BONCHAP

1.5K 30 1
                                    

Pagi-pagi lagi bilik Eva dan Haq sudah dilanda ribut taufan akibat ulah si kecil.

"Mama, papa! Bangun!" Eva memisatkan matanya apabila katil yang ditiduri olehnya dan Haq dirasakan seperti hendak patah.

Eva membuka matanya perlahan kerana masih mengantuk. "Iman, kenapa lompat-lompat atas katil mama ni?" Si kecil berhenti melompat dan duduk di atas paha Eva.

"Mama cakap nak swim!" Eva mengusap kepala Iman dan mencium seluruh muka Iman.

"Hehehe, gelilah mama," Eva menarik Iman ikut tidur bersama dengannya. Si kecil diletakkan ditengah-tengah di antara dirinya dan Haq.

"Ilya mana?"

"Masih sleep" Eva mengangguk memahami dan menarik sedikit selimut yang tersingkap menampakkan bahunya. Ops, dia baru habiskan malam jumaat bersama Haq.

"Iman pergi gerak Ilya. Mama gerak papa okay?" Si kecil mengangguk. Dia mencium bibir Eva sekilas dan turun dari katil.

Kaki kecilnya melangkah ke arah pintu bilik membuatkan Eva ketawa. Comel melihat bontot si kecil yang terhayun kiri kanan apabila berjalan.

Hilang saja pandangan Iman, Eva mengiringkan badannya ke arah Haq. Jari telunjuknya bermain di sekitar muka Haq. Dari kening, turun ke hidung sampai ke bibir.

"Biy, bangun," Haq bergerak apabila rahangnya terasa di belai perlahan. Dia membuka matanya perlahan, terlihat Eva yang sedang tersenyum.

Haq langsung memeluk pinggang Eva dan menarik isterinya mendekat. Wajahnya diletakkan diceruk leher Eva. "Selamat pagi sayang," gumam Haq di leher Eva.

"Pagi. Bangun jom, kan dah janji dengan anak-anak nak mandi kolam hari ni?" Haq bangun duduk. Badannya di bawa bersandar ke kepala katil. Matanya memerhati Eva yang masih berada di dalam gumpalan selimut.

^

"Papa. Papa!" Haq melangkah laju apabila mendengar namanya di panggil. Melihat dua anak kembarnya yang sudah berada di pinggir kolam.

Selepas saja mereka dikurniakan sepasang kembar, Hud terus membeli rumah yang sedang mereka tinggal ini. Sengaja Haq membeli rumah yang mempunyai kolam sendiri mengingatkan anak-anaknya sangat suka bermain air.

"Ilya, Iman," Haq duduk di pinggir kolam. Kakinya dimasukkan ke dalam kolam. Badan kedua anak kembarnya di angkat ke atas pahanya.

"Anak-anak papa excited sangat ke?" Serentak kembar itu mengangguk. Haq mengambil pelampung yang dibawanya tadi. Dia memasang pelampung itu dibadan anak kembarnya.

Haq terjun ke dalam kolam dahulu. "Sini, papa angkat Iman dulu," budak lelaki itu berjalan mendekat ke arah papanya. Haq mengangkat badan berisi milik Iman dan diletakkan di dalam kolam.

"Becareful okay?" Seterusnya, dia mengangkat Ilya untuk masuk ke dalam kolam.

"Papa, mana mama?" Itu si kecil yang cantik bertanya.

"Mama tengah masak spaghetti," Ilya mengangguk sahaja dan berenang ke sana ke mari dengan bebas.

"Iman, Iman. Jom main bola. Siapa kalah..." Kedua-duanya berhigh five dan ketawa. Haq mengernyir dahinya hairan. Apa yang dibisikkan anak-anaknya?

"Papa, minta tolong bagi bola tu boleh tak?" Haq mengangguk memandang Ilya yang meminta bola getah berwarna-warni itu.

"Sedia Iman?" Si adik mengangguk kecil. Mereka mulai bermain bola itu. Mereka bermain bola tampar cara kanak-kanak.

Ilya menampar bola getah itu ke arah Iman. Si adik tidak sempat menampar kembali bole yang datang ke arahnya. "Ala, jatuh," Iman memuncungkan bibirnya ke depan. Kalau dia kalah nanti kena denda. Dua anak kembar itu sambung bermain.

1. Oxymoron | RE-DOWhere stories live. Discover now