Ghost is my weakness
"Sini je pakcik, tak payah susah masuk dalam. Lagipun dekat je ni. Saya boleh jalan," Eva menyuruh pakcik grab menurunkannya di jalan hadapan taman perumahannya.
"Betul ke cik? Tak apa ka jalan sorang-sorang ni? Dah lewat ni," jam ditangan Eva kerling sekilas. 9:30 malam. Dia baru lepas balik dari restoran Uncle Syahid. Baru habis bekerja.
Di sebabkan dia malas membawa kereta kerana kemungkinan keretanya akan membuat hal, jadi dia hanya mengambil grab pergi dan pulang dari kerja.
"Ya, tak apa pakcik," Eva meyakinkan pakcik grab tersebut. "Berapa?"
"5 ringgit je," selepas memberi wang kepada pakcik grab itu, Eva terus turun dan berjalan menuju ke rumahnya. Rumahnya di hujung jalan. Disebabkan dia menyuruh pakcik grab itu menggunakan jalan utama bagi taman itu, jadi dia terpaksa berjalan. Agak-agak, dalam 3 minit jugalah.
Sedang berjalan menikmati keindahan taman pada waktu malam, Eva terperasankan sesuatu di sebalik pokok yang ditanam dalam kawasan sebuah rumah.
Eva terus mengalihkan pandangannya ke arah rumah tersebut. Tapi, tak ada apa pun!
Eva naik cuak dan terus berzikir. Kaki diatur melangkah selaju yang mungkin! Mana mungkin ianya hantu. Lagi laju dia berjalan, lagi dekat dan lagi laju benda itu mengikutnya.
Lantas, dia ternampak akan rumah banglo yang besar dan pintu serta pagarnya yang tidak ditutup, dia terus melangkah masuk. Asalkan dia selamat. Pintu rumah tersebut ditutup sehingga meninggalkan lubang yang kecil untuk melihatnya.
"Kenapa kau masuk sini?" Tanya satu suara garau yang tidak dikenali dari belakang. Ya tuhan, tolong selamatkan Eva please. Takut-takut yang ada di belakangnya adalah perogol bersiri yang mempunyai perut buncit dan kepala botak.
"A..ada ha..hantu kejar tadi!" Eva tergagap-gagap menahan takut. Ni yang lemah ni! Lambat-lambat dia memusingkan badannya menghadap susuk tubuh yang berada di belakangnya. Aka tetapi, telinga Ev menangkap gelak tawa orang tersebut.
"Hantu? Pfftt HAHAHAHAHA," terus meremang bulu roma Eva apabila dia terdengar gelakkan itu seperti hantu.
"Arghhh hantu," Eva pantas membuka pintu dan melarikan diri. Tapi sayangnya, piggangnya yang kecil itu senang saja ditangkap! Mulutnya ditutup dan dia di heret menuju ke sofa. Eva meronta-ronta. Ini lagi takut dari hantu!
"Duduk!" Arah satu suara yang sebolehnya mampu membuatkan Eva mengikut walau hanya sekali. Dia duduk memeluk lutut di atas sofa mewah itu!
"Pahal Haq? Aku dengar perempuan jer..." Ayat Ziyad tidak habis apabila dia ternampak akan kelibat Eva. Lah, budak kecil ni ke? Kanak-kanak ribena belum matang rupanya.
"Entah, dia masuk rumah ni cakap hantulah apalah," Eva yang mengelamun kerana takut belum tersedar dengan situasi dihadapnnya.
"Erk?" Eva terkejut melihat dua manusia depannya ini. Alamak! Takut punya pasal lah ni! Ish bala, bala. Lari dari hantu, eh terjumpa mambang dekat sini.
"Macam mana dia boleh masuk?" Ziyad mengalihkan pandangannya ke arah Eva yang sedang memeluk lutut dengan bibir yang biru serta terketar-ketar.
![](https://img.wattpad.com/cover/214614848-288-k45435.jpg)
YOU ARE READING
1. Oxymoron | RE-DO
RomanceAS KNOWN AS SAYANGKU KAPTEN Q [RE-DO] {HIGHEST RANKING 🎖} {1 in Romeo 🥇} {1 in Juliet 🥇} {1 in Mine 🥇} {3 in Kapten 🥉} Beginilah hidup seorang gadis apabila bertemu sang jejaka. Eva gadis yang cepat gelabah dan takut akan hantu. Bayang-bayang j...