BAB 23 REVENGE

2.9K 137 2
                                        

Anne menatap marah kepada Haq. Haq hanya merenungnya tanpa ingin mengeluarkan kata-katanya. "Abang diam macam ni, jangan ingat Anne tak tahu abang jumpa dengan Eva. Abang berani eh dengan Anne?" Haq mengerutkan dahinya.

"Sejak bila abang takut dengan Anne? Abang diam selama ini cuma hormat Anne ja," Anne menghentak kaki kuat dan duduk di atas paha Haq. Jawline tajam Haq diusap membuatkan Haq memejamkan matanya.

"Abang kalau tak nak Anne buat apa-apa dekat Eva, ikut cakap Anne. Ingat, Anne tunang abang." Haq diam. Masih mampu bersabar dengan orang yang berada di hadapannya. Tak gentle kalau pukul perempuan.

"Anne, abang dah banyak bersabar dengan Anne dan abang tak akan dengar cakap Anne lagi kali ni. Lagipun, abang tak pernah mahu bertunang dengan Anne. Anne je yang terhegeh-hegeh nak. Abang ikutkan saja," Anne menepuk bahu lelaki itu kuat dan berdiri. Jarinya dihalakan di hadapan muka Haq.

"Abang jangan menyesal," Anne berlalu pergi begitu saja meninggalkan Haq yang tersenyum paksa. Dia akan lakukan apa saja walaupun terpaksa berkorban nyawa demi Eva.

^

Eva membuka pintu rumah selepas mendengar ketukan berkali-kali. Pelik apabila pintu rumahnya diketuk seakan-akan adanya kecemasan. Dia fikir, Sam yang lupa membawa kunci ketika keluar mencari bahan masakan.

"Hai, Eva," Eva ketakutan. Suara yang selalu menghantui malamnya. Eva cuma berdoa supaya ada orang yang berada disni menyelamatkan dirinya. Kalau dulu, dia mampu berlawan. Tetapi sekarang, dia kekurangan mata untuk melawan semuanya.

"Kau dari dulu, sampai sekarang masih menyusahkan hidup aku. Kenapa kau perlu hidup? Kau selalu ambil semua orang yang aku ada. Kasih sayang mama papa, kau rebut. Tak cukup dengan rebut kasih sayang mama papa aku, kau rebut kasih sayang opah dan aki. Aku tak faham apa yang mereka banggakan sangat dengan kau?" Eva mulai faham sedikit kenapa Anne membencinya.

"Kau tahu, kematian mama kau, bukan sebab dia kemalangan melainkan aku yang suruh mak long potongkan wayar brek kereta mama kau. Bijakkan aku? Biar kau rasa macam mana kehilangannya orang yang kau sayang. Tapi semua tu tak berguna bila opah dan aki tetap sayangkan kau dan jaga kau sedangkan aku, mereka tak pernah faham. Kau patut mati," Zel menarik picu pistol tetapi belum sempat dia menekan punat untuk menembak gadis itu, dia mendengar kereta polis berbunyi.

"Sila letakkan pistol anda dan ikut arahan kami," pihak polis mengacukan pistol miliknya ke arah Anne. Anne senyum sinis dan menatap Eva penuh kebencian.

"Walaupun aku kena tangkap nanti, aku puas sebab kau dah mati," punat ditekan mengeluarkan peluru laju menghala ke arah Eva.

BANG!

Eva terkejut bukan main. Dia tidak nampak segala-galanya sehingga siren polis kembali berbunyi. Akhirnya, telinga menangkap sesuatu dan selepas itu, dia tidak mendengar apa-apa lagi selain teriakan Haq. 

^

Haq menyiram dan menabur bunga diatas tanah subur itu. Masih merah kerana kubur itu baru 2 minggu lalu digali. Haq menghela nafas perlahan. Kepalanya seakan berputar kembali ke memori lama. Berputar dari masa dia mengenali Anne, dan akhirnya terjadi seperti ini.

“Abang minta maaf dengan Anne kalau abang ada buat salah dengan Anne waktu Anne hidup sampailah Anne meninggal. Abang memang dah tak cintakan Anne, tapi Anne selalu ada dalam hati abang. Sekurang-kurangnya Anne pernah wujud dalam hidup abang.”

JEDA

"Abang akan selalu ingat Anne, sebagai memori lama abang. Sekarang, Anne bahagia ya dekat sana. Insya-Allah ada rezeki kita jumpa dekat syurga sama-sama," Haq mengusap batu nisan milik Anne yang terukir nama gadis itu. Dia tidak pernah menyesal mengenali Anne dalam hidupnya. Kalau dulu, Haq mahu wujudkan mimpinya bersama gadis bernama Anne. Tapi sekarang, Haq mahu wujudkan cita-citanya dengan Eva. Gadis cantik yang dia cintai.

