BAB 21 DIA

2.4K 45 0
                                    

Baca pelan-pelan tau. Baca sambil buka lagu dekat atas.

Zel memandang seisi dewan yang dipenuhi oleh ramai orang. Orang-orang yang datang banyak mengucapkan selamat menikmati raja sehari yang sudah seribu seratus hari mereka menjalankan rumah tangga sebagai suami isteri. Dipertengahan acara, Zel berjalan ke arah MC yang diundang atas dasar memeriahkan lagi suasana majlis perkahwinan miliknya. Idea Eva.

Mikrofon berganti tangan dan gadis, oh bukan. Zel bukan seorang gadis. Zel seorang isteri. Zel berjalan kearah Eva dan memberi mikrofon yang dipegang kepada Eva. Gadis itu mahu bernyanyi lagu, menghargai acara perkahwinan Zel walaupun dia tidak dapat melihat seperti dulu lagi. Tongkatnya yang berada di kaki meja dicapai dan berjalan ke tengah-tengah dewan itu.

Musik latar yang di tunggu berbunyi juga membuat Eva tersenyum. "Hai semua orang. At first, saya nak minta tolong menari ikut rentak lagu ni ya, Thank you," Zel berdiri dan menarik tangan Ziyad agar lelaki itu mengikut arahan Eva membuatkan seisi dewan juga turut bangun untuk menyertai pasangan raja sehari itu.

Eva tersenyum mendengar suara Sam yang juga bernyanyi bersamanya. Belum masuk chorus lagu yang dinyanyikan, terasa pinggangnya ditarik merapat ke arah badan seseorang membuatkan Eva berhenti menyanyi dan meninggalkan Sam yang sedang menyanyi sendiri.

Cepat-cepat Eva memeluk leher seseorang yang berada di hadapannya apabila orang itu membuka langkah untuk menari mengikut rentak lagu. Eva tidak tahu siapa gerangan yang sesuka saja memeluk pinggangnya, akan tetapi dia pastikan orang itu adalah susuk tubuh seorang lelaki.

Dejavu!

Eva ingat kembali disaat pertama kali dia menari bersama Haq di kampusnya malam itu. Ralat. Dia harap lelaki dihadapannya ini adalah Haq. Tetapi minyak wangi yang dipakai lelaki itu bukan minyak wangi Haq. Jadi, lelaki dihadapannya bukanlah Haq melainkan strangers.

Noah yang melihat adegan itu hendak menarik Eva dari pelukan lelaki itu. Akan tetapi, lengannya di tarik oleh Sam apabila melihat muka bingung Eva. Eva memang buta, tapi orang-orang yang berada disekitarnya masih mampu melihat reaksi muka yang ditunjukkan oleh Eva. Sam menggeleng dan menarik Noah untuk duduk.

Sam menghabiskan lagu yang dinyanyikan olehnya membuatkan semua orang menepuk tangan. Sehabisnya lagu, Eva kalut-kalut menunduk dan mencari tongkatnya. Melihatkan hal itu membuatkan orang yang masih memerhatinya langsung memberi tongkat itu kembali. "Terima kasih," Eva berjalan entah kemana kerana dia tidak akan nampak kemana arah tuju sebenarnya.

"Sam!" seru Eva membuatkan Sam berlari kecil mendapatkan gadis kesayangannya itu. Sam cepat-cepat menarik Eva agar duduk di meja dan memberikan sedikit air kepada Eva. Melihatkan Eva yang menghabiskan segelas air yang diberi, Sam mengelus pucuk kepala gadis itu.

Belum sempat Sam menarik kerusi untuk duduk, bahunya ditepuk dari belakang. Sam tersenyum kecut melihat seseorang yang baru saja menepuk bahunya. Lelaki itu membisikkan sesuatu ke telinga Sam. Noah yang melihat kejadian itu, mencerlung tajam apabila Sam senang-senang saja memberi Eva kepada lelaki itu. "It's okay, dia berhak tahu semuanya," Noah mendengus kasar mendengarkan Sam. Terlalu baik.

^

Eva meronta-ronta apabila ditarik oleh seseorang yang dia tidak kenal. Bukan. Dia tak nampak maksudnya. Badan Eva ditolak kasar memasuki kereta. Kereta itu di kunci dari dalam dan Eva tidak dapat membuka kereta yang sedang dia naiki.

"Kau tak boleh lari lagi," Eva terkedu mendengar suara berat itu. Suara yang dia rindu selama tiga tahun ini. Eva membeku ditempatnya dan cepat-cepat ingin mengambil tongkatnya. Tetapi mendengar suara berat itu kembali membuatkan Eva menghempas badannya bersandar di kerusi belakang.

1. Oxymoron | RE-DOWhere stories live. Discover now