BAB 17 GILA

3K 178 5
                                    

To love is to burn, to be on fire

"Cepatlah Eva!"

"Apa?"

"Cepat keluar dari rumah ataupun aku hon biar semua jiran dengar," Eva mendengus geram apabila tidurnya terganggu. Manalah si Haq ni dapat alamat rumah uncle Syahid entah.

"Ish yelah!" Eva akhirnya mengalah. Tandas dihampiri untuk mencuci muka dan menggosok gigi. Tak nak mandi. Kejap lagi lepas jogging nak mandi juga.

Kereta Haq dihampiri dan dia mengambil tempat duduk di sebelah Haq. Haq dijeling tajam. Suka betul dia ni ganggu aku pagi-pagi!

"Senyum sikit sayang. Tak baik muncung pagi-pagi macam ni," seloroh Haq mendapat cubitan pada lengan kirinya.

"Apa sayang sayang? Siapa sayang awak?" Eva menyandar selesa pada kusyen kereta Ferrari milik Haq.

"Kau lah sayang aku." Sekali lagi cubitan Eva hinggap di lengan kiri Haq. Lelaki itu ketawa perlahan.

"Sakit sayang," Haq mengusik lagi. Suka benar melihat muka Eva yang sedang marah.

"Awak panggil saya sayang sekali lagi, siap awak!" Eva mula mengugut Haq. Dia ingat Eva takut?

"Kau tak sayang aku, ke Eva?"

"Tak!"

"Tipulah!"

"Betul saya tak sayang awak," Haq senyum sinis. Dia ada idea nak kenakan Eva kerana dia ada terdengar Mikhail mengugut Eva.

Nak sahaja dia lompat-lompat biar berguling bila Eva mengaku Eva sayang dan suka dia. Selama ni perasaan dia tak sia-sia!

"Oh kalau kau tak suka maksudnya hari ini, hari last kita berjumpa. Mikhail kata dekat aku, dia tak nak aku dekat dengan orang yang tak suka dengan aku. Baikkan adik aku. Kalau kau tak suka, aku kena jauhkan diri dari kau. So, hari ini jelah hari last kita. Mak pun dah suruh aku bawa balik menantu. Kalau tak ada mak nak calonkan aku dengan anak kawan dia," Haq bernada sedih mengerling Eva disebelah. Sedaya upaya ditahan gelaknya agar tidak terkeluar melihat muka cuak Eva.

"Betul ke?" Eva bertanya perlahan. Macam mana dia nak hidup? Mesti dia rindukan Haq nanti bila lelaki itu sudah menjadi milik orang lain.

"Yep. So lepas ni kita dah tak boleh jumpa dah," lagilah Eva panasaran. Dia ni nak buat aku gila ke? "Betul kau tak suka aku?" Trek jogging sudah pun sampai. Tetapi saja tidak mahu turun untuk melihat reaksi Eva.

Eva mengangguk tetapi menggeleng semula.

"Mana satu? Suka aku atau tak? Kalau suka, aku nak bagitahu mak tak payah cari calon menantu. Kalau tak suka aku akan kahwin dengan pilihan mak," maaf mak terpaksa guna nama mak. Eva menunduk. Mana boleh dia kahwin dengan orang lain. Dia nak Haq kahwin dengan dia juga. Tak kira!

Senyap!

"Ish dia ni! Suka ke tak?" Haw bertanya lagi. Hilang sabar barangkali melihat Eva diam begitu.

"Suka!"

"Sayang aku tak?"

"Sayang," bagaikan lembu dicucuk hidung Eva mengaku sambil mata melihat kaki.

"Okay kalau suka dah jom keluar. Aku tipu je tadi!" Q ketawa lepas dan terus keluar dari kereta. Pintu kereta ditutup perlahan dengan tawa yang tersisa.

"Damn kena tipu! Awak!!!" Eva pantas keluar dari kereta dan terus meligan Haq mengelilingi trek itu.

"Hahaha sorry sorry. Yelah kau tu susah sangat nak mengaku! Terpaksa aku tipu," Q duduk di atas rumput untuk menghilangkan mengah. Tidak jadi pula mahu berjogging apabila dia bermain aci ligan dengan Eva.

1. Oxymoron | RE-DOWhere stories live. Discover now