Haq menghela nafas perlahan mengingatkan sesuatu hal. Anne hanya terobsesi dengan Haq. Bukan cinta. Gadis itu cuma obses untuk membalas dendam Eva melalui Haq. Haq berjalan ke arah kubur sebelah. Dia sangat-sangat berterima kasih kepada orang itu. Setidaknya orang itu pernah memberi dia peluang.

Haq melakukan hal yang sama. Menyiram tanah subur itu dan menabur bunga. "Terima kasih, walaupun aku tak pernah kenal kau, aku tetap bersyukur," Haq mengusap perlahan batu nisan itu. Dia akhirnya meninggalkan pusara keduanya dan membawa keretanya menuju HKL.

Melihat seseorang yang merenung keluar jendela membuatkan Haq tersenyum nipis. "Dah makan?" Eva menggeleng. Dia baru selesai membaca surat yang ditulis oleh Sam kepadanya. Mengenal lelaki kacukan itu hampir 4 tahun membuatkan Eva merasa sedih apabila Sam sanggup mengorbankan dirinya dan memberi matanya kepada Eva.

Eva mengenggam surat itu dan membukanya kembali melihat muka Sam. Itu yang pernah Eva janji dengan lelaki itu sewaktu lelaki itu bertanya kepadanya. Sam handsome. Hidung mancung lelaki itu serta kening tebal menarik perhatian Eva. Tetapi sayang, dia tidak dapat bersembang dengan Sam macam dulu lagi. Pendrive yang berada ditangannya ditenung lama. Dia akan buka bila dia bersedia.

Haq mengambil surat daripada Sam dan membacanya.

From: Your Saviour.

Hye Eva, i don't know kenapa aku tulis surat ni. Tapi, aku rasa aku nak menulis. Cuba ingat-ingat kenangan kita waktu dekat Australia, bestkan? Kau nak tahu satu rahsia tak? Rahsia yang selama ini aku simpan rapi.

Aku cintakan kau. Hampir empat tahun aku jaga kau. Ingat waktu pertama kali aku jumpa kau dekat pantai. Aku fikir kenapa mata kau berbalut sampailah aku tegur kau. Masa tu, aku cuma fikir you're the one. But turns out aku salah bila tengok wallpaper kau dengan Haq.

Tak pa, aku tak kisah asalkan aku dapat jaga kau hari-hari. Hari-hari yang aku lalui cukup bermakna. Dulu aku suka mabuk, buat semua benda yang terlarang sampaikan aku jumpa kau. Semuanya berubah, aku dah tak macam dulu.

Thank you sangat-sangat sebab sudi jadi kawan aku. Aku harap kau bahagia dengan pilihan kau. Sampai jumpa di lain waktu, buttercup

Sammies

Haq menutup surat itu dan memandang Eva yang turut memandang dirinya. Badan gadis itu dipeluk menyalurkan rasa simpati. Eva membalas. "Sorry, for everything," Haq membisik ke telinga Eva.

Eva menggeleng menandakan bukan salah lelaki itu. Haq menarik Eva duduk di atas pangkuannya. Pinggang gadis itu, Haq tahan agar tidak jatuh. "Kahwin dengan aku?" Haq tahu sekarang bukan masa yang sesuai, tetapi dia berharap Eva menerimanya.

Mereka bebas dari kegilaan Anne apabila gadis itu turut terkorban selepas polis melepaskan tembakan secara bersamaan dengan tembakan gadis itu yang terkena pada Sam, bukan Eva. "Kenapa awak nak dekat saya? Saya tak sempurna," Haq mengucup kepala Eva dengan lembut.

"Aku tak pernah mengungkit kekurangan kau selama ini. Kenapa kau kau takut sangat? Aku bukan ajak kau bunuh orang, aku ajak kahwin," Ah, Eva tak peduli. Dia malas hendak melayan Haq dan segala kata-kata manis lelaki itu. Eva turun dari pangkuan Haq dan merebahkan badannya.

"Tunggu saya keluar hospital, datang rumah meminang. Lambat, saya kahwin dengan orang lain," mendengarkan apa yang Eva cakap membuatkan Haq turut membaringkan badannya dan memeluk Eva erat. Senang apabila gadis itu melayani dirinya.

Dia berjanji akan membuat Eva seperti wanita pada umumnya. Melayan gadis itu sebagai seorang ratu yang layak bertakhta dan memimpin hatinya. 

1. Oxymoron | RE-DOTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang