersama mereka.
"Poyo jer. Dah lah aku nak pergi bersiap nak pergi Restoran! Aku nak makan je puas-puas. Boleh kan pa?" Zel mengenyitkan matanya dan berlari naik ke atas.
"Bertuah punya anak! Hah Eva pergilah bersiap. Nanti kita naik kereta sekali. Bagi Zel pula bawa kereta. Nak kenakan dia!" Lalu ketawa mereka meletus. Siaplah kau Zel. Bawa kereta besar. Mari kita lihat
Setelah bersiap akhirnya mereka turun bersama-sama. Tiba-tiba ada yang menegur.
"Mesti cantik kalau anak-anak papa ni pakai tudung," Tuan Syahid tersenyum ke arah mereka. Mungkin dia sibuk sehingga tak terdidik Zel untuk jadi wanita yang berhijab. Tapi dia tidak pernah marah kerana dia tahu silapnya.
"Nanti kitaorang pakai papa," Zel mencium pipi papanya. Bukanlah papanya tidak tegur. Sudah berbuih mulut papanya menegur. Tapi belum sampai hajat.
Eva mengangguk sahaja. Dia tiada mama untuk mengajarnya semua itu. Kalaupun papa yang sibuk itu mengajarnya, mungkin juga dia tak akan mendengarnya. Jadi dia tidak tahu apa perasaan seorang ayah apabila melihat anaknya memakai tudung.
"Yelah. Ni ha Zel bawak hari ini. Papa nak rehat disebelah je," Zel menelan air liur. Mak ai kereta besar lagi dia takut nak bawa.
"Nah Eva bawak!" Zel melemparkan kunci keretanya ke arah Eva dan berlari masuk di tempat duduk belakang.
"Bertuah punya anak ish," Tuan Syahid mendongkol geram. Penakut!
"Woi," Eva meligan Zel tetapi Zel lebih pantas. Menyesal pulak! Akhirnya dia yang memandu manakan Tuan Syahid disebelah dan Eva dia belakang.
^
"Haq, tunggu kejap. Kita gerak sekali," Ziyad sudah berlari turun dari tangga. Dia mengenakan seluar jeans hitam dan jaket kulit koko serta kasut vans hitam.
"Amboih kau Ziyad mengalahkan aku nampak!" Haq berseloroh. Mana taknya minyak wangi menusuk hidung. Dia ni mandi minyak wangi ke?
"Eleh kau lagi kemas. Tengok kemeja putih kau, seluar jeans slim fit warna hitam kau dengan kasut putih lagi. Ha siapa yang lagi kemas?" Ziyad memulangkan paku buah keras di atas batang hidung Q.
YOU ARE READING
1. Oxymoron | RE-DO
Roman d'amourAS KNOWN AS SAYANGKU KAPTEN Q [RE-DO] {HIGHEST RANKING 🎖} {1 in Romeo 🥇} {1 in Juliet 🥇} {1 in Mine 🥇} {3 in Kapten 🥉} Beginilah hidup seorang gadis apabila bertemu sang jejaka. Eva gadis yang cepat gelabah dan takut akan hantu. Bayang-bayang j